Anda di halaman 1dari 6

Indah berbalam si awan Datang,

Berarak di celah pohon cemara,

Pemanis kalam selamat datang

Awal bismillah pembuka bicara,

Bismillahirrahmanirrahim, Hadirin sekalian,

Bersamaaan Hari Malaysia 16 September pada pagi Jumaat yang Penuh Berkah ini, marilah sama-sama
kita mendengar Ceramah Yang akan di sampaikan Oleh Penceramah jemputan Yang Didatangkan khas
Pada hari ini En. Abd Aziz Bin Abd Karim, Beliau merupakan Pegawai Jabatan Penerangan Sandakan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

________________________________________________________________________________

Sidang Hadirin yang dihormati,

Bagi memulakan majlis, Sebentar lagi kita sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku,
dan Lagu sekolah, hadirin diminta berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu. majlis mempersilakan.

Tetak buluh kajang sepuluh,

Laksana dititing kias ibarat,

Angkat tangan jemari sepuluh,

Doa dipohon agar selamat

Bagi Menambah Keberkatan Majlis Kita Pada Pagi Yang penuh Barakah ini, marilah kita mengaminkan
Doa yang akan dibacakan Oleh Saudara ____________________________

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin, Majlis merakam ucapan terima kasih kepada saudara
___________________________ atas bacaan doa sebentar tadi.

1.0 KATA-KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS


Dari Sandakan pergi ke Tuaran,
Terus pula ke pekan Pitas,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Bismillahhirrohmannirrohim….alhamdulillahhirobbil alamin…wasolatuwassamu ‘ala ashrafil anbiya’i


walmursalin wa’ala aalihi wasahbihi ajmain ‘amma ba’ad.
Yang dimuliakan lagi dihormati,
En. Abd Aziz Bin Abd Karim, Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Sandakan

Yang Berbahagia,
En. Nor Aslam Mano Bin Abdullah. Pengetua Cemerlang Smk Elopura

Yang dihormati,
En. Alias Bin Che Long, Guru Penolong Kanan Kurikulum

Puan Siti Nor Bin Mohd Arip, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Dr Lo Kim Seng, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

En Wee Fwen Yap, Guru penolong kanan Tingkatan 6

Puan Nurmida Binti Idris, Guru penolong kanan petang.

Ketua-ketua Bidang, Ahli Jawatankuasa Penyelaras Majlis Penangguhan Bulan Kermerdekaan dan
Hari Malaysia, barisan warga pendidik SMK Elopura seterusnya rakan seperjuangan yang dikasihi
sekalian.

Assalammualaikum w.b.t. dan Salam Madani.

Hati-hati membuka peti,

Peti pusaka zaman berzaman,

66 tahun merdeka dikecapi,

Malaysia hidup penuh keamanan.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNYA,
pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan utk sama-sama berkumpul pada Majlis
Penangguhan Bulan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia Peringkat Sekolah 2023 dengan penuh keamanan
dan kedamaian.

MALAYSIA MADANI: Tekad perpaduan, penuhi harapan. Bertemakan MALAYSIA MADANI bermaksud
konsep perpaduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran negara yang
lebih manusiawi. Ia bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi
medan dialog peradaban.

Sesungguhnya, Majlis Penangguhan bulan kemerdekaan kemerdekaan dan Hari Malaysia 2023 kali ini
diadakan sebagai rangkuman tanda anugerah atas keterlibatan setiap warga Smk Elopura dalam
memenuhi tuntutan perancangan aktiviti. Para guru dan murid sekolah ini bersama melangkah seiring
memegang iltizam menjadi warganegara yang mempunyai nilai patriotik semangat cintakan negara.
Para hadirin sekalian,

Majlis seterusnya mempersilakan En.NorAslam mano Bin Abdullah Pengetua Cemerlang Smk Elopura
bagi menyampaikan kata-kata alu-aluan.

Majlis mempersilakan.

Kalungan Apresiasi buat Tuan Pengetua atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin Sekalian,

Majlis kita terus belayar ke destinasi utamanya, pihak majlis berbesar hati menjemput Pegawai
Penerangan Daerah Sandakan En, Abd Aziz Bin Abd Karim. untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Penangguhan Bulan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia Peringkat Sekolah 2023.

Majlis mempersilakan…..

***********************Ucapan Perasmi********************************************

(GIMIK)

Terima kasih diucapkn sekali lagi kepada En. Abd Aziz Bin Abd Karim atas kesudian beliau merasmikan
Majlis Penangguhan Bulan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia Peringkat Sekolah 2023.

PERSEMBAHAN GIMIK

Hadirin yg dihormati,

Majlis kita diteruskan lagi dengan persembahan daripada Pemenang Pertandingan Koir Kemerdekaan
Kategori Menengah Rendah. Majlis mempersilakan.

Hadirin sekalian,

Tak akan megah EmPayar melaka,

Tanpa Kelibat Laksamana Hang Tuah,

Kita redakan debar seketika,

Dengan upacara penyampaian Hadiah.

Berikut akan disempurnakan majlis penyampaian hadiah bagi acara-acara yang telah dipertandingan
sepanjang Bulan Kemerdekaan.

Untuk menyempurnakan majlis, dengan segala hormatnya dipersilakan


_________________________________________________

Tahniah kepada para pemenang dan terima kasih kepada


_______________________________________
Hadirin Sekalian,

Sempena Hari Malaysia bersamaan 16 September, Majlis menjemput ANAK HARI MALAYSIA ;

1. Jul Haikal Bin Adam Jusri Abdullah (1.5)

2. Mohammad Eswan Bin Johan (2.5)

3. Evyleria Victor (3 Kulintangan)

4. Syazwanie Aliana Binti Mohammad Jais

5. Nur Hannah Binti Mohd Sirajuddin (6.2.3)

Bagi naik ke pentas. Untuk makluman semua, murid-murid ini merupakan insan yang bertuah kerana
lahir pada Hari Malaysian iaitu 16 September. Majlis mempersilakan

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis diteruskan dengan Mempersilakan Pemenang pertandingan koir kemerdekaan kategori


menengah atas, Dipersilakan Johan Koir Kemerdekaan Pelajar Kelas 3 Bungkau. Dipersilakan.

Hadirin sekalian,

Majlis kita tidak akan berseri tanpa nyanyian Lagu Tema Hari kebangsaan 2023 “Tekad Perpaduan
Penuhi Harapan

Hadirin dijemput untuk berdiri bagi sama-sama menyanyikan Lagu “Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
Dan diikuti dengan lagu patriotik”Malaysia Madani”. Dipersilakan.

Hadirin dijemput duduk.

Tanah Ini Tanah Melayu ,

Pedagang Datang Ingin Berniaga,

Serahkan Budi Bukan Tanahmu,

Pertahankan Negara Pertahankan Bangsa.

Majlis kita telah tiba di penghujungnya. Ribuan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan Majlis Penangguhan Hari Kebangsaan Dan Hari
Malaysia Peringkat Sekolah 2023.

Gelorakan semangat Patriotik, Lahirkan Masyarakat Bersatu apPadu


Tanah ini Tanah Melayu,

Pedangang datang ingin berniaga,

Serahkan BUDI bukan TANAH mu,

Pertahankan NEGARA, pertahankan BANGSA.

Majlis kita telah tiba di persadanya/penghujungnya. Ribuan ucapan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan
Peringkat Sekolah 2023.

Gelorakan Semangat Patriotik, lahirkan masyarakat bersatu padu.

Sekian

Wabilahitaufik…wass.

Anda mungkin juga menyukai