Anda di halaman 1dari 3

PENERANGAN DARI EMCEE MAJLIS

Kongsikan dengan tetamu tempat tempat penting :


- kedudukan tandas
- kedudukan surau
- makanan dan minuman

Kongsikan aturcara ringkas perjalanan yang akan dilalui oleh semua :


- pengantin masuk pukul berapa
- jam berapa sesi fotografi dengan pengantin bermula

MAJLIS BERMULA

Mengumumkan ketibaan pengantin dan rombongan keluarga di luar dewan


*Diikuti audio Paluan Kompang sehingga habis dan pause.

PERARAKAN MASUK DULANG DAN KEDUA KELUARGA

Pelamin yang tersenggang indah namun masih sepi apalah maknanya,


Dalam keriuhan yang bergema namun tidak beraca apalah ertinya.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Bersama-sama kita memberi tumpuan di pintu masuk utama dewan yang
serba indah ini perarakan masuk dulang hantaran diiringi keluarga rombongan.
Majlis mempersilakan.

*Diikuti audio selawat Lah Ahmad - Maulaya

*Perarakkan masuk Line 1-2 (Dulang Hantaran Lelaki dan Keluarga Pengantin Lelaki)
*Perarakkan masuk Line 3-4 (Dulang Hantaran Perempuan dan Keluarga Pengantin
Perempuan)

*Audio play sehingga tetamu vip duduk di meja masing masing

//(Pelamin bakal menjadi singgah sana,


Tempat bersanding dua jiwa bercinta.)

PERARAKAN MASUK PENGANTIN

Hadirin yang dimuliakan si teruna tinggi rampai,


Sang gadis manis permai,
Bersatu keluarga kerana akad cinta,
Bersatu kerana izin Tuhan yang Esa.

Mohd Faiz melangkah tampan,


Naqhisshah penyeri isteri rupawan.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Mengumumkan langkah masuk pasangan raja sehari menuju ke istana pelaminan,
Dipersilakan.
*Diikuti audio Forever and ever and always - Ryan Mack
*Audio play sehingga pengantin duduk

PEMBUKA MAJLIS

BACAAN DOA

Ziarah Kota Tanjung Keramat,


Banyaklah bicara sejarah tersemai,
Bersama kita memohon rahmat,
Semoga acara berlangsung damai

Tuan-tuan dan Puan-puan,


Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita
bersama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan.
Majlis dengan ini menjemput Saudara Mohd Tarmizi Bin Jusoh juga dikenali sebagai
bapa saudara kepada pengantin perempuan untuk memimpin bacaan doa.

*bacaan doa

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara


Mohd Tarmizi Bin Jusoh atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita pada hari
ini, berjalan dengan lancar dan dilimpahi berkat.

Hadirin sekalian, pasangan pengantin baru yang diraikan pada hari ini Qisha dan Faiz
telahpun mengikat tali pertunangan pada 24 September 2022 dan hari ini, 26 Ogos
2023 Bertempat di Dewan Fereena ini, akan menjadi saksi detik-detik bersejarah
pasangan mempelai ini, kerana harini mereka akan diraikan dengan ahli keluarga
tersayang dan sahabat-sabahabat handai. Semoga ianya akan menjadi ingatan dan
kenangan yang terindah untuk dibawa hingga ke anak cucu hendaknya.

Berdua bersama mencari renda,


Dapatlah satu di Inderagiri,
Doa restu daripada ahli keluarga,
Agar masjid dibina kekal berdiri.
SALAM RESTU

Baiklah, kita teruskan majlis dengan acara salam restu.


Dengan itu, saya menjemput:
 
· Ibu dan Aya
·IKUT SENARAI NAMA KELUARGA TUAN RUMAH

Majlis kini merakamkan ucapan terima kasih kepada encik Mohd Fodzi, lelaki paling
ganteng didalam dewan selepas pengntin lelaki kita atas kesudian untuk merestui
hubungan pasangan mempelai

Anda mungkin juga menyukai