Anda di halaman 1dari 9

Skrip pengaca majlis perkahwinan

Acara

Skrip

1. ketibaan

Hadirin dan hadirat sekalian

pengantin

Mengumumkan ketibaan kedua mempelai diiringi oleh

kumpulan Big Bike Sibu masuk ke perkarangan Dewan


Untuk pengetahuan semua,
di luar dewan ini pada ketika ini, pasangan pengantin sedang
disambut dengan tarian seni silat Melayu oleh Kumpulan dari
Ku Seni Tari Sibu Group dibawah pimpinan Saudara Eddy
Asyraf

Diiringi paluan kompang, berjalan masuk ke Dewan, pasangan


pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan,
pasangan Raja Sehari;
Saudara Arfan Nizam Bin Mohd Hatta bersama buah hati
pengarang jantungnya iaitu Nursaifura Binti Talib menuju ke
singgah sana yang serba indah dan mewah.

Anak Cina memasang lukah


Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Panas kering siapakan tahu


Hujan rintik di Pulau Pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Samalah cantik samalah padan
MEMPELAI

Melayang serindit di atas permatang

BERADA DI

Merbah berkicau di hujung muara

PENTAS

Pemanis kata selamat datang


Awal BismilLah pembuka bicara

Dari Raup pergi ke Pontian,


Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis

Alu-aluan MC

Dengan lafaz Bismillah hirahmanirahim

Alhamdulillah hirab bil alamin


Wassala tuwassala mu ala asyrafil ambia iwal mursalin
Waala alihi wasah bihi ajmain.........

Assalam mualaikum warah matullah hi wabarakatuh


Dan salam perpaduan

Yang berbahagia,
Tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian,
Bersyukur kita bersama-sama ke hadrat Allah S.W.T. kerana
dengan limpah dan kurniaNYA kita dapat hadir di majlis yang
permai ini bagi mengimarahkan majlis persandingan di antara
saudara Arfan Nizam Bin Mohd Hatta dan pasangan pilihan hati
beliau iaitu Nursyaifura Binti Talib di mana majlis akad nikah

pasangan ini telah disempurnakan pada petang semalam di rumah


kediaman ayahanda dan bonda pengantin lelaki iaitu di Taman
Bougenvilla Sibu

Hadirin yang dihormati,

Nasi putih nasi lemak,


Sajian makanan di waktu pagi,
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi bertandang ke majlis ini.

Tali belati pengikat kereta,


Kereta diikat beroda besi,
Di hujung pena menari kata,
Merakam budi kenangan abadi.

Bagi pihak keluarga En. Mohd Hatta Bin Teh dan isteri Puan Amnah
Binti Merdek serta En. Talib Bin .................................. bersama isteri
Puan ................................................................, saya ingin mengalualukan kehadiran semua tetamu jemputan pada pagi yang mulia ini.
Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah bermakana
dan dapat menyerikan majlis kita pada hari ini.

BACAAN DOA

Burung Nuri hinggap di balai


Balai seri buatan Pak Tua
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai

Menadah tangan memanjatkan doa


Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dipimpin oleh ..

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi


Ucapan Bapa

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya

pengantin

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

lelaki

Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan Encik Mohd Hatta Bin Teh,
ayahanda pengantin lelaki untukmenyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati


daripada ayahanda tercinta mendoakan agar ikatan yang terbina
akan sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah S.W.T.

Aduhai Arfan dan juga Nursyaifura,


Janganlah risau jangan gundah,
Ambik senang ambik mudah
Pesan tok imam dalam khutbah nikah,
Sentiasa waras dalam susah
Jgn seperti retak menunggu belah

Rahsia di rumah jgn di bawa ke tanah


Didengar org jadi fitnah
Byk sabar byk tabah
InsyaAllah rukun damai serumah-rumah

Bersarang merbah di Kuala Langat


Persembahan

Manis madunya pabila dimakan

Tarian

Suasana meriah bertambah hangat

Pembukaan

Tarian tradisional kami persembahkan


Hadirin hadirat sekalian,
Kita teruskan majlis kita dengan persembahan tarian yang akan
disampaikan oleh para penari dari kumpulan Ku Seni Tari Group di
bawah pimpinan saudara Eddy Asyraf...... dipersilakan
Syabas dan tahniah diucapkan atas persembahan itu tadi.

Biodata

Orang jauh dikenang-kenang

pengantin

Hanya terkenang pada yang satu


Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Hadirin sekalin,
suka duka, kasih-cinta, pahit manis waktu berkasihan dan

diijabkabulkan ingin dikongsi oleh pasangan mempelai, buat sekalian


yang hadir.

(baca teks enna)

Menurut pengantin, detik perkenalan mereka adalah


ketika ................................................................
........................................................................
........................................................................
........................................................................
...........

Upacara
memotong kek

Tetamu di
jemput makan

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan kedua-dua mempelai


untuk menyempurnakan upacara memotong kek
perkahwinan.....dipersilakan
Untuk pengetahuan semua, kek perkahwinan ini telah ditempah khas
dari ............................................

Seterusnya,
Dipersilakan pasangan pengantin kita ini untuk turun ke meja yang
telah dikhaskan untuk bersalaman dengan kedua-dua ibubapa dan
seterusnya menjamah hidangan yang telah disediakan bersama-sama
para keluarga dan juga para tetamu untuk majlis makan beradap

Dipersilakan
Hadirin-hadirat sekalian dipersilakan untuk menjamu selera dengan
hidangan yang telah disediakan
Untuk pengetahuan semua, makanan dan minuman kita pada hari ini
telah disediakan oleh Khudhrat Jaya Katering
Perhiasan pelamin dan juga Andaman pengantin pula adalah hasil
kreativiti Impiana Wedding manakala kumpulan kompang pula
dijemput khas dari Kampung Jeriah, Sibu

Persembahan
tarian
penutupan

Sementara kita semua menjamu selera, dipersilakan sekali lagi


kumpulan penari dari Ku Seni Tari group untuk menghiburkan kita
dengan satu lagi persembahan tarian
Dipersilakan............
Semoga hadirin semua terhibur

Pengantin dan

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan

keluarga ke

Umpama berkayuh telah sampai di muara

pintu utama

Umpama berjalan telah sampai di destinasi


Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa
syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja
Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan
memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Tuan puteri tersenyum-senyum


Melihat laksamana bermain rodat

Senyum-senyum jangan tak senyum


Sudah sempurna segala adat

Oleh yang demikian, majlis mempersilakan pasangan pengantin kita


pada hari ini diiringi oleh kaum keluarga yang terdekat untuk
berangkat ke pintu utama bagi mengiringi keberangkatan pulang
para tetamu dan seterusnya bersalam-salaman dengan para tetamu
tanda rasa berbesar hati atas kehadiran semua (dipersilakan)
Tuan/puan yang masih makan, dipersilakan terus menikmati
juadah yang telah disediakan
Bersurai

Tuan/puan / hadirin yang dihormati sekalian,


Degn kesempatan ini sekali lagi kami mengucapkan terima kasih
yg tidak terhingga kepada semua yg telah sudi menunaikan hajat
alhakirin memeriahkan suasana majlis persandingan anakanda
mereka.
Hanya Allah S.W.T. sahajalah tempat berserah membalas budi baik
tuan/puan. Semoga persuraian kita ini dipelihara oleh Allah S.W.T.
dan akan diberkati dgn pertemuan selanjutnya pada masa ketika
yg diizinkanNYA.

Memang pipit memakan padi,


Telah lagik diberik beras,
Bukan sedikit tuan/puan berbudi,
Budimu tuan/puan sukar dibalas
Saya selaku pengacara majlis pada hari ini, ingin merakamkan
setinggi penghargaan kerana diberi kepercayaan untuk
mengacarakan majlis ini. Jutaan kemaafan juga ingin saya
ungkapkan sekiranya sepanjang pengacaraan saya ini, terdapat
kepincangan dan kekalutan bahasa yang digunakan

Semua yang baik datangnya dari Allah swt dan yang buruk
datangnya dari kekurangan dan kealfaan saya sendiri
Wabillahi taufik........ & salam sejahtera

Anda mungkin juga menyukai