Anda di halaman 1dari 7

EMCEE: PN.

NUR NAZIRA
PBL SMKPI 2021

9.30 am PERSEDIAAN DI GOOGLE MEET

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Sebelum kita bermula,
saya ingin mengingatkan Ingatkan hadirin supaya menutup mikrofon)
9.45 am NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU NEGERI SELANGOR

Hadirin- dan hadirat diminta bersedia untuk nyanyian lagu Negaraku dan
nyanyian lagu negeri selangor. Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian
sebentar tadi.

UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS

Pergi berhuma di Tanjung Rokan,


Sebelu Pulang mengail ikan,
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan
Kecil telapak tangan, nyiru kami tadahkan,

Hadirin-hadirat sekalian,
Buat julung kalinya, kita raikan
PROJECT BASED LEARNING (PBL): MERENTAS KURIKULUM P-CHAMPION,
PERINGKAT SMK PULAU INDAH BAGI TAHUN 2021.

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum Wbt

SALUTASI

__________________________________________________________________
__

Yang Berusaha, Pn Alina bt Ahamad, Pengetua SMK Pulau Indah,

Yang Dihormati,

En. Azmi bin Abu Bakar, Penolong Kanan Pentadbiran,

Pn. Noorsita bt Puteh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Pn. Che Ruziah bt Mohamed, Penolong Kanan Ko-kurikulum,

Pn. Noor Hashimah bt Mohd Noor, Penolong Kanan Petang,

Guru-guru Kanan Matapelajaran,

Guru-guru,
EMCEE: PN. NUR NAZIRA
PBL SMKPI 2021

Peserta program Project Based Learning


serta pelajar yang dirahmati Allah sekalian.

Jejaran Mengkudu berbias kesuma,


Di celah angsana di Tanah Jawa,
Ucapan aluan Pembuka bicara,
Di pelantar Google Meet kita bersua.

Hadirin sekalian,

Dari pelantar Google Meet secara langsung, mengalu-alukan kehadiran hadirin


sekalian,

Ke Program Project Based Learning (PBL): Merentas Kurikulum P-Champion


peringkat SMK Pulau Indah bagi tahun 2021.

Saya Puan Nur Nazira bt Arzehar, akan mengacarakan majlis ini sehingga ke
penghujungnya.

Untuk makluman hadirin,


Program pada hari ini melibatkan murid untuk menghasilkan produk atau projek
inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang memberi penekanan kepada
penghasilan projek yang merentas kurikulum sekaligus memenuhi aspirasi
pembelajaran PAK-21.

Pelaksanaan Project Based Learning bermula dari bulan Ogos, di mana murid-
murid akan dibimbing dan diberi tunjuk ajar oleh guru dalam melaksanakan PBL,
iaitu P-Learning.

Manakala, pada bulan September Pertandingan hasil PBL diadakan di dalam kelas
masing-masing, yang dikenali sebagai P-Awesome.

Akhir sekali, pada bulan Oktober, Hasil PBL yang terbaik daripada lima kelas yang
terlibat akan dipertandingkan untuk menentukan hasil PBL yang terbaik secara
keseluruhan yang dikenali sebagai P-Champion..
EMCEE: PN. NUR NAZIRA
PBL SMKPI 2021

BACAAN AL-QURAN, TERJEMAHAN DAN DOA

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi yang berbahagia ini, marilah kita
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Saudara Muhammad Irfan
Shahlan dari 1 UM
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Irfan atas bacaan doa itu sebentar tadi.

UCAPAN PENGETUA & PERASMIAN

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan,
Sudilah Puan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan

Hadirin sekalian,
Tirai majlis kita pada hari ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan. Untuk itu,
majlis menjemput dan mempersilakan, Yang Berusaha, Puan Alina bt Ahamad,
Pengetua SMK Pulau Indah untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan
Program Project Based Learning Merentas Kurikulum P-Champion peringkat SMK
Pulau Indah bagi tahun 2021. Majlis mempersilakan.

(ucapan tamat)
-live
Majlis megucapkan terima kasih kepada Puan Pengetua.

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini dengan agenda seterusnya.
Marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia yang disediakan oleh
Encik Mohd Amirul Fadhil Rushdan bin Ariff Rahimi
EMCEE: PN. NUR NAZIRA
PBL SMKPI 2021

Sama- sama kita disaksikan.

(Persembahan multimedia tamat)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Amirul Fadhil Rushdan bin Ariff
Rahimi.

PERTANDINGAN P-CHAMPION

Ilmuan intelek mengungkap madah,


Sebagai tanda menjunjung warisan,
Ucapan sudah, perasmian pun sudah,
Kini menanti detik keemasan.

Sidang hadirin dan hadirat sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan acara Pertandingan Project Based Learning:
Merentas Kurikulum P-CHAMPION

******cue untuk Persembahan P-Champion***** (video by Pn Natasya)

Untuk makluman Hadirin, saya mewakili ahli jawatankuasa telah membuat


cabutan persembahan terlebih dahulu. Persembahan P-Champion ini akan diadili
oleh barisan hakim yang terdiri daripada

Pn Rosilalawati bt Ibrahim, Ketua Panitia Sains


Pn Suhaida bt Abdul Raphar, Ketua Panitia RBT (Reka Bentuk & Teknologi),
Pn. Nik Maimon bt Kundur, Ketua Panitia Bahasa Melayu
Pn. Bavani a/p Rajendran, ketua Panitia Bahasa Inggeris

Semua penilaian berdasarkan rubric ditetapkan.

Dengan ini saya mempersilakan

1. Saudari Balqis Baltrisya bt Mohd Faizal dari kelas


1 UKM dengan persembahan projek Sains Inovasi Minuman****
Terima kasih diucapkan kepada Saudari Balqis Batrisya.

2. Seterusnya, saya mempersilakan Saudara Abdul Basiir Bin Mohd dari kelas
1 UPM dengan persembahan Projek Sains yang bertajuk Model Bot Terapung
EMCEE: PN. NUR NAZIRA
PBL SMKPI 2021

3. Seterusnya, Saudari Nur Qarissa Dania Binti Ruseny dari kelas 1 USM dengan
Projek Sains yang bertajuk Aiskrim Goncang.
__________________________________________________________________
____

4. Dan Saudari Nurbasirah Zainab bt Zainuddin dari kelas 1 USM dengan projek
RBT
Yang bertajuk Kotak Pensil Pelbagai Guna

5. Saudara Amnan Dini Bin Mohd Isa dari kelas 1 UIA dengan projek RBT yang
bertajuk Kincir Air.
__________________________________________________________________
___

6. Saudara Muhammad Irfan Shahlan dari kelas 1 UM, dengan Projek Sains yang
bertajuk Kapal Selam

Hadirin sekalian, seterusnya adalah…

Persembahan murid

Hadirin hadirat sekalian, majlis kita akan diserikan lagi


Persembahan Lagu:

1. Saudari Nur Qistina Amalin bt Mohd Amru dari (4 UM) dan


2. Saudara Syafiq Aizat Bin Razali dari 2 UKM
Dengan tajuk lagunya Believer.

Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan untuk persembahan yang cukup memukau itu tadi. Untuk
makluman, persembahan pelajar itu tadi adalah di bawah pimpinan
Anis Safinar bt Mohd Kasa.
__________________________________________________________________
______

Pengumuman Pemenang (cik Amelia)


EMCEE: PN. NUR NAZIRA
PBL SMKPI 2021

Warga sidang maya yang saya hormati,


Pantun*****
Bagi agenda seterusnya adalah Pengumuman Pemenang Pertandingan P-
Champion

Penerima hadiah akan membawa pulang


Trofi, sijil penghargaan dan hamper set alat tulis.

Bagi Penerima saguhati,


Disandang oleh Saudara Abdul Basiir Bin Mohd dari kelas
1 UPM

Seterusnya
Dan Saudari Nurbasirah Zainab bt Zainuddin dari 1 USM

Seterusnya disandang oleh Saudari Nur Qarisa Dania bt Ruseny dari kelas 1
USM

Tempat ketiga dimenangi oleh Saudara Muhammad Irfan Shahlan dari kelas 1
UM

Tempat kedua dimenangi oleh Saudari Balqis Batrisya Binti Mohd Faizal dari
kelas 1 UKM

Tempat Pertama dimenangi oleh Saudara Amnan Dini Bin Mohd Isa dari kelas 1
UIA
Tahniah diucapkan

Hadirin sekalian,

Bagi agenda seterusnya, iaitu Cabutan Pemenang, saya serahkan kepada Pn.
Nurnuha Najwa bt Shafie. Dipersilakan.
Cabutan bertuah- di handle oleh Cikgu Nuha

Dalam diam tak diam, kita telah pun berada di penghujung acara.

Ikan berenang di dalam lubuk,


Ikan belida dadanya panjang,
Adat pinang pulang ke tampuk,
Adat sireh pulang ke gagang.
EMCEE: PN. NUR NAZIRA
PBL SMKPI 2021

Sebarang kelemahan harap dimaafi,


Segala kerjasama sangat dihargai,
Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Majlis berakhir penuh syafaat,


Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat,


dif-dif jemputan dan hadirin hadirat semua yang terlibat secara langsung atau
tidak dalam mengendalikan Program Project Based Learning: Merentas
Kurikulum bagi peringkat SMK Pulau Indah bagi tahun 2020.

Sesi bergambar/ memasang kamera, hint

Akhir kalam, kita sudahi majlis ini dengan bacaan tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

Daun salam daunnya jatuh,


Sekian, Wabillahiraufiq wal hidayah wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai