Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Bagi memulakan majlis pada

petang ini, marilah sama-sama kita mulakan dengan bacaan ummul kitab Al-fatihah. Yang Berusaha
Tuan Haji Patah Abidin Bin Md Said Yang Di Pertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kulai Satu
---------------------------------------------------------------------------------- Yang Berusaha Naib Yang DiPertua
PIBG Sekolah Kebangsaan Kulai Satu
---------------------------------------------------------------------------------- Yang Berusaha En Ziman bin
Mohammad Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kulai Satu
---------------------------------------------------------------------------------- Yang Dihormati En Ahmad bin Awang
Guru Penolong Kanan Satu ---------------------------------------------------------------------------------- Cik Hajah
Latifah Bt Otman Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
---------------------------------------------------------------------------------- Puan Noorsiati Bt Kassim Guru
Penolong Kanan Ko-Kurikulum Guru-guru Para ibu bapa dan penjaga Yang diraikan murid-murid
TAHUN 1, 2013 serta seluruh pelajar SK KULAI 1 yang disayangi sekalian. Selamat Datang saya
ucapkan ke Majlis Penutupan Minggu Transisi & Penyayang, 2013. DOA Lebat kemiri pohonnya
rendah Dahan terikat tali perkasa Sepuluh jari kami menadah Mohon berkat Yang Maha Esa Bagi
memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Abdul Halim
bin Esa untuk memimpin bacaan doa khas sempena Majlis Penutupan Minggu Transisi &
Penyayang, 2013 peringkat SK KULAI (1) 2012. Dengan segala hormatnya dipersilakan. UCAPAN
WAKIL MURID TAHUN 1 Terima diucapkan kepada Ustaz Abdul Halim bin Esa atas bacaan doa itu
tadi. Guru-guru, ibu bapa & murid-murid sekalian, Program Transisi dan Guru Penyayang
dilaksanakan adalah bertujuan untuk membantu murid-murid menghadapi perubahan di dalam
keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di tadika ke pendidikan formal di Tahun Satu sekolah
rendah. Program yang telah diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini adalah sangat
rasional kerana ia membantu Murid-murid yang masuk ke Tahun 1 datang dari pelbagai latar
belakang dan pengalaman yang berbeza untuk menyesuaikan diri mereka dalam suasana baru di
sekolah rendah. Banyak aktiviti yang dirancang bagi memenuhi tujuan ini seperti; 1. Aktiviti
dinamika kumpulan 2. •Pengukuhan sosialisasi 3. •Pergerakan motor halus 4. •Motivasi diri
5. •Belajar melalui bermain Dilaksanakan sepanjang Program Transisi dan Guru Penyayang
dilajalankan di sekolah. Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi dengan ini saya mempersilakan
wakil murid Tahun 1 iaitu adik ___________________________________ dari kelas Tahun
__________ untuk menyampaikan ucapannya mewakili seluruh murid Tahun 1 SK KULAI 1. Majlis
mempersilakan. UCAPAN GURU BESAR Majlis pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan ucapan
oleh Yang Berusaha En Ziman bin Mohammad selaku Yang Dipertua PIBG SK KULAI 1. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan. BACAAN IKRAR MURID TAHUN 1 Majlis mengucapkan
terima kasih kepada Tuan En Ziman bin Mohammad atas ucapan itu tadi. Semoga segala yang
telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar itu tadi dapat dijadikan sebagai panduan oleh murid-murid
semua. Seterusnya, majlis akan dteruskan lagi dengan pembacaan IKRAR MURID TAHUN 1. Majlis
mempersilakan adik_______________________________ dari kelas Tahun __________ untuk
mengetuai Bacaan Ikrar. Oleh itu semua murid Tahun 1 diminta berdiri dan bersedia.
_________________________________________________________________ PERSEMBAHAN
1 PINTAR Majlis Tahun 1 dipersilakan duduk. Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekalian, Majlis
pada hari ini akan dimeriahkan lagi dengan PERSEMBAHAN NYANYIAN daripada murid-murid
Tahun 1 PINTAR. Mereka akan menyanyikan lagu tema bagi BAGI MINGGU TRANSISI & GURU
PENYAYANG yang bertajuk: ANAK CEMERLANG Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEWARNA Bersempena dengan Minggu Transisi &
Guru Penyayng peringkat SK KULAI 1, satu pertandingan mewarna telah dijalankan untuk seluruh
pelajar tahun 1. Oleh itu bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang, majlis dengan ini
mempersilakan Tuan Haji Abdul Patah, Yang Dipertua PIBG SK KULAI 1 , untuk menyampaikan
hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan. Tempat ketiga dimenangi
oleh:_________________________________________ Tempat kedua jatuh kepada:
__________________________________________ & Tempat Petama jatuh
kepada :___________________________________________ PERSEMBAHAN MURID TAHUN 1
CERDIK Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekalian, Kini marilah sama-sama kita saksikan
gelagat MURID TAHUN 1 CERDIK mendendangkan sebuah lagu berbahasa Inggeris yang bertajuk:
GOOD MORNING TO YOU Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. PENYAMPAIAN
HADIAH ACARA SUKANEKA Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah
bagi acara sukaneka. Buat pengetahuan guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekalian, acara
sukaneka merupakan salah satu daripada aktiviti menarik yang dilaksanakan sepanjang MINGGU
TRANSISI DAN GURU PENYAYANG. Murid-murid Tahun 1 dilihat bermain dengan sangat
bersemangat semasa aktiviti sukaneka dijalankan. Oleh itu, bagi menyempurnakan upacara
penyampaian hadiah, majlis dengan segala hormatnya menjemput
_______________________________________ untuk menyampaikan anugerah. Tempat ketiga
dimenangi oleh__________________________________ Tempat kedua disandang oleh
______________________________________ Manakala JOHAN bagi acara sukaneka sempena
MINGGU TRANSISI DAN GURU PENYAYANG peringkat SK KULAI 1 disandang
oleh_________________ Tahniah kepada semua kelas yang terlibat. Terima kasih diucapkan
kepada _______________________________ atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para
pemenang. PERSEMBAHAN MURID TAHUN 1 BIJAK Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid
sekalian, Persembahan pada hari ini diteruskan lagi dengan persembahan ACTION SONG oleh
pelajar TAHUN 1 BIJAK. Tahun 1 BIJAK akan mempersembahkan persembahan ACTION SONG
yang bertajuk: ARE YOU SLEEPING Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. LAKONAN :
KISAH BELALANG Kini marilah sama-sama kita saksikan persembahan lakonan gabungan murid
TAHUN 1 BIJAK, CERDIK dan PINTAR yang bertajuk : KISAH BELALANG Buat pengetahuan guru-
guru, ibu bapa dan murid-murid, Lakonan ini adalah di bawah bimbingan Pn Norlizawati bte Johdi.
Tanpa membuang masa, majlis dengan ini mempersilakan pelakon-pelakon KISAH BELALANG
untuk tampil mempersembahkan lakonan mereka. PENYAMPAIAN ANUGERAH PUTERA &
PUTERI BAGI MINGGU TRANSISI & GURU PENYAYANG Buat pengetahuan guru-guru, ibu bapa
dan murid-murid sekalian, 2 anugerah telah dipertandingkan iaitu ANUGERAH PUTERA & PUTERI
BAGI MINGGU TRANSISI & GURU PENYAYANG peringkat SK KULAI 1, 2013. Antara kriteria yang
diutamakan bagi anugerah yang dipertandingkan ini ialah: Pelajar mestilah seorang yang: 1.
Berketerampilan dan mempunyai sikap yang positif. 2. Memberikan kerjasama sepenuhnya
sepanjang minggu transisi. 3. Menunjukkan minat dan tumpuan yang tinggi dalam semua aktiviti
yang dijalakan dan 4. Mempunyai karakter yang menarik. Oleh itu, bagi menyampaikan anugerah
PUTERA & PUTERI bagi MINGGU TRANSISI & GURU PENYAYANG, dengan ini majlis
mempersilakan , Tn Guru Besar, En Ziman bin Mohammad untuk menyampaikan anugerah
berkenaan. Bagi kategori anugerah PUTERA MINGGU TRANSISI & GURU PENYAYANG peringkat
SK KULAI 1, 2013 dirangkul oleh: ___________________________________________ Bagi
kategori anugerah PUTERI MINGGU TRANSISI & GURU PENYAYANG peringkat SK KULAI 1, 2013
pula dirangkul oleh: ___________________________________________ Terima kasih diucapkan
kepada En Ziman bin Mohammad atas kesudian beliau menyampaikan anugerah PUTERA &
PUTERI sempena MINGGU TRANSISI & GURU PENYAYANG, peringkat SK KULAI 1, 2013.
Semoga murid-murid Tahun 1 yang lain akan dapat mencontohi kedua-dua pelajar yang telah
merangkul anugerah PUTERA & PUTERI bagi MINGGU TRANSISI & GURU PENYAYANG,
peringkat SK KULAI 1, 2013. PERSEMBAHAN LAGU TEMA Majlis pada hari ini akan diakhiri
dengan persembahan terakhir iaitu persembahan dari murid TAHUN 1 PINTAR yang akan
mendendangkan dua buah lagu yang bertajuk: 1) Head Shoulder, Knees, and Toes 2)
Snake in the Bush -
_________________________________________________________________ Majlis
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan majlis pada pagi ini. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu
bapa yang sudi hadir ke majlis pada pagi ini. Bintang barat terbitan petang, bintang timur terbitan
pagi, jika tidak melarat panjang, ada umur ketemu lagi Wabillahhi taufik walhidayah
wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Protect and Secure Your WiFi : https://bit.ly/vpn_secure

Anda mungkin juga menyukai