Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH ARAB JAIM AL-AHMADI

KM 18 PAYA RUMPUT JAYA


SG. UDANG, 76300 MELAKA.

KERTAS KERJA
KECERIAAN BILIK UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SAMUDRA

JALAN SAMUDRA BARAT 4, TAMAN SAMUDRA,

68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN.

KOD SEKOLAH : BBA 7227


“1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
 
Ruj. Kami : SKTSA: 06/04/004Jld.1.( 1 )/ /13
Tarikh : 30 Mac 2013
NO. TEL/FAX : 03-61866649

EN. MAT SAAT BIN ZAINAL ABIDIN


Yang Dipertuan PIBG,
Sk Taman Samudra

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN BAGI MENCERIAKAN BILIK UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS


SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Unit Disiplin dan Pengawas Sekolah Kebangsaan Taman
Samudra dalam usaha menubuhkan dan menceriakan bilik Disiplin dan Pengawas sekolah
kami.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan rasa rendah diri ingin memohon
sumbangan atau apa-apa sumbangan lain yang munasabah daripada pihak tuan. Adalah
diharapkan dengan sumbangan ini dapat menampung kos yang ditanggung oleh pihak sekolah
untuk menceriakan bilik khas disiplin yang telah dirancang sepanjang tahun ini.

4. Atas keperihatinan dan bantuan yang dihulurkan oleh pihak tuan, pihak sekolah
terlebih dahulu merakamkan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

______________________________

( TN. HJ OMAR AMIAH B CHE NGAH )

GURU BESAR,
SK Taman Samudra
68100 Batu Caves Selangor
KERTAS KERJA MENCERIAKAN BILIK UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS

TUJUAN

Bilik Disiplin dan Pengawas ditubuhkan bagi memudahkan pengurusan disiplin dijalankan. Bilik
ini diwujudkan bertujuan untuk mendedahkan murid – murid dan juga ibu bapa tentang
kepentingan disiplin sekolah diwujudkan. Dengan adanya bilik khas unit disiplin segala
perbincangan dan juga penyelesaian antara guru dan murid serta perjumpaan antara guru dan
ibubapa dapat dilaksanakan dengan lebih profesional. Memandangkan disiplin adalah satu kes
utama yang perlu di ambil perhatian maka keceriaan bilik khas ini juga memainkan peranan di
dalam sesebuah sekolah. Bilik Disiplin dan Pengawas diwujudkan bagi merancang , mengurus,
mengelola dan menyelia program, aktiviti pengayaan, pengukuhan, pencegahan dan pemulihan
dan meningkatkan tahap disiplin di sekolah. Penyelarasan disiplin berkaitan isu salah laku murid
dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

MATLAMAT

Keceriaan bilik disiplin menjamin keselesaan pengguna yang datang ke bilik berkenaan
termasuk ibu bapa, murid dan juga pelawat. Perlaksanaan Kursus Ladap berkaitan
Disiplin,Urusan Mesyuarat disiplin dan Pengurusan penyimpanan Fail Disiplin juga menjadi
lebih selamat dan teratur . Menjadikan bilik disiplin sebagai bilik yang boleh menangani murid
yang bermasalah dan memudahkan guru – guru disiplin membuat tindakan susulan terhadap
isu – isu kes salah laku murid secara lebih teratur. Bilik yang ceria akan menghasilkan Suasana
yang kondusif selaras dengan visi dan misi sekolah.Bilik Unit Disiplin dan Pengawas juga
diwujudkan bagi memudahkan proses memberi khidmat bimbingan dalam proses rayuan untuk
bersekolah semula kepada murid yang digantung atau dibuang sekolah. Menjadikan Bilik
Disiplin sebagai bilik yang mesra pengguna dan menjadi contoh kepada bilik khas lain di
sekolah. Bilik yang ceria mampu mengubah emosi seseorang kepada emosi yang lebih tenang
dan proses bimbingan serta perbincangan dapat dijalankan dengan lebih baik. Bilik Disiplin
diwujudkan bagi mendorong semangat ibu bapa supaya sering datang ke sekolah untuk
bersama-sama membincangkan masalah salah laku anak mereka ke arah penambahbaikan.
Interaksi dua hala antara ibu bapa dan guru juga mampu mewujudkan satu hubungan
kerjasama yang baik .
PERBELANJAAN BAGI MENCERIAKAN BILIK DISIPLIN DAN PENGAWAS

BIL SENARAI JENIS BARANG HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH

1. TIKAR GETAH RM180 1 GULUNG RM180


2. CAT RM40 2 RM80
3. BERUS CAT RM7 3 RM21
4. TEMPAT LETAK CAT RM7 3 RM21
5. ALMARI BERKUNCI RM135 1 RM135
6. ROLLER CAT RM13 3 RM39
7. KAYU ROLLER RM8 3 RM24
JUMLAH BESAR RM500
SK TAMAN SAMUDRA,
JALAN SAMUDRA BARAT 4,
TAMAN SAMUDRA, 68100 BATU
CAVES SELANGOR.

Berikut adalah Sistem Permarkahan dan Tindakan Sekolah mengikut Sistem e-Disiplin yang
digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia :

Jumlah
Tindakan Sekolah Tindakan Pelajar
Markah
3 – 19 Amaran lisan kepada pelajar Menerima amaran lisan
20 – 30 Amaran Pertama (bertulis) Menerima amaran, sesi kaunseling & kerja amal
31 – 40 Amaran Kedua (bertulis) Menerima amaran, sesi kaunseling, kerja amal
41 – 59 Pemantauan & Bimbingan kpd Sesi kaunseling berterusan
pelajar
Hukuman GANTUNG Sesi kaunseling khas selepas menjalani hukuman,
60 – 70
SEKOLAH membuat akujanji, kerja amal
71 – 79 Bimbingan Intensif Sesi kaunseling berterusan dan kerja amal
80 – 99 AMARAN AKHIR Muhasabah diri.  Kerja amal, sesi kaunseling
intevensi
100 ↑ Hukuman BUANG SEKOLAH Buat rayuan dalam masa 30 hari

Anda mungkin juga menyukai