Anda di halaman 1dari 3

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

SALAM MUAFAKAT JOHOR


SALAM SEGAMAT SELAMAT

Yang berusaha, PN ROHAYA BT MD ZAIN, pengetua SMK Palong Timur


Yang dihormati,
Hj Abd Rahman B Hj Kechik, GPK1
Cik Norrizah Bt Sharif, GPK HEM
En Wahid B. Abd Mannan, GPK KoKu
En Shafee B. Abd Hamid, GK PraU
Guru2 kanan bidang,
Guru2 serta para pelajar yang dikasihi sekalian

Syukur Alhamdulillah, di petang yang berbahagia ini, dapat kita berkumpul


dibawah satu bumbung, bagi meraikan majlis pelancaran Minggu Sains
dan Matematik bagi tahun 2015.
Terima kasih diucapkan kepada guru2 yang terlibat secara tidak langsung
dalam menyusun atur kedudukan guru dan pelajar di dalam dewan, serta
terima kasih diucapkan kepada semua pelajar kerana dapat memberikan
kerjasama yang baik agar majlis pada petang ini dapat berjalan dengan
lancer.
Minggu Sains dan Matematik di sekolah ini setiap tahun amat2 dinantikan
oleh semua pelajar.
Tema kita pada tahun ini ialah Sains dan Teknologi pemacu kreativiti dan
inovasi

Mengapa tema ini dipilih?


Mengapa Sains dan Teknologi sebagai pemangkin untuk berkreativiti dan
berinovasi?
Dunia masa kini semakin maju dan tamadun manusia semakin
berkembang.
Jika dalam sejarah, ketamadunan sesebuah masyarakat itu diukur dan
dilihat dari segi perkembangan pengetahuan sains mereka untuk
mengatasi masalah kehidupan seharian, dan akhirnya mereka mempunyai
teknologi utk sesuatu tamadun itu.
Contohnya; kenderaan beroda pertama dicipta semasa tamadun
Mesopotamia,
Roda dahulu dicipta diguna untuk tujuan pertanian (kincir air dan wujud
pula sistem takal) dan pengangkutan (samada untuk kegunaan domestic
atau peperangan)
* 1844 Charles Goodyear mencipta Vulcanized Rubber yang merupakan
sejenis getah kalis air serta anjal dan tahan lama.
* 1888 John Dunlop mencipta tayar pneumatik untuk basikal.
* 1948 Michelin memperkenalkan tayar radial
Dan inovasi terkini dari michellin, tayar tanpa angin yang dilancarkan pada
tahun 2013, tayar primacy ST3.
Dari cerita perkmbangan kisah tayar tadi dapat disimpulkan bahawa
inovasi bermula dengan kreativiti.
Dalam menghasilkan inovasi, kita tidak dapat lari dari konsep fizik dan
matematik.
Dalam menyelesaikan masalah kehidupan seharian pun kita banyak
mengaplikasi sains dan matematik.
Bagaimana pelajar mengaplikasi ilmu, itulah KBAT sebenarnya.
Dalam KBAT mesti ada nilai2 saintifik.

Diharapkan dengan pelancaran minggu sains dan matematik dapat


menyemarakkan lagi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan seterusnya
dapat menghasilkan idea2 baru yang kreatif dan tercetuslah inovasi.
Semoga semua aktiviti yang dirancang dapat menarik minat pelajar

Anda mungkin juga menyukai