Anda di halaman 1dari 3

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK SUNGAI BAKAP 2022

Bismillahhirrahmannirrahim……
Yang Berusaha En. Mohamed Rodhzi bin Mohd Noh
Guru Besar SK Sg. Bakap

Yang Berusaha Pn. Kamsiah binti Md Ali


Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Berusaha Pn. Monaliza binti Ismail


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Shahidi bin Mohd Isa


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Berusaha Encik Sarghuna Rao A/L Simaderey


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Seterusnya, jawatankuasa pelaksana sambutan Hari Kanak-kanak, rakan-rakan guru serta


murid-murid yang dikasihi sekalian

Assalamu `Alaikum W.B.T.


Di majlis yang permai ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi
kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan dan kelapangan masa
untuk kita bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat SK Sg Bakap

Zikir munajat pembersih jiwa,


Doa dipanjat menjana Taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
___________________, Majlis mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Moga dengan bacaan doa sebentar tadi, majlis kita akan mendapat keberkatanNya.

Hadirin sekalian,
Warkah ditulis buat tatapan,
Bukan majlis tanpa ucapan

Dengan ini Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha En. Mohamed Rodhzi
bin Mohd Noh, Guru Besar SK Sg. Bakap untuk menyampaikan ucapan aluan.
Dipersilakan.

*Ucapan GB*

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi.
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK SUNGAI BAKAP 2022
Hadirin sekalian, tirai persembahan akan dibuka dengan persembahan Pertama dari Murid-
murid PPKI. Mereka akan mempersembahkan sebuah tarian, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang begitu menarik sebentar tadi.

Untuk makluman sidang hadirin, pihak sekolah sangat menghargai kesungguhan murid-
murid yang rajin hadir ke sekolah serta menunjukkan sahsiah yang terpuji. Dengan ini,
majlis menjemput ____________________________ bagi menyampaikan hadiah Kehadiran
dan sahsiah Terbaik bagi bulan Ogos dan September kepada murid-murid Prasekolah dan
PPKI. Dipersilakan

**HADIAH PRA & PPKI**

Terima kasih diucapkan kepada _____________________ atas kesudian menyampaikan


hadiah sebentar tadi

Majlis akan diteruskan laggi dengan persembahan murid-murid Prasekolah. Adik-adik cilik
kita akan mempersembahkan sebuah tarian yang bertajuk
______________________________. dipersilakan

Terima kasih diucapakan kepada adik-adik prasekolah atas persembahan yang begitu
bertenaga sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput ________________________________________ bagi


menyampaikan hadiah Kehadiran dan sahsiah Terbaik bagi bulan Ogos dan September
kepada murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2. Dipersilakan

**HADIAH TAHUN 1 & TAHUN 2**

Terima kasih diucapkan kepada _____________________ atas kesudian menyampaikan


hadiah sebentar tadi

Tirai persembahan kita akan diteruskan lagi dengan persembahan Koir yang bertajuk “You
Raise Me Up” oleh murid-murid Tahun 5. Majlis mempersilakan

Terima kasih diucapakan atas persembahan yang bersemangat sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput ________________________________________ bagi


menyampaikan hadiah Kehadiran dan sahsiah Terbaik bagi bulan Ogos dan September
kepada murid-murid Tahun 3 dan Tahun 4. Dipersilakan

**HADIAH TAHUN 3 & TAHUN 4**

Terima kasih diucapkan kepada _____________________ atas kesudian menyampaikan


hadiah sebentar tadi

Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan Tarian tradisional dan Bollywood oleh
murid-murid Tahun1. Majlis mempersilakan
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK SUNGAI BAKAP 2022

Terima kasih diucapakan atas persembahan yang comel sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput ________________________________ bagi menyampaikan


hadiah Kehadiran dan sahsiah Terbaik bagi bulan Ogos dan September kepada murid-murid
Tahun 5 dan Tahun 6. Dipersilakan

**HADIAH TAHUN 5 & TAHUN 6**

Terima kasih diucapkan kepada _____________________ atas kesudian menyampaikan


hadiah sebentar tadi

Tanpa membuang masa lagi, mari kita sama-sama saksikan persembahan yang terakhir dari
murid-murid Tahap 2. Persembahan Muzikal ini bertemakan paskal dan dibimbing oleh
Cikgu Ku Norfazlina.

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang begitu bersemangat sebentar tadi. Agak-
agak persembahan mana yang akan menang??
Kita tunggu dan lihat sebentar saja lagiii…

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput ______________________________


Bagi menyampaikan hadiah dan sijil Kehadiran penuh kepada murid yang tidak pernah
ponteng walaupun sehari. Majlis mempersilakan

**HADIAH KEHADIRAN PENUH**


**HADIAH PERSEMBAHAN TERBAIK**
Terima kasih diucapkan kepada ________________________ atas kesudian menyampaikan
hadiah.

Hadirin sekalian, dengan berakhirnya penyampaian hadiah sebentar tadi, maka berakhirlah
sudah Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat SK Sungai Bakap. Tahniah dan syabas kepada
semua murid yang berani tampil ke hadapan untuk membuat persembahan, Tahniah juga
buat murid-murid yang mendapat anugerah kehadiran dan sahsiah terbaik.
Sekian, wabillah hi taufiq……

Anda mungkin juga menyukai