Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS MELAKA

KM.4, JALAN SEMABOK, 75050 MELAKA


NO. TEL : 06-284 0205
NO. FAKS : 06-2810041

KERTAS CADANGAN

MINGGU KARNIVAL

HAL EHWAL MURID(HEM) 2019

TARIKH :

1 APRIL HINGGA 4 APRIL 2019

TEMPAT :

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS MELAKA


DEWAN SMK PADANG TEMU

ANJURAN :

SEMUA UNIT HEM

DENGAN KERJASAMA :

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH(MBMB)


BIMBINGAN DAN KAUNSELING (BNK) SKPKM
PPKI SMK TUN MUTAKHIR
SMK PADANG TEMU
SMK SHARIFAH RODZIAH

UNIT HEM
MINGGU KARNIVAL HEM 2019

1.0 NAMA PROGRAM


Minggu Karnival Unit Hal Ehwal Murid (HEM)

2.0 PENDAHULUAN
Minggu Hal Ehwal Murid (HEM) adalah program yang dianjurkan agar
jawatankuasa yang terletak di bawah Hal Ehwal Murid dapat menjalankan program
masing-masing sepanjang satu minggu aktiviti dijalankan. Program yang wajib
dijalankan oleh jawatankuasa merangkumi Unit Disiplin, Unit Bimbingan dan
Kaunseling, Program 3K (kebersihan dan keceriaan, keselamatan dan kesihatan dan
program Pendidikan Pencegahan Dadah) dan Unit Kebajikan. Program yang
dirancang dengan baik dan mempunyai pengisian yang berfaedah dapat memberikan
kesedaran kepada pelajar agar tahu menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan
diri sendiri serta dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat . Program yang dirancang
diharap dapat memupuk nilai murni dan sahsiah diri yang terpuji di kalangan murid
seperti berakhlak mulia, menghormati orang lain dan menjauhi perkara-perkara
negatif. Sahsiah diri yang positif menjadi benteng pertahanan agar unsur - unsur
negatif tidak meresap dalam diri pelajar seterusnya merosakkan masa depan murid.

3.0 MATLAMAT
Memberikan maklumat yang boleh membantu murid mencapai dan mengamalkan
gaya hidup sihat secara holistik dlam perkembangan murid.
Membentuk keterampilan dan keperibadian murid yang unggul melalui pengukuhan
program 3K berlandaskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

4.0 OBJEKTIF

1. Agar murid-murid mengetahui tentang pentingnya menjaga keselamatan diri dan


menjauhi diri dari terjebak dengan perkara-perkara negatif.
2. Agar dapat mengetahui lebih lanjut mengenai info kesihatan yang berkaitan dengan penyakit
hepatitis dan penggunaan ubat-ubatan.
3. Agar dapat mengetahui akibat buruk penagihan rokok, dadah dan inhalan.
MINGGU KARNIVAL HEM 2019
4. Agar dapat menyedari bahaya penyakit HIV/AIDS.
5. Agar dapat bersama-sama membantu pihak sekolah menjaga kebersihan sekolah dengan
mengamalkan sikap bersih , bergotong –royong dan kitar semula barang-barang.
6. Agar murid dapat berfikir secara sihat dalam menangani masalah yang mencabar dalam
kehidupan seharian.

5.0 SASARAN

Peserta Jumlah Catatan


Guru dan staff SKPKM 50 orang
Murid SKPKM 33 orang

6.0 AHLI JAWATAN KUASA INDUK

Penasihat : En. Mohd Zaki bin Baharom


(Guru Besar SKPKM)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Rosnani bt Muhammad
(GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Noriyati bt Kimin
(GPK Kurikulum)
Naib Pengerusi 3 :En. Mohd Saiful bin Saad
(GPK Kokurikulum)
Penyelaras Program : Nor Azizah bt Salleh

Setiausaha : Cik Nur Afiqah bt Jamaluddin

7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA TUGASAN
MINGGU KARNIVAL HEM 2019
JEMPUTAN Menyediakan surat jemputan kepada tetamu.
Mengenalpasti tetamu yang hadir.
Menghantar surat jemputan kepada tetamu.
Memastikan kehadiran tetamu pada hari
program.
BUKU PROGRAM Menyediakan buku program mengikut
maklumat yang diperlukan
Mengedarkan buku pogram pada hari
program berlansung
PERSIAPAN TEMPAT Menyusun kedudukan peralatan seperti yang
diperlukan.
Menyimpan semula peralatan setelah selesai
program.
SAMBUTAN Menyambut kedatangan tetamu
PELANCARAN Menyusun atur keperluan majlis pelancaran
Mengawalselia aturcara majlis agar berjalan
lancar
Memastikan kehadiran tetamu

MAJLIS PENUTUP Mengendalikan majlis penutup


Memastikan keperluan hadiah dan lain-lain
disediakan
Memastikan kehadiran tetamu
JAMUAN Menempah makanan yang bersesuaian
dengan bajet.
Memastikan makanan mencukupi
Menguruskan jamuan semasa program
berlansung
Memastikan tempat jamuan bersih dan
peralatan mencukupi.

P.A SISTEM & SIARAYA Menyediakan peralatan yang diperlukan


MINGGU KARNIVAL HEM 2019
Memastikan peralatan (P.A Sistem)berfungsi
dan dalam keadaan baik

DISIPLIN DAN KESELAMATAN Mengawal disiplin murid sepanjang program


berlangsung agar berjalan lancar

BACAAN DOA Memimpin bacaan doa

PENGACARA MAJLIS Menyediakan Teks Ucapan Pengacara


Mengacarakan majlis sehingga tamat

CENDERAMATA Menyediakan cenderamata kepada tetamu


Menyampaikan cenderamata

PAMERAN Mengawalselia ruang pameran


Menyediakan keperluan yang diperlukan
untuk pameran
Mengawal perjalanan murid semasa pameran
Menyusun atur kedudukan tempat pameran

AKTIVITI Mengendalikan aktiviti yang telah dirancang


Mengawalselia perjalanan aktiviti agar teratur
Memastikan peralalatan aktiviti lengkap

JURUGAMBAR DAN Mengambil gambar sepanjang program


DOKUMENTASI Menyediakan laporan selepas program
MINGGU KARNIVAL HEM 2019

7.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh/ Hari/Masa Aktiviti Tindakan/


AJK Kerja
23/3/2019 Gotong-Royong Perdana bersama MBMB Noorhayati bt Abd Rahim

(Sabtu)

8.30 pagi-1.30 ptg

1/4/2019 Pelancaran Minggu HEM sesi pagi


- Gimik pelancaran Nor Azizah bt Salleh
(Isnin) - Ucapan Guru Besar
Jawatankuasa AADK:
10.45 pagi- 2.00 ptg Program AADK En. Ahmad Wafiy bin Abdul
Wahid
Program Jabatan Kesihatan
Pn Nurul Hidayah bt Adnan

-
2/4/2019 Nurhanani bt Che Rameli
Program Bersama PDRM

(Selasa)
Mohd Faizal bin Hasan

10.45 pagi – 2.00 ptg

3/4/2019
Pengurusan Kerjaya Nur Afiqah bt Jamaluddin

(Rabu)

8.00 pagi – 4.30 ptg


4/4/2019
Ceramah Pengurusan Stress dalam Al- Nor Azizah bt Salleh

(Khamis) Quran

8.00 pagi- 4.30 ptg

9.0 ANGGARANPERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH KOS

1 Kain Rentang 1 RM100.00

2 Cenderamata 4 X 50.00 RM200.00

3 Penceramah 4 X RM300.00 RM600.00


MINGGU KARNIVAL HEM 2019
4. Hadiah 20 x 10.00 RM200.00

5. Lain-lain RM200.00

JUMLAH RM1300.00
KESELURUHAN

10.SUMBER KEWANGAN

Sumbangan MBMB
Sumbangan PIBG SKPKM
Sumbangan Lain-Lain

11. PENUTUP

Segala perancangan yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah
digarisi. Semoga semua perancangan yang telah disusun mendapat pertimbangan
dan kelulusan daripada pihak tuan.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

……………………………………….... ………………………………………....

(NUR AFIQAH BINTI JAMALUDDIN) ( ROSNANI BT MUHAMMAD)


Guru Bimbingan dan Kaunseling GPK HEM SKPKM
GBKSM SKPK Melaka

Diluluskan oleh:

………………………………………....

(SYAHRUL FAZLI BIN MOHD


NORDIN)
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sek. Keb. Pend. Khas Melaka

Anda mungkin juga menyukai