Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacaraan Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Peringkat

Kolej Vokasional Setapak Tahun 2021

Tempat: Dewan KVSKL


Tarikh : 19 November 2021
Pengacara Majlis: Syazwan Syamim Bin Abd Rahman

Peristiwa Butiran Penyampai Nota


Mengumumkan ketibaan:
Ketibaan
Pengarah Yang Berusaha, Tuan Haji Azlan Bin Saat
Pengarah Kolej Vokasional Setapak, Kuala Lumpur.

Bersama sama barisan pentadbir untuk masuk ke dalam


dewan.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha,
Tuan Haji Azlan Bin Saat,
Pengarah Kolej Vokasional Setapak.
Aluan
Pengerusi Timbalan Pengarah Akademik,
Majlis Encik Khalid B. Mohd Shah

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik,


En. Mohamad Ghazali B. Abd Kadir

Ketua Jaminan Kualiti,


Puan Hasnita Bt Ali

Para pensyarah serta para pelajar yang dikasihi sekalian.


Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Dimajlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan


kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah
rahmat-Nya dapat kita berkumpul untuk menjayakan
Pertandingan Reak Cipta dan Inovasi Peringkat Kolej
Vokasional Setapak bagi tahun 2021.
Bacaan Doa Bagi memohon keberkatan majlis kita pada pagi ini, majlis
dengan ini menjemput Ustaz Sabri Bin Isa untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan
------Bacaan Doa-------

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Sabri Bin Isa atas


kesudian untuk memimpin bacaan doa itu tadi.

Objektif Hadirin sekalian,


matlamat
program Pertandingan reka cipta dan inovasi merupakan satu platform
perkongsian dan pengembangan hasil kajian pelajar-pelajar
Kolej Vokasional Setapak yang dianjurkan oleh Unit
Pembudayaan Inovasi KVSKL.

Dengan mengangkat tema Revolusi Industri 4.0, pertandingan


ini dianjurkan adalah bermatlamat untuk mencungkil bakat
pelajar dalam bidang penyelidikan dan pembangunan inovasi.
Selain itu, melalui pertandingan ini juga, pelajar dapat
memperkembangkan kebolehan dan potensi kemahiran
vokasional ke platform yang lebih tinggi.

Dengan harapan untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang


berbakat besar dalam dunia penyelidikan, maka pertandingan
ini dianjurkan supaya pelajar berupaya menghasilkan produk-
produk inovasi yang berkualiti dan bernilai tinggi.

Pengenalan juri Para hadirin,


pertandingan
Peserta-peserta yang bertanding akan mempamerkan serta
mempersembahkan produk inovasi ciptaan mereka kepada
para juri yang dilantik
Oleh itu, eloklah kiranya saya perkenalkan dahulu juri-juri
yang akan menilai para peserta pada hari ini:

1. Ts. Dr. Norhazizi Bin Lebai Long


2. Dr. Siti Noor Zainah Bt Sahat
3. Ts Anesman Buangraya
4. En. Shamsudin Bin Ab Rahim (Yang Di-pertua PIBG)
5. En. Mohd Shaiful Bin Sharudin (Naib Yang Di-pertua PIBG)

Ucapan Para hadirin,


Perasmian
Pengarah Majlis pada hari ini akan diteruskan dengan ucapan daripada
Pengarah Kolej Vokasional Setapak. Oleh itu, majlis dengan
hormatnya menjemput,
Yang berusaha, Tuan Haji Azlan B Saat untuk
menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan
Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi peringkat Kolej
Vokasional Setapak tahun 2021. Dipersilakan

--------Ucapan----------

Terima kasih diucapkan kepada:


Yang Berusaha, Tuan Haji Azlan B Saat
Pengarah Kolej Vokasional Setapak,
atas kesudian beliau menyampaikan ucapan dan merasmikan
petandingan pada hari ini.

Sesi Penilaian Baiklah para hadirin,


Juri
Dengan berakhirnya sesi perasmian itu sebentar tadi, maka
secara rasminya bermulalah pertandingan reka cipta dan
inovasi peringkat Kolej Vokasional Setapak Kuala Lumpur.

Sesi seterusnya, kita akan memberi ruang kepada para juri


untuk melakukan penilaian terhadap produk inovasi peserta
yang dipamerkan. Oleh itu, dijemput para juri untuk
memulakan lawatan penilaian.

Saya akan bacakan sedikit peringatan SOP keselamatan


ketika sesi penilaian dijalankan:

1. Para peserta, pensyarah dan juri wajib memakai pelitup


muka semasa sesi penilaian dilakukan.
2. Para peserta, pensyarah dan juri wajib menggunakan hand
sanitizer yang disediakan semasa menyentuh produk semasa
penilaain dijalankan.
3. Selaian itu, diharapakan supaya semua dapat sentiasa
menjaga penjarakan sosial.

Sesi Ulasan
Ketua Hakim
Sesi Hadirin Sekalian,
Penyampaian Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan, iaitu upacara
Hadiah penyampaian hadiah Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi
Pemenang Peringkat Kolej Vokasional Setapak Tahun 2021.

Bagi menyempurnakan upacara, majlis dengan sukacitanya


menjemput

- Yang Berusaha, Tn. Hj. Azlan Bin Saat, Pengarah Kolej


Vokasional Setapak
-Diiringi-
- Yang Berusaha, Pn. Hasnita Bt Ali, Ketua Jaminan Kualiti
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Kita akan mulakan dengan sesi penyampaian cenderahati


kepada para juri. Dijemput:

1. Ts. Dr. Norhazizi Bin Lebai Long


2. Dr. Siti Noor Zainah Bt Sahat
3. Ts Anesman Buangraya
4. En. Shamsudin Bin Ab Rahim (Yang Di-pertua PIBG)
5. En. Mohd Shaiful Bin Sharudin (Naib Yang Di-pertua PIBG)

Seterusnya, saya akan bacakan para pemenang Pertandigan


Reka Cipta dan Inovasi Peringkat Kolej Vokasional Setapak
tahuan 2021. Saya akan bacakan dahulu pemenang saguhati.

Saguhati:
1.
2.
3.
4.
5.

Tempat ke 3:

Naib Johan:
Johan:

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.


Jutaan terima kasih juga diucapakan kepada Tn Hj Azlan Bin
Saat atas kesudian untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.

Sesi Di jemput kepada semua pensyarah dan para peserta untuk


Bergambar berkumpul di atas pentas untuk sesi bergambar.

Penutup Berkahir upacara itu tadi, maka kita telahpun berada di


penghujung acara. Pada kesempatan ini saya mewakili pihak
pengnajur sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi
perhargaan dan terima kasih kepada;
 Tuan-tuan, puan-puan, para tetamu dan undangan juga
semua pihak yang terlibat secara langsung, atau tidak
secara langsung menjaya dan memeriahkan majlis yang
amat bermakna lagi bersejarah pada hari ini.
Ribuan ampun kami pohon, andai terdapat sebarang
kekhilafan sepanjang majlis ini dikendalikan.Sekian.

Anda mungkin juga menyukai