Anda di halaman 1dari 4

1

CONTOH BORANG SOAL SELIDIK UNTUK TUGASAN KEDUA


KURSUS KOC3402 ASAS STRATEGI KOMUNIKASI (PJJ)

KAJIAN KEBERKESANAN STRATEGI KOMUNIKASI DALAM KEMPEN KOMUNIKASI


SOSIAL

Bahagian A – Demografi
Arahan: Tandakan satu kotak sahaja yang berkenaan

1. Jantina
ð Laki-laki ð Perempuan

2. Kategori Umur:
ð21 – 30thn ð31 – 40thn ð41 – 50thn ð51 tahun ke atas

3. Agama
ð Islam ð Buddist ð Hindu ð Kristian ð Lain-lain

4. Kumpulan Ethnik (Bangsa)


ð Melayu ð India ð China ð Bumiputra (Kadazan, Bidayu, Iban dll)

5. Pekerjaan (Bekerja di Sektor?)


ð Kerajaan ð Swasta ð Sendiri ð Pelajar

6. Kategori pendapatan bulanan seisi rumah


ð di bawah RM1,000 ð RM1001 – RM3000 ð RM3001 ke atas

7. Tahap pendidikan tertinggi


ð sekolah rendah ð sekolah menengah ð kolej/institut ð IPTA/IPTS

Nota: Untuk Tugasan 2, anda boleh memuatkan kesemua 7 soalan dalam


borang soal selidik untuk kajian anda atau anda boleh memilih 3 – 5 soalan
dalam bahagian ini sahaja. Tidak perlu memuatkan kesemua 7 soalan dalam
borang soal selidik anda (anda tentukan ok)
2

Bahagian B – Tahap Kefahaman Mengenai Keberkesanan Strategi Komunikasi Dalam


Kempen Komunikasi Sosial

1. Adakah anda memahami apakah yang dimaksudkan dengan strategi komunikasi


dalam kempen komunikasi sosial?
ð YA ð TIDAK PASTI ð TIDAK

Anda boleh bertanyakan beberapa lagi soalan mengenai tahap kefahaman


responden mengenai keberkesanan komunikasi dalam kempen komunikasi
sosial. Saya rasa bilangan soalan yang dikemukakan dalam bahagian ini
haruslah di antara 4 – 6 soalan adalah memadai.

Bahagian C – Pandangan Responden Mengenai Keberkesanan Strategi Komunikasi


Dalam Kempen Komunikasi Sosial

1. Adakah anda rasa strategi komunikasi yang digunakan dalam sesuatu kempen
komunikasi sosial berkesan?

ð YA ð TIDAK PASTI ð TIDAK

2. Adakah anda rasa strategi komunikasi yang digunakan dalam sesuatu kempen
komunikasi sosial telah berjaya mencapai objektif kempen komunikasi tersebut?

ð YA ð TIDAK PASTI ð TIDAK


Untuk bahagian ini, anda perlu tanyakan lebih kurang antara 4 – 6 soalan
mengenai pandangan responden berhubung kebebasan akhbar yang
diamalkan oleh negara barat

Bahagian D – Peranan Masyarakat Dalam Menjayakan Strategi Komunikasi yang


digunakan Dalam Sesuatu Kempen Komunikasi Sosial
3

1. Adakah anda rasa masyarakat harus memberikan kerjasama yang mendalam


untuk menjayakan keberkesanan strategi komunikasi yang digunakan dalam
sesuatu kempen komunikasi sosial?
ð YA ð TIDAK PASTI ð TIDAK

2. Adakah anda rasa strategi komunikasi yang digunakan dalam sesuatu kempen
komunikasi sosial lebih berjaya ke atas masyarakat yang menetap di kawasan
bandar berbanding ke atas masyarakat yang menetap di kawasan luar bandar?
ð YA ð TIDAK PASTI ð TIDAK

Untuk bahagian ini, anda perlu bertanyakan lebih kurang antara 4 – 6 soalan
mengenai peranan masyarakat dalam menjayakan strategi komunikasi yang
digunakan dalam menjayakan sesuaut kempen komunikasi sosial.

……. Dan seterusnya…..muatkan beberapa bahagian dan beberapa soalan


dalam borang survei anda…..

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN


(ayat ini perlulah dimuatkan pada bahagian terakhir borang survei anda)

Nota:

 Secara keseluruhan, panjang borang survei untuk tugasan 2 diandaikan di


antara 3 – 5 halaman sahaja (elakkan daripda memuatkan terlalu banyak soalan
sehingga borang survei mencecah terlalu banyak halaman, ini akan
membosankan responden anda)

 Borang survei anda perlu mempunyai bahagian, iaitu Bahagian A – Demografi,


Bahagian B – Tahap kefahaman masyarakat berhubung dengan keberkesanan
strategi komunikasi yang digunakan dalam menjayakan sesuatu kempen
komunikasi sosial, Bahagian C – Pandangan masyarakat berhubung dengan
keberkesanan strategi komunikasi yang digunakan dalam menjayakan sesuatu
kempen komunikasi sosial sekatan bersuara oleh media di Malaysia .......... dan
sebagainya

 Dalam borang survei anda, anda boleh menggunakan sama ada Skala Likert 3
point (setuju, tidak pasti, tidak setuju) atau anda boleh juga gunakan Skala Likert
5 point (sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju, sangat tidak setuju)
4

 Data dan maklumat yang anda perolehi daripada borang-borang survei yang
telah dikembalikan oleh responden anda (40 orang) bolehlah dianalisa secara
manual (kiraan dengan tangan atau calculator) atau dengan menggunakan
perisian komputer SPSS

 Data kajian yang anda perolehi perlulah dibentangkan dengan menggunakan


table (jadual), di mana anda menaburkan bilangan (peratusan) responden anda
yang bersetuju dengan soalan yang anda kemukakan dalam borang survei dan
berapa peratus pula yang tidak setuju dan sebagainya

 Borang survei yang anda gunakan dalam kajian anda perlulah dilampirkan dalam
laporan tugasan yang akan anda serahkan (tidak melebihi 20 muka surat, tidak
termasuk lampiran borang survei).

Saya harap panduan yang telah saya sertakan ini boleh membantu dan
memudahkan anda dalam melaksanakan tugasan 2. Sekiranya ada apa-apa yang
anda tidak faham, harap dahap berhubung dengan saya melalui telefon atau email.

Sekian,

Dr. Mohd Nizam Osman


Februari 2014

Anda mungkin juga menyukai