Anda di halaman 1dari 4

Teks Pengacaraan Audit Dalaman MBOT Bersama Panel Luar (UTHM)

Tempat: Bilik Gerakan KVSKL


Tarikh : 15 September 2020
Masa : 9 Pagi
Pengacara Majlis: Syazwan Syamim Bin Abd Rahman

ENTRANCE MEETING
Peristiwa Butiran Penyampai Nota
Mengumumkan ketibaan:

Barisan Panel Penilai


Ketibaan Dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tetamu
Khas Diiringi:
Yang Berusaha, Tn. Hj. Azlan Bin Saat
Pengarah Kolej Vokasional Setapak, Kuala Lumpur,

Dan
Para pentadbir untuk mendapatkan tempat.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Dihormati, Ketua Panel Penilai


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Ts. Dr. Abd Fathul Hakim Zulkifli

Aluan Pengerusi Yang Dihormati, Barisan Ahli Panel Penilai


Majlis UTHM
Ts. Dr. Lam Hong Ying
Ts. Dr. Hairulazwan Bin Hashim
Ts. Dr. Tengku Nur Azila Bt Raja Mamat
Ts. Haffidzudin Bin Hehsan
Ts. Dr. Peniel Ang Soon Ern

Yang Berusaha, Tn. Hj. Azlan Bin Saat,


Pengarah Kolej Vokasional Setapak Kuala Lumpur

Barisan pentadbir, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua


program, serta para pensyarah yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum W.B.T, salam sejahtera dan salam


Malaysia Prihatin.
Dimajlis yang permai ini, mari kita memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah
rahmat-Nya dapat kita berkumpul untuk menjayakan
Program Audit Dalam MBOT Bersama Panel dari Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Bacaan Doa Para hadirin,


Untuk memohon keberkatan majlis kita pada pagi ini,
majlis menjemput Al-Fadhil Ustaz Abdul Rani Bin
Muhamed Daud untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan

------Bacaan Doa-------

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Abdul


Rani Bin Muhamed Daud kesudian untuk memimpin
bacaan doa itu tadi.

Ucapan Hadirin sekalian,


Pengarah Slot pada pagi ini akan dimulakan dengan dengan ucapan
daripada Pengarah Kolej Vokasional Setapak Kuala
Lumpur.
Oleh itu, majlis dengan hormatnya menjemput
Yang Berusaha, Tn. Hj. Azlan Bin Saat
Pengarah Kolej Vokasional Setapak Kuala Lumpur
Untuk memberikan ucapan aluan. Dipersilakan

---------Taklimat Pengarah----------

Terima kasih diucapkan kepada:


Yang Berusaha, Tn. Hj. Azlan Bin Saat
Pengarah Kolej Vokasional Setapak atas ucapan aluan
sebentar tadi.

Ucapan Ketua Hadirin yang dihormati,


Panel Penilai Seterusnya kita kan dengarkan ucapan daripada Ketua
Panel Penilai dari Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.
Dengan itu, majlis dengan hormatnya menjemput
Ts. Dr. Abd Fathul Hakim Zulkifli
Untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.

---------Taklimat Pengarah----------

Terima kasih diucapkan kepada:


Ts. Dr. Abd Fathul Hakim Zulkifli
atas ucapan sebentar tadi.

Penyampaian Hadirin sekalian,


Cenderamata & Orang berbudi, kita berbahasa
Sijil Orang memberi kita merasa.
Penghargaan

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih,


sudilah kiranya tuan semua menerima sedikit cenderamata
dari pihak kami. Oleh itu, majlis dengang hormatnya
menjemput, Yang Berusaha, Tn. Hj. Azlan Bin Saat,
Pengarah Kolej Vokasional Setapak Kuala Lumpur untuk
memberikan cenderamata dan sijil penghargaan sebagai
tanda kenang-kenangan kepada Ahli Panel Penilai hari ini.

1. Ketua Panel :Ts Dr Abd Fathul Hakim Zulkifli


(Timbalan Dekan)
2. Tek. Elektrik :Ts Dr Lam Hong Yin
3. Tek. Elektronik :Ts Dr Hairulazwan Bin Hashim
4. Tek. Pemesinan Industri:Ts Dr Tengku Nur Azila Binti
Raja Mamat
5. Tek. Kimpalan :Ts Haffidzudin Bin Hehsan
6. Tek. Pembinaan :Ts Dr Peniel Ang Soon Ern

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Azlan Bin Saat atas
kesudian untuk menyampaiakn cenderamata itu sebentar
tadi.

Penutup Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya sesi penyampaian cenderamata itu


sebentar tadi, kini kita sudahpun berada di prnghujung
majlis. Sesi audit seterusnya akan diadakan di program
masing-masing.

Oleh itu, majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih


kepada semua atas kesudian untuk menjayakan majlis
pada pagi ini. Sekian sahaja daripada saya, salah dan
silap harap diampun. Wabilahhitaufiq…

Saya serahkan majlis kepada……

Anda mungkin juga menyukai