Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU

CALON PT3 & SPM 2018

SMK TUN HAJI ABDUL MALEK, KM 10, CHENG, 75250 MELAKA

PENDAHULUAN

Dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar, bantuan dan bimbingan tambahan oleh guru amat
diperlukan. Justeru, Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik, SMK Tun Haji Abdul Malek akan
mengadakan program Perkampungan Ilmu bagi pelajar tingkatan 3 & 5 yang akan menduduki Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pada tahun ini. Program ini akan memberi peluang
kepada para pelajar agar memanfaatkan waktu cuti penggal persekolahan mereka dengan aktiviti berfaedah.
Subjek-subjek yang terlibat bagi tingkatan 3 ialah subjek teras, iaitu BM, BI, Matematik, Sains, Kemahiran
Hidup dan Pendidikan Islam/Bahasa Cina/ Bahasa Tamil. Sementara itu, bagi tingkatan 5 semua subjek
teras & elektif akan dijalankan.

RASIONAL

Kelas tambahan untuk para pelajar tingkatan 3 & 5 ini diadakan adalah sebagai langkah persediaan
dari segi mental dan fizikal dalam memantapkan pengetahuan para pelajar bagi menghadapi peperiksaan
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

MATLAMAT

Program ini bertujuan melahirkan para pelajar yang mampu mencipta kecemerlangan dalam
peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan seterusnya
melonjakkan prestasi sekolah dalam peperiksaan tersebut di peringkat negeri Melaka.

OBJEKTIF

1. Para pelajar dapat memanfaatkan masa cuti persekolahan mereka dengan aktiviti yang berfaedah
2. Program ini dapat mengelakkan para pelajar daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah
pada cuti penggal persekolahan
3. Program ini juga diharapkan dapat memantapkan pengetahuan dan penguasaan para pelajar dalam
subjek teras & subjek elektif
4. Satu persediaan kepada para pelajar untuk menduduki peperiksaan yang akan diadakan pada
peringkat sekolah seterusnya pada peperiksaan awam.
5. Satu usaha menyemai dan menyuburkan budaya membaca serta mencintai ilmu pengetahuan
dalam kalangan para pelajar sekolah

KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar tingkatan 3 dan 5 SMK Tun Haji Abdul Malek


TARIKH

Cuti Pertengahan Penggal 1 – 17/03/2017 hingga 21/03/2017

TEMPAT

Bilik darjah tingkatan 3 & 5 masing-masing

JADUAL PELAKSANAAN

Rujuk lampiran Jadual Perkampungan Ilmu yang disediakan oleh JK Kecemerlangan Akademik

SUMBER KEWANGAN

1. Sekolah
2. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

PERBELANJAAN

PERKARA BIL. MURID ANGGARAN HARI JUMLAH CATATAN


HARGA (RM) (RM)
Tingkatan 3 368 RM 3 4 RM 1104
Tingkatan 5 311 RM 3 4 RM 933
JUMLAH BESAR RM 2037

PENUTUP

Diharapkan dengan pelaksanaan program ini, semua pelajar tingkatan 3 & 5 SMK Tun Haji
Abdul Malek mendapat manfaat dengan menguasai subjek-subjek teras & elektif seterusnya melonjakkan
pencapaian sekolah dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Peperiksaan Malaysia
(SPM) pada tahun ini.

DISEDIAKAN OLEH,

CIK NURNADIA FIRASYAH BINTI IMRAN

Penyelaras Perkampungan Ilmu

SMK Tun Haji Abdul Malek

Anda mungkin juga menyukai