Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS RAIKAN CINTA SYAZA & SYAHMI

TARIKH: 21 DISEMBER 2019


MASA: 11.00 PAGI
TEMPAT: DEWAN BALROOM KOMPLEKS SUKAN TAMING SARI, MELAKA.

(PANTUN)
Sirih junjung berhias indah,
Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.

(KOMPANG DIMAINKAN) – 8 Minit

Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan,
pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja
Sehari;

SYAZA SYAZWANI & MUHD SYAHMI.

(Pengantin akan berjalan menuju ke pelamin)

(PANTUN)
Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Dari Raub pergi ke Pontian


Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T.

(PANTUN)
Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri


Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai
Yang dihormati AYAHANDA ABD RAHMAN BIN HAMID & IBUNDA PN ROSNAHNI BT ATAN
selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan
mempelai; SYAZA & SYAHMI, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, teman sekerja
dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati
Allah S.W.T. sekalian.

Saya, selaku pengacara majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan selamat datang
ke :

Majlis Raikan Cinta SYAZA & SYAHMI.

(PANTUN)
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Burung Nuri hinggap di balai


Balai seri buatan Pak Tua
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah SWT, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh SHAHRUL NIZA
abang kepada pengantin perempuan.

Dipersilakan.

(BACAAN DOA – 5MINIT)

Terima kasih diucapkan kepada SHAHRUL NIZA di atas bacaan doa sebentar tadi.

(PANTUN)
Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patin


Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis merenjis air mawar.

(MUZIK INSTRUMENTAL PERKAHWINAN DIMAINKAN)


Dengan itu, saya menjemput :

(Nama dan gelaran dalam keluarga)

Yang pertama – AYAHANDA & IBUNDA PENGANTIN PEREMPUAN:


EN. ABD RAHMAN BIN HAMID & PN. ROSNAHNI BT ATAN

Seterusnya dijemput– AYAHANDA & IBUNDA PENGANTIN LELAKI:


EN. SUHAIMI BIN HASIN & PN. ZURAIMA BT HAMDAN

Seterusnya dijemput – PAK LONG & MAKLONG PENGANTIN PEREMPUAN


EN. OTHMAN BIN ATAN & PN. ROKIAH

Dijemput pula – PAK UTEH & MAK UTEH PENGANTIN PEREMPUAN


HJ MANSOR BIN HAMID & HJH MISKIAH

Dijemput – PAK ANJANG & MAK ANJANG PENGANTIN PEREMPUAN


HJ KARIM BIN ATAN & HJH NORAIHA

Seterusnya dijemput – IBU SAUDARA PENGANTIN LELAKI


MAK CHOR & IKHA

Dijemput pula – IBU SAUDARA PENGANTIN LELAKI


MAK ZAH & PASANGAN

Dijemput – AYAH CIK PENGANTIN LELAKI & ADDA

Dijemput pula – PAK SU PENGANTIN LELAKI & PASANGAN


Untuk menepung tawar

Demikianlah tadi, acara merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan
pasangan dua sejoli yang sama cantik sama padan di atas singgahsana.

(PANTUN)
Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab.
Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk
bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan.

(PENGANTIN BERJALAN DARI PELAMIN KE MEJA)

(PENGANTIN DUDUK)

(PANTUN)
Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan

Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama –
sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu –
alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.

(JAMUAN MAKAN - TUNGGU ISYARAT ACARA SELANJUTNYA)


Untuk ke acara seterusnya, Majlis dengan ini menjemput kedua – dua mempelai untuk acara
memotong pulut kuning. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

PENGANTIN MEMOTONG PULUT KUNING

(15MINIT)
Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu,
menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui
ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

(PANTUN)
Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

(PANTUN)
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima
kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian
hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

(PANTUN)
Tanam laguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum


Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi
pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq
walhidayah wassalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai