Anda di halaman 1dari 6

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

*NYANYIAN LAGU RASMI*

Pembuka majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan nyanyian
Lagu Negaraku, Lagu negeri Perak dan Lagu Sekolah

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan


_________________________

untuk memimpin bacaan ikrar Rukun Negara. Dipersilakan.

Guru-guru dan murid-murid dipersilakan duduk.

*PERSEMBAHAN PEMBUKAAN*

Sebelum majlis dimulakan, marilah kita bersama-sama melihat


persembahan pembukaan.

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Bismillahirahmanirahim

Ceria wajah terserlah manis,

Hati berkobar semangat dibawa,

Sambutan merdeka penyeri majlis,

Sematkan gagah di dalam jiwa


Yang berusaha,
Pn Zurina binti Adnan,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Samak

Yang dihormati,
Puan Norsamsiah binti Omar,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Sungai Samak

Encik Junaidi bin Ismail,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Sungai Samak

Encik Ahmad Razali bin Baharan,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Sungai Samak.

Serta Ahli jawatankuasa penyelaras Majlis Sambutan Bulan


Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Sungai Samak.

Guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi.

Majlis mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang ke Majlis


Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai
Samak. Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi
kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersatu di sini.
Semoga penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa diiringi
kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.

Para guru dan murid yang dihormati,

Sambutan kemerdekaan pada kali ini diadakan sebagai tanda semua


guru dan anak didik di sekolah ini bersama melangkah seiring
memegang iltizam menjadi warganegara yang patriotik. Dengan tema,
‘Malaysia Madani : Tekad perpaduan, penuhi harapan’’.
secara rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan sambutan
kemerdekaan ke-66 sekaligus menjadi lambang kesepaduan rakyat
berbilang bangsa yang hidup dalam keadaan harmoni dan muhibbah.
Semuanya berada di bawah satu lembayung kepimpinan tanpa mengira
bangsa dan agama untuk mengecapi pembangunan, kecemerlangan
dan kemakmuran secara berterusan.

*BACAAN DOA*

Para hadirin yang dikasihi,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan,
______________________________

untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

 Amin, amin ya rabbal ‘alamin. Semoga bacaan doa sebentar


tadi memberikan keberkatan kepada majlis kita pada hari ini.

*UCAPAN GURU BESAR*

Para guru dan murid yang dikasihi,

Majlis kita terus berlayar ke destinasi utamanya. Untuk itu, pihak majlis
berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang berusaha, Pn Zurina
Binti Adnan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Samak untuk
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

*UCAPAN KPPD BAGAN DATUK*

Majlis seterusnya mempersilakan


________________________________________________________

Untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis Sambutan


Bulan Kemerdekaan peringkat daerah Bagan Datuk bagi tahun 2023.
Majlis dengan segala hormat mempersilakan. Majlis merakamkan
ucapan terima kasih.
 Begitulah tadi ucapan perasmian Sambutan Bulan
Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Sungai Samak bagi
tahun 2023. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada
_____________________________________________
atas kesudian merasmikan majlis.

*GIMIK PELANCARAN*

Yang baru sahaja kita saksikan bersama merupakan gimik


persembahan yang cukup menarik sebagai simbolik Sambutan bulan
Kemerdekaan peringkat daerah Bagan Datuk bagi tahun 2023. Terima
kasih diucapkan di atas persembahan yang sangat menyentuh hati.

*LAUNGAN MERDEKA*

Hadirin yang dihormati,

Majlis kita akan diteruskan dengan Laungan Merdeka yang akan


dilaungkan oleh __________________________________’. Hadirin
dipersilakan berdiri.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas laungan Merdeka yang


penuh semangat daripada _______________________________.
Hadirin dipersilakan duduk.

*PERSEMBAHAN*

Para guru dan murid yang dikasihi,

Majlis kita takkan berseri tanpa persembahan yang dinanti. Untuk itu,
majlis menjemput dan mempersilakan tadika KEMAS Sg Manila untuk
menyampaikan persembahan mereka. Dipersilakan.
Terima kasih di atas persembahan yang cukup menarik. Bukan itu
Sahaja, seterusnya, majlis mempersilakan pula persembahan daripada
Prasekolah SKSS untuk menyampaikan persembahan mereka. Majlis
mempersilakan.

*PENYAMPAIAN CENDERAHATI DAN SIJIL*

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Sepanjang bulan kemerdekaan ini, telah diadakan pelbagai program dan


pertandingan. Bagi menyampaikan hadiah pertandingan
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
______________________________________________________,
majlis menjemput dan mempersilakan,
_________________________________________________________

untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah. Dipersilakan.

Tahniah diucapkan.

*SESI BERGAMBAR*

Hadirin yang dihormati, bagi melengkapkan majlis sambutan ini, sesi


bergambar akan diadakan bagi kenang-kenangan kejayaan sambutan
kemerdekan bagi tahun ini. Dipersilakan

*NYANYIAN LAGU*

Hadirin yang dihormati, sebelum mengakhiri majlis ini,


Majlis kita akan diteruskan dengan nyanyian lagu ‘Jalur Gemilang’ dan
‘Tanggal 31’. Hadirin dipersilakan berdiri.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian lagu patriotik


yang penuh semangat daripada para guru dan murid. Hadirin
dipersilakan duduk.

*MAJLIS BERSURAI*

Para guru dan murid yang dikasihi,

Majlis kita telah tiba di penghujungnya. Saya mewakili pihak majlis


merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan majlis Sambutan
sambutan bulan kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Sungai Samak
edisi tahun 2017 ini. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah
wassalammualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai