Anda di halaman 1dari 1

2016, SK Hashim Awang didatangi seorang guru yang baru bertukar sekolah.

Cikgu Khaiy…Fenomena
kemenangan mula tercipta. Inspirasi buat semua termasuk aku ,Kshalini a/p Hariharan. Sekolahku
mula menjadi sebutan. Apa tidaknya, Cikgu Khaiy berjaya meletakkan nama sekolah kami mula
setanding dengan sekolah-sekolah lain. Bermula 2016 ,kami dilatih dengan penuh kesabaran dalam
pertandingan bercerita Tahap 1, tahap 2 dan Pertandingan Pidato. Bayangkan …bagaimana perit dan
sukarnya cikgu melatih kami bertiga ( terutama aku yang berbangsa India) hampir setiap hari sehingga
petang. Sedangkan guru lain sudah pulang ke rumah bersama anak-anak dan keluarga. Aku cukup
tersentuh, sebab aku sendiri melihat raut wajah yang letih. Menggalas tugas sebagai guru kaunseling
dan mengajar tahun 6 diteruskan dengan dedikasi.

Dua tahun berturut-turut kami berjaya ke peringkat Negeri . Cikgu Khaiy berjaya melatih kami
sehingga aku(bercerita) dan kawanku(pidato) menjadi Johan Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017. Oleh
kerana tiada penganjuran di peringkat Kebangsaan, Cikgu mengusahakan kami menyertai
pertandingan anjuran Sekolah Berprestasi Tinggi. International Storytelling Festival Oktober tahun
lalu . Aku berjaya mendapat ‘Gold Medal .

Setiap kali pertandingan, piala kemenangan hanya untuk murid. Semoga penyertaan aku ini dapat
dijadikan hadiah teristimewa buat guruku…

Insipirasiku…Cikgu Khaiyati Niza Bt Yusoff “dikau insan yang luar biasa”

Anda mungkin juga menyukai