Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH ARAB JAIM AL-AHMADI

KM 18, PAYA RUMPUT JAYA,


76300 SUNGAI UDANG,
MELAKA

MINIT MESYUARAT
PANITIA GEOGRAFI BIL 1/2018

TARIKH : 12 Januari 2018 (KHAMIS)


13 Rabiulakhir 1438 H

MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT : BILIK MESYUARAT TN HJ SUBOH,


SMA JAIM AL-AHMADI

AGENDA MESYUARAT

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA 2017


TARIKH : 12 JANUARI 2016 (KHAMIS)
MASA : 7.50 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT TN HJ SUBOH
SMA JAIM AL-AHMADI
PENGERUSI : CIKGU JUNAIDAH BINTI ABU SAMAH
KEHADIRAN : 2/2

BIL NAMA JAWATAN


1 CIKGU JUNAIDAH BINTI ABU SAMAH GKMP KEMANUSIAAN
2 CIKGU ISMAFAIZIRA BINTI ISMAIL KETUA PANITIA

1.0 Perutusan Pengerusi


1.1 Pengerusi, Cikgu Junaidah mengalu-alukan kedatangan para
guru dan mengucapkan terima kasih atas segala usaha yang
telah dilakukan sepanjang tahun 2016.
1.2 Beliau menegur agar surat panggilan mesyuarat mesti
diedarkan sebelum mesyuarat dijalankan.
(Tindakan : Makluman)

2.0 Post-Mortem PT3 2016

2.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kerana pencapaian 100 %


lulus dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
2.2 Terdapat peningkatan bilangan dan peratus A untuk calon 2016.

Bil
Tahun A % B % C % D % E % F % GPMP
Calon

2015 81 38 46.9 19 25.3 14 18.7 14 18.7 2 2.7 1 1.3 2.36

2016 85 52 61.2 27 31.8 5 5.9 1 1.2 0 0.0 0 0.0 1.47

2.3 Penandaan mengikut rubrik penskoran yang ditetapkan oleh


lembaga peperiksaan.
2.4 Calon adalah menghuraikan fakta dengan jelas. Kebanyakkan
calon hanya menjelaskan fakta dengan huraian beserta contoh-
contoh yang berkaitan.
2.5 Bimbingan daripada guru mata pelajaran perlu diberikan dengan
lebih awal bagi memastikan semua calon bersiap sedia dengan
bahan yang bertepatan dengan tajuk kajian.
2.6 Motivasi murid juga diberi agar murid bersedia menghadapi dan
mampu menguruskan semua kekangan semasa kajian
dijalankan.
2.7 Guru mata pelajaran 2017 mesti memberikan pendedahan awal
kepada murid berkaitan dengan teknik menjawab pelbagai
instrumen PT3 Geografi agar pencapaian PT3 Sejarah 2017
dapat dilonjakkan.
(Tindakan : Guru Mata Pelajaran
Geografi Tingkatan 3)

3.0 Program Akademik Panitia 2017

3.1 Program Geografi Menengah Rendah – Teknik Menjawab PT3


Pelbagai Instrumen Mata Pelajaran Geografi

(Tindakan : Ketua Panitia & Guru


Mata Pelajaran)

4.0 Perbelanjaan Panitia 2017


4.1 Pengerusi meminta agar Ketua Panitia Geografi menyediakan
perancangan kewangan 2017.
4.2 Tuan Pengetua menggalakkan Panitia berbelanja sebanyak
10% pada setiap bulan.
4.3 Setiap perbelanjaan yang dibuat, hendaklah diberikan kepada
GKMP untuk dibawa berbincang dan mendapatkan kelulusan
pengetua.
4.4 Satu salinan nota minta hendaklah disimpan oleh ketua panitia
sebagai bukti perbelanjaan dan disimpan dalam fail berkaitan.
4.5 Baki duit PCG hendaklah dicatatkan.
(Tindakan : Makluman)

5.0 Hal-hal Lain

5.1 Pihak pengurusan sekolah menggunakan fail sebagai buku


rekod pembelajaran. Semua RPH yang disediakan hendaklah
ditaip dan refleksi ditulis selepas kelas. (Tindakan : Guru
Geografi)
5.2 Butir-butir diri dalam fail tersebut hendaklah dipenuhkan. Borang
penghantaran rekod Pdpc perlu disediakan untuk semakan
GKMP dan PK1. (Tindakan : Guru Geografi)
5.3 Guru-guru Sejarah perlu menghantar fail Pdpc mengikut masa
yang telah ditetapkan. (Tindakan : Guru Geografi)
5.4 RPT ringkas perlu disediakan dan diletakkan dalam fail. Satu
salinan Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran (DSKP)
hendaklah diserahkan kepada GKMP. (Tindakan : Guru
Geografi)
5.5 Markah murid dari SAPS perlu dicetak dan diletakkan dalam fail
untuk rujukan guru. (Tindakan : Guru Mata Pelajaran)
5.6 Program Kecemerlangan Panitia 2017 yang dirancang seperti
dalam takwim perlu dilaporkan secara bulanan. Jika tiada
program dijalankan, hanya laporan tiada program dijalankan
diserahkan kepada PK1. (Tindakan : KP Geografi)
5.7 Program Skor A peringkat sekolah akan dijalankan pada bulan
Mac dan September. Kelas tambahan akan bermula pada
minggu pertama Februari. (Tindakan : Makluman)
5.8 Pencerapan Pdpc penggal satu bermula 20 Februari hingga 31
Mac. Manakala pencerapan penggal kedua sehingga 25 Ogos
2017. (Tindakan : Makluman)
5.9 Guru-guru perlu menguasai fakta sesuatu tajuk agar tidak
berlaku kesalahan fakta semasa mengajar. (Tindakan : Guru
Geografi)
5.10 Pemeriksaan buku latihan adalah dua kali setahun. Hanya 10
buah buku latihan sahaja yang perlu diserahkan kepada GKMP
untuk semakan (3:4:3). Pencerapan akan dijalankan pada
ketetapan berikut :-
1. 27 Mac 2017 hingga 21 April 2017
2. 11 September 2017 hingga 6 Oktober 2017
(Tindakan : Guru Geografi)

5.11 Ujian dan Peperiksaan


1. Ujian 1 akan dijalankan selama 2 jam merngkumi soalan
objektif dan struktur serta esei pendek. (Tindakan : Guru
Sejarah)
2. JSU perlu disediakan.
3. Bank soalan perlu disediakan. Soalan-soalan akan dikumpul
oleh Ketua Panitia dalam bentuk softcopy.
(Tindakan : Guru Geografi)
5.12 Kajian Kes KSSM Tingkatan 1 akan dijalankan selepas silibus
tamat. Setiap kajian adalah secara individu dan markah yang
diberikan adalah sebanyak 20% dan akan dijadikan sebagai
markah peperiksaan akhir tahun. (Tindakan : Makluman)
5.13 Pengerusi memaklumkan bahawa semua keputusan yang telah
dicapai dalam mesyuarat dan yang telah diminitkan tidak perlu
ditularkan kepada pihak luar. Sekiranya didapati ada keputusan
yang tidak dipersetujui, perlulah berjumpa dengan pengetua.
(Tindakan : Guru Geografi)

Mesyuarat ditangguhkan jam 8.40 pagi.

Dicatat Oleh:-
Ismafaizira Bt. Ismail
Setiausaha Panitia Geografi
SMA JAIM Al-Ahmadi

Anda mungkin juga menyukai