Anda di halaman 1dari 2

KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Pada tahun ini, Negara kita, Malaysia telah menyambut ulang tahun
kemerdekaannya yang ke 58.
Saban tahun, kita disajikan dengan rakaman peristiwa penurunan bendera
Union Jack di Dataran Merdeka serta laungan keramat MERDEKA oleh Yang
Amat Mulia Almarhun Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Perdana Menteri kita
yang pertama yang juga Bapa Kemerdekaan..
Untuk pengetahuan Puan Pengetua, guru guru dan rakan rakan
sekalian ada 3 lagi acara yang diadakan selepas laungan Merdeka oleh Yang
Amat Mulia Almarhum Tunku pada pagi 31 Ogos 1957 Acara acara tersebut
adalah :
1. Laungan Azan
2. Bacaan Doa
3. Tembakan meriam 100 das
Azan ini telah dilaungkan oleh Tan Sri Dato Haji Hassan Bin Azhari,
seoarang tokoh agama yang juga merupakan penerima Tokoh Maal Hijrah tahun
2002.
Beliau turut melaungkan azan pada perasmian Masjid Negara pada
tahun 1967, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Masjid
Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri
Begawan, Brunei.
Beliau juga merupakan hakim Pertandingan Tilawan al-Quran yang paling
lama berkhidmat dalam negara. Hampir 46 tahun berkhidmat sebagai hakim, beliau
juga menjadi hakim di Arab Saudi, Mesir, Iran, Dubai, Brunei dan Thailand.
Bacaan doa pula dipimpin oleh Allahyarham Syeikh Ahmad bin Mohd Said,
Mufti Persekutuan Tanah melayu yang pertama. Beliau juga merupakan bekas
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan..
Puan Pengetua, Guru guru dan Rakan rakan sekalian

Pada hari ini, kami cuba menyorot kembali 2 peristiwa yang berlaku selepas
laungan keramat merdeka iaitu laungan Azan dan bacaan doa..
Puan Pengetua, Guru guru, Pelajar pelajar diminta untuk berdiri, diam sewaktu
azan dilaungkan dan mengaminkan bacaan doa yang akan dibaca
Dengan segala hormatnya dipersilakan 2 wakil pelajar bagi mengimbau kembali
suasana pada waktu itu..
Saudara Mohd Nazmi Bin Rahim
Saudara Mohd Khalid Bin Jamiran
Dengan segala hormatnya dipersilakan

Anda mungkin juga menyukai