Anda di halaman 1dari 25

1

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG


16 JUN 2022, KHAMIS
PERDA CONVENTION CENTRE
ATUR CARA MC BUTIRAN ACARA CATATAN
Ketibaan Baqi Mohon perhatian para hadirin sekalian.
jemputan Majlis akan dimulakan sebentar lagi.

Mohon kerjasama semua hadirin untuk mengambil tempat


dan memenuhi ruang tempat duduk yang telah disediakan.

Sebelum majlis bermula, suka kami ingatkan beberapa


peraturan yang perlu diambil maklum oleh para hadirin.
Bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard Covid -19,
hadirin diminta terus memakai pelitup separuh muka
sepanjang majlis berlangsung.

Mieja Bagi melancarkan majlis, mohon kerjasama para hadirin

untuk

1. mengimbas QR code atau menulis nama pada rekod


kehadiran
2. menukar mod telefon bimbit kepada mod senyap.

3. mengurangkan pergerakan semasa majlis berlangsung


dan terus berada di dalam dewan, sehingga majlis tamat
4. hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu kehormat
dan ketika menyanyikan lagu Negaraku dan Untuk Negeri
Kita; serta
5. semua hadirin diminta berdiri juga untuk melafazkan Ikrar
Guru dan turut sama menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia.
6.Usai majlis berakhir, para hadirin boleh melawat ruang
pameran yang telah disediakan.

Kerjasama semua diucapkan ribuan terima kasih.


2

Persembahan Baqi Hadirin sekalian,


selingan
Sebagai menanti majlis bermula, kita penuhi ruang masa
dengan persembahan beberapa buah lagu oleh Band Orkes
Guru Pulau Pinang di bawah pimpinan Cikgu Mohd Shakri
Bin Zakaria, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bayu.

Dipersilakan

Mieja Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada

Band Orkes Guru Pulau Pinang,

yang terdiri daripada gabungan guru muzik,

negeri Pulau Pinang

atas persembahan itu tadi.

Baqi Hadirin sekalian,

Kita menghampiri ke majlis Kemuncak Sambutan Hari Guru

Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Untuk itu, majlis mempersilakan Cikgu Mohd Firdaus Ahmad

dari Sekolah Kebangsaan Pulau Mertajam dan

Cikgu Julayda Md Hashim dari Sekolah Kebangsaan

Bertam Indah untuk menerajui majlis kita pada pagi ini.

Dipersilakan.

Ketibaan Firdaus Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dato’ Haji


VVIP
Ahmad Bin Darus dengan diiringi oleh Tuan Pengarah
lampu dewan
dipadamkan Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang serta

pegawai-pegawai kanan Jabatan.


3

Nyanyian Firdaus Hadirin sekalian,


lagu
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku
Negaraku
dan Untuk dan Untuk Negeri kita.
Negeri Kita
**********************************************************************

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih

dan hadirin dipersilakan duduk.

Persembahan Julayda Hadirin sekalian,


menyambut
Saksikan persembahan pembukaan Tarian Dia Datang ! oleh
tetamu
murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Convent

Butterworth dan persembahan muzik “Hawaii Five O”

oleh Wind Orkestra, Sekolah Menengah Kebangsaan Chung

Ling, Butterworth.

….. bunga api dan announcement…

Firdaus Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara;

Pemanis kalam selamat datang,

Bermula Bismillah pembuka bicara.


4

Alu-aluan Julayda Bismillahirahmanirrahim,


pengacara
majlis ASSALAMUALAIKUM Warahmatullahhi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Selamat Pagi Cikgu,

1) Yang Berbahagia, Dato’ Haji Ahmad bin Darus,

Ketua Penggerak Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta

(PIBKS) Negeri Pulau Pinang yang mewakili,

Yang Berhormat Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican,

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.

2) Yang Berusaha, Tuan Abdul Rashid bin Abdul Samad,

Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau

Pinang.

3) Yang Berbahagia Dato’ Wan Munadi bin Wan Mamat,

Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Guru Malaysia Berhad

4) Yang diraikan Tokoh Guru dan Tokoh Kepimpinan

Pendidikan Negeri

Yang Berusaha:

5) Tuan-tuan Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri,

Julayda 6) Tuan-tuan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri,

7) Tuan-tuan Pegawai Pendidikan Daerah,

8) Para Guru Budiman,

9) Dato’-Dato’, Datin-Datin,

10) Rakan-rakan Media;

11) seterusnya hadirin yang dikasihi sekalian.


5

Julayda Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT,

atas limpah kurnia serta izin-Nya jua,

kita diberikan ruang kesempatan untuk hadir bagi

menjayakan Kemuncak Sambutan Hari Guru Peringkat

Negeri Pulau Pinang buat kali ke-51 dengan temanya ,

“Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”.

Firdaus Majlis gilang-gemilang ini, kita langsungkan dari PERDA

CONVENTION CENTRE pada pagi ini, Khamis, tanggal 16

Jun 2022 Masehi bersamaan dengan 16 Zulkaedah 1443

Hijrah.

Bacaan Doa Firdaus Bagi memohon keberkatan dan kelancaran majlis,

dipersilakan al-Fadhil Ustaz Mohd Faissol Bin Che Amat

untuk memimpin bacaan doa.

*********************************************************************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al-Fadhil

ustaz atas bacaan doa sebentar tadi.

Deklamasi Julayda Hadirin sekalian,


sajak dan
6

lakonan
DEKON
Sesungguhnya,

dunia pendidikan telah menyelusuri

pelbagai perubahan dari zaman ke zaman:

Dari bangunan kayu ke menara bertingkat batu,

Dari papan hitam, kapur putih ke skrin pemancar yang

canggih,

Dari pensel dan kertas putih,

Kini, komputer riba, Internet dan gajet mengambil alih…

Majlis gilang-gemilang Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri

Pulau Pinang diserikan lagi dengan persembahan Deklamasi

sajak yang akan disampaikan oleh pendeklamator

Cikgu Ain Sakinah Binti Azmi dari Sekolah Menengah

Kebangsaan Gemilang.

Ayuh, kita saksikan!

Persembahan Julayda Demikian tadi deklamasi sajak ‘Kitalah Guru’

hasil nukilan Cikgu Rosmawati Mat Jala

dari Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kechil

dengan diiringi petikan gitar oleh Cikgu Mohd Naser

bin Abd Ghani dari Sekolah Kebangsaan Paya Keladi.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Ucapan Firdaus Hadirin sekalian,


pengarah
7

Pendidikan Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha,


Pulau
Pinang Tuan Abdul Rashid bin Abdul Samad,

Pengarah Pendidikan,
Ikrar Hari
Guru
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang untuk

menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Dipersilakan Tuan Pengarah untuk mengetuai lafaz Ikrar

Guru.

Majlis juga mempersilakan, pegawai-pegawai kanan Jabatan

Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Pendidikan

Daerah untuk turut serta.

Majlis mempersilakan.

Para hadirin diminta berdiri untuk lafaz ikrar.

Perarakan Julayda Diumumkan perarakan masuk bendera Hari Guru


masuk
*********************************************************************
bendera
/Nyanyian
Guru
Nyanyian lagu‘ Kami Guru Malaysia .
Malaysia

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


8

Berusaha Tuan Pengarah Pendidikan yang telah mengetuai

lafaz Ikrar Guru sebentar tadi.

Para hadirin dipersilakan duduk.

Majlis turut merakamkan terima kasih kepada kumpulan koir

yang terdiri daripada guru-guru daerah Seberang Perai Utara.

Juga ucapan terima kasih ditujukan kepada kumpulan

angklung guru-guru seluruh Pulau Pinang di bawah pimpinan

Cikgu Wan Mohd Kamil bin Wan Mohd Yusoff dan Cikgu

Azman Ismail.

Untuk makluman hadirin, acara menaikkan bendera Hari

Guru sebentar tadi telah disempurnakan oleh sekretariat

Kadet Remaja Sekolah Daerah Seberang Perai Utara yang

diketuai oleh Mejar KRS Cikgu Abdul Wahab bin Abdul

Rahman.

Persembahan Firdaus Para guru yang budiman,


Artis
Bersempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri pada
Jemputan
tahun ini, majlis diserikan dengan persembahan nyanyian

oleh artis jemputan yang popular pada era 90-an.

Sukacitanya, majlis mempersilakan Shidee, vokalis

kumpulan DATA.

******************************************************************
9

Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

Semoga hadirin terhibur dengan lagu yang didendangkan

sebentar tadi.

Ucapan Julayda Jong belayar ke Inderagiri,


Perasmian
Hulubalang segak, gagah berani;

Madah dihulur sembah diberi,

Menanti kata tuan perasmi.

Sambutan Hari Guru kini tiba di kemuncaknya.

Untuk itu, majlis dengan hormat takzimnya menjemput dan

mempersilakan Yang Berbahagia Dato’ Hj Ahmad Bin Darus,

Ketua Penggerak PIBKS mewakili, Yang Berhormat Dato’

Seri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan

Kerajaan Tempatan Malaysia untuk menyampaikan ucapan

dan seterusnya merasmikan pelancaran Kemuncak

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pulau Pinang buat kali

ke-51.

Majlis mempersilakan.

Julayda Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang

Berbahagia Dato’ atas ucapan sebentar tadi.

Dipersilakan Yang Berbahagia Dato’ untuk terus berada di

pentas utama bagi menyempurnakan acara simbolik

perasmian.
10

Dengan itu, pihak majlis ingin mempersilakan

Tuan Pengarah Pendidikan dan para tetamu kehormat untuk

bersama-sama Yang Berbahagia Dato’ untuk simbolik

pelancaran Hari Guru Peringkat Negeri Pulau Pinang

bagi tahun 2022.

Dipersilakan.
Firdaus Para hadirin, ayuh kita halakan tumpuan ke pentas utama

untuk sama-sama kita saksikan gimik pelancaran Kemuncak

Sambutan Hari Guru Negeri Pulau Pinang.

**** GIMIK BERAKHIR***

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih

kepada Yang Berbahagia Dato’, Tuan Pengarah Pendidikan

Negeri dan tetamu kehormat atas kesudian

menyempurnakan simbolik perasmian sebentar tadi.

The Julayda Hadirin yang dihormati sekalian,


Malaysia
The Malaysia Book Of Records merupakan satu projek di
Book Of
Records Malaysia untuk menerbitkan rekod yang ditetapkan

atau dipecahkan oleh rakyat Malaysia.

Sewajarnya, detik istimewa ini ingin dirakamkan.

Maka, sambutan Hari Guru pada tahun ini,

tercatatlah satu lagi liputan sejarah

apabila sebanyak 16 200 untaian puisi

telah berjaya dihasilkan oleh murid sekolah menengah

seluruh negeri Pulau Pinang.

Syabas dan tahniah!


11

Firdaus Untuk itu, majlis dengan penuh bangga mempersilakan Encik Cepat masuk
Firdaus
Christopher Wong Hong Way Ketua Pegawai Eksekutif The

Malaysia Book Of Records untuk menyerahkan Sijil

Penulisan Puisi Terbanyak kepada Yang Berusaha, Tuan

Abdul Rashid bin Abdul Samad, dengan disaksikan oleh

Yang Berbahagia Dato’ Hj Ahmad Bin Darus.

Majlis sekali lagi, merakamkan ribuan terima kasih

kepada Yang berbahagia Dato dan semua dif kehormat.

(vip terus berdiri)


Kena cepat
tukar

Hadirin yang dimuliakan, pengacara

Majlis seterusnya ialah penyampaian anugerah Hari Guru.

Dipersilakan Cikgu Ahmad Baqi Yahaya dari Sekolah

Kebangsaan Kepala Batas,

dan Cikgu Nurhasmiza Md Nor dari Sekolah Kebangsaan

Mohd Shah untuk meneruskan majlis ini.

Dipersilakan.

Penyampaian Baqi Para hadirin yang dikasihi,


Anugerah

Sambutan Hari Guru setiap tahun merupakan pengiktirafan

yang tinggi kepada para guru. Semoga anugerah yang bakal

diterima akan menjadi penyuntik semangat kepada para

guru untuk meneruskan perkhidmatan yang cemerlang untuk

generasi pewaris negara.


12

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Pemenang

Pertandingan Bahas Guru bagi tahun 2022.

Diersilakan Yang Berbahagia Dato’ Haji Ahmad bin Darus

untuk menyempurnakan majlis penyampaian anugerah.

Pemenang Mieja Hadirin yang dikasihi sekalian,

BAHAS Diumumkan para pemenang Pertandingan Bahas Guru

bagi Tahun 2022. Diminta para pemenang naik ke pentas

untuk menerima piala dan Johan pula akan membawa

pulang piala pusingan dan piala pertandingan.

Bagi tempat ketiga yang dikongsi bersama

dimenangi oleh Pasukan Barat Daya (Kumpulan B)

yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan Bayan Baru

dan …..

tempat ketiga juga disandang oleh Pasukan Timur Laut

(Kumpulan A) yang terdiri daripada gabungan guru dari

Sekolah Menengah Kebangsaan St Xavier,

Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi dan

Sekolah Menengah Kebangsaan Georgetown.

Dipersilakan.
13

Bagi kategori Naib Johan, disandang oleh

Pasukan Barat Daya (Kumpulan C)

yang terdiri daripada gabungan guru

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau ,

Sekolah Kebangsaan Seri Bayu ,

Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas dan

Sekolah Menengah Agama Maahat Al-Mashoor Al-Islami.

Dipersilakan.

JOHAN Pertandingan Bahas Guru sempena Hari Guru

bagi Tahun 2022 dimenangi oleh….

Pasukan Utara (Kumpulan B)

yang terdiri daripada

guru-guru Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal.

Untuk itu,dipersilakan.

Pembahas terbaik bagi pertandingan Bahas Guru

juga dimenangi oleh Daerah Seberang Perai Utara iaitu

Cikgu Muhamad Hafiz bin Mohamad Saad

dari Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal.

Dipersilakan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang.

Dipersilakan para pemenang untuk sesi bergambar.


14

Penyampai Mieja Hadirin sekalian,

an Bagi pengiktirafan jasa dan kecemerlangan guru-guru,

anugerah kini diumumkan penerima-penerima anugerah.

Hari Guru
Untuk makluman semua, penerima anugerah yang akan
2022
diumumkan sebentar nanti akan menerima hadiah berupa

plak, sijil dan moque cheque (cek replika ) bernilai RM 500


(Penaja
yang ditaja oleh Persatuan Sukan Dan Kebudayaan,
PESSCA)
Perkhidmatan Pendidikan,

Bahagian Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang iaitu

(PESSCA).

Bagi kategori Anugerah Guru Inovatif:

Diumumkan…

1. Anugerah Guru Inovatif , Individu Sekolah Rendah

Dianugerahkankan kepada Cikgu KHAW HI NEEI dari

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Cheng. Dipersilakan.

2. Anugerah Guru Inovatif Individu Sekolah Menengah

Dianugerahkankan kepada Cikgu CHEAH SEOK KHIM

dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin.

Dipersilakan.

3. Anugerah Guru Inovatif Kumpulan Sekolah Rendah

Disampaikan kepada Cikgu CHENG CHYE KING,

Cikgu TEOH TEIK YONG dan Cikgu TIEW FIELIX

dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Kwang Hwa, Sungai

Nibong. Dipersilakan.
15

4. Anugerah Guru Inovatif Individu Lepasan Menengah

Disampaikan kepada Cikgu SURIYANI BINTI LAMIN

dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara.

Dipersilakan.

Seterusnya, sesi bergambar para penerima anugerah

bersama Tuan Pengarah selaku Pengerusi PESSCA.

Syabas dan tahniah kepada penerima anugerah

dan majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada

PESSCA selaku penaja.

Anugerah Baqi Hadirin serta warga pendidik yang dikasihi,

Guru Seterusnya bagi kategori Anugerah Guru Inovatif dan

Cemerlang Guru Cemerlang,

(Penaja penerima anugerah akan menerima plak, sijil dan moque

YGMB) cheque (cek replika ) bernilai RM 500 yang ditaja oleh

Yayasan Guru Malaysia Berhad.

Bagi kategori

1.Anugerah Guru Inovatif Individu Prasekolah

Penerimanya Cikgu MOHAMMAD MUHAIMIN BIN

MOHAMAD ZAKI dari Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek

Mutiara. Dipersilakan.
16

Bagi kategori

1. Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas

Disandang oleh Cikgu NOORSIAH BINTI ISHAK

dari Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa.

Dipersilakan.

2. Anugerah Guru Cemerlang Guru Sekolah Khusus

Penerimanya Cikgu HJH SURIA ZUNITA BINTI NASRUL

dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Al-Mashoor

Lelaki.

Dipersilakan.

3.Anugerah Guru Cemerlang Hebat Bahasa

Dianugerahkan kepada Cikgu ROZIAH BINTI MAT SAWAI

dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul.

Dipersilakan.

Dan;

4.Anugerah Guru Cemerlang Sekolah Swasta

Dianugerahkan kepada Cikgu NUR AZRI CHAN BINTI

ABDULLAH dari Pusat Kanak-kanak Istimewa Pulau Pinang

Dipersilakan.

Dipersilakan semua penerima anugerah untuk bergambar

bersama pihak penaja.

Syabas dan tahniah kepada penerima anugerah,

dan majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada

Yayasan Guru Malaysia Berhad selaku penaja.


17

Anugerah Mieja Hadirin yang dihormati,

Khas

Pendidikan Kini ,tibalah masanya untuk kategori Anugerah Khas

(Penaja Pendidikan,

PTPTN) penerima anugerah akan menerima hadiah berupa plak, sijil

dan moque cheque (cek replika ) bernilai RM 1000

yang ditaja oleh Perbadanan Tabung Pendidikan

Tinggi Nasional iaitu (PTPTN).

Majlis mempersilakan wakil PTPTN untuk sama-sama berada

di pentas utama.

Bagi kategori

1. Anugerah Khas Pendidikan Pencipta Kandungan

Digital

Dianugerahkan kepada Cikgu NORAINI BINTI OTHMAN

dari Sekolah Kebangsaan Seri Aman.

Dipersilakan.

2. Anugerah Khas Pendidikan Inovasi Pendidikan

Penerimanya disampaikan kepada Cikgu MOHAMMAD

SABARULLAH BIN SHAIK ISMAIL

dari Sekolah Kebangsaan Seri Permai.

Dipersilakan.
18

3. Anugerah Khas Pendidikan Kesukarelawanan

Dianugerahkan kepada Cikgu SOON YEONG NEE

dari Sekolah Kebangsaan St. Xavier.

Dipersilakan.

4.Anugerah Khas Pendidikan Kepimpinan Rendah

Disampaikan kepada Cikgu LEONG SOOK LUAN

dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,

Kwang Hwa, Sungai Nibong.

Dipersilakan.

5. Anugerah Khas Pendidikan Kepimpinan Menengah

Disampaikan kepada Puan HAJAH JUSNIAR BINTI

ABDUL JALIL Mantan Pengetua

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Air Tawar.

Dipersilakan.

Anugerah Baqi Hadirin yang dihormati

Ikon Seterusnya bagi kategori Anugerah Ikon , penerima

(Penaja anugerah akan menerima hadiah berupa plaque, sijil dan

PTPTN) moque cheque (cek replika) bernilai RM 1000 yang turut

ditaja oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

(PTPTN).

Bagi kategori

1. Anugerah Ikon Guru Inovasi PDPR

Dianugerahkan kepada Cikgu NADIA BINTI ZULKIFLI

dari Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin.

Dipersilakan.
19

2. Anugerah Ikon Guru STEM/TVET

Dianugerahkan kepada Cikgu SITI ZULIKHA BINTI ZAINAL

dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam.

Dipersilakan.

3. Anugerah Ikon Guru Pendidikan Maya

Dianugerahkan kepada Cikgu LOH CHEE HOO

dari Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Dato

Keramat.

Dipersilakan.

4. Anugerah Ikon Guru Kokurikulum & Sukan

Dianugerahkan kepada Cikgu NURUL ILIANI BINTI

MUSTAPHA

dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh.

Dipersilakan.

5. Anugerah Ikon Guru Seni Budaya

Dianugerahkan kepada Cikgu NADHILAH BINTI SUHAIMI

dari Sekolah Menengah Dato Haji Mohamed Nor Ahmad.

Dipersilakan.

Berikutnya sesi bergambar penerima anugerah

bersama pihak penaja anugerah.

Sekalung tahniah dan syabas kepada penerima anugerah

dan ucapan terima kasih kepada pihak PTPTN.


20

Anugerah Mieja Hadirin sekalian,

Khas Anugerah Khas Pengarah,

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang,

Pendidikan buat julung-julung kalinya diberikan sebagai tanda

Negeri penghargaan dan pengiktirafan atas kecemerlangan yang

Pulau dicapai oleh penerima.

Pinang Penerima anugerah akan menerima hadiah berupa plak, sijil

dan moque cheque (cek replika ) bernilai RM 1 500 yang

ditaja oleh PESSCA.

Dengan ini, dijemput Yang Berusaha Tuan Abdul Rashid

bin Abdul Samad,

Pengarah Pendidikan,

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

untuk menyampaikan anugerah.

Anugerah Khas Pengarah,

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang,

dinobatkan kepada…..

PN ROSMALIZA BINTI MOHAMED AMIN,

Ketua Penolong Pengarah Kanan,

Unit Pendidikan Swasta,

Sektor Pengurusan Sekolah,

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Dipersilakan.
21

Sekalung tahniah diucapkan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada

Yang Berbahagia Dato’ dan tetamu kehormat.

Dipersilakan untuk kembali ke tempat duduk.

Tayangan Baqi Warga Guru Yang Dikasihi,

video tokoh

kepimpinan Berburu ke padang datar,

dan tokoh Dapat rusa berbelang kaki,

guru Berguru kepalang ajar,

Ibarat bunga kembang tak jadi,

Kini, tibalah majlis penyampaian Anugerah Berprestij

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi

Tahun 2022.

Untuk itu, marilah kita menumpukan perhatian

ke skrin pemancar utama

untuk Tayangan video bagi Tokoh Kepimpinan

dan Tokoh Guru bagi tahun 2022.

Video ditayangkan.
22

Baqi Untuk makluman semua,

Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan dan Tokoh Guru

Negeri Pulau Pinang 2022 akan menerima hadiah berupa

selempang Tokoh, pingat, cenderamata , sijil anugerah dan

Moque Cheque (cek replika ) bernilai RM2500 ,yang ditaja

oleh Bank Simpanan Nasional.

Majlis sekali lagi mempersilakan

Tuan Abdul Rashid bin Abdul Samad,

Pengarah Pendidikan,

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

untuk menjemput dan mengiringi

Yang Berbahagia Dato’ Haji Ahmad bin Darus

untuk menyempurnakan penyampaian anugerah.

Juga dipersilakan Yang Berbahagia Dato’ Wan Munadi bin

Wan Mamat dan wakil Bank Simpanan Nasional untuk turut

serta di pentas utama.

Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan

Negeri Pulau Pinang 2022

Dianugerahkan kepada

Yang Berbahagia, DATO’ MOHD JAMIL BIN MOHAMED

Mantan Pengarah ,

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Majlis mempersilakan.
23

Seterusnya, bagi anugerah

Tokoh Guru Negeri Pulau Pinang 2022

barisan panel sebulat suara menobatkan

ENCIK ISMAIL BIN MOHD SAID

Mantan Timbalan Pengarah Pendidikan,

Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD,

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Dipersilakan.

Bagi seluruh warga Pendidikan negeri Pulau Pinang,

kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah

kepada kedua-dua tokoh yang menerima anugerah khas ini.

Dipersilakan , ENCIK ISMAIL BIN MOHD SAID dan

DATO’ MOHD JAMIL BIN MOHAMED untuk bergambar

bersama tetamu kehormat.

Penyampaian Mieja Hadirin yang dimuliakan,


cenderamata

Sebagai tanda kenang-kenangan,

majlis mempersilakan,

Tuan Pengarah Pendidikan,

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang,

untuk menyampaikan cenderamata

kepada Yang Berbahagia, Dato’ Haji Ahmad bin Darus.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.


24

Majlis merakamkan ucapan terima kasih

kepada Yang Berbahagia Dato’ dan Pengarah

serta tetamu kehormat atas kesudian menyempurnakan

majlis penganugerahan ini.

Dipersilakan untuk kembali ke tempat duduk.

Terima kasih diucapkan.

Penutup Julayda Para guru budiman,

Meskipun menangis dalam tawa,

Meskipun senyum dalam duka,

Meskipun pahit dalam gula,

Sabarlah…

Redalah…

Hanya GURU yang kental jiwa dan raga

Mampu mendidik anak bangsa…

Untuk hari ini, esok dan selama-lamanya…

Semoga kita terus dipelihara


Firdaus
dan diberikan perlindungan daripada Allah SWT

daripada segala musibah dan bencana.

Baqi Bersamalah kita menggapai impian

Melangkah lebih jauh ke hadapan

Semua Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

Terima kasih, Cikgu!


25

Bersurai Mieja Majlis dengan ini mengumumkan Yang Berbahagia Dato’

serta dif-dif kehormat

untuk melawat ruang - ruang pameran

yang telah tersedia menerima kunjungan.

Diminta para hadirin kekal di tempat duduk.

**********************************************************************

Para hadirin juga boleh melawati ruang pameran yang telah

disediakan.

Anda mungkin juga menyukai