Anda di halaman 1dari 5

MAKLUMAT DIRI GURU CEMERLANG SAINS

SK BANDAR ANGGERIK, SHAH ALAM

Nama

: Puan Rosanani binti Haji Alias

Umur

: 57 tahun

Tarikh Lahir : 10 September 1958


Asal

: Terengganu

Nama Suami : Encik Yusoff bin Mohd


Latar Belakang Pendidikan :
1. Sek. Men.Tengku Ampuan Intan, Kuala Brang, Terengganu
2. Sek. Men Padang Midin, Kuala Terengganu
3. Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur
Perkhidmatan :
1. Sek. Keb. Perempuan Methodist, Kuantan
2. Sek. Keb. Bandar Anggerik, Shah Alam (sehingga sekarang)
Pengalaman Manis :
1. Kejayaan murid cemerlang Sains dalam UPSR.
2. Menghadiri kursus peringkat kebangsaan seluruh dunia di Pulau
Pinang pada tahun 2002.
Pengalaman Pahit :
1. Terpaksa berkorban untuk keluarga bagi merealisasikan tugas yang
diamanah.

TEMU BUAL BERSAMA GURU CEMERLANG SAINS,


PUAN ROSANANI BINTI HAJI ALIAS,
SK BANDAR ANGGERIK, SHAH ALAM

(SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN)


Guru : Assalamualaikum, puan. Saya dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Bahasa Melayu. Bolehkah saya menemubual puan?
GC

: Waalaikumsalam. Boleh.

Guru : Pertama sekali, boleh puan ceritakan latar belakang pendidikan puan dan
pengalaman mengajar puan?
GC

: Saya belajar di S.M. Tengku Ampuan Intan, Kuala Brang, Terengganu dari
tingkatan 1 hingga tingkatan 5 iaitu dari tahun 1970 hingga tahun 1975.
Kemudian saya melanjutkan pelajaran ke S.M. Padang Midin, Kuala
Terengganu dalam tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas pada tahun 1976 hingga
1977. Pada tahun 1978 hingga tahun 1980, saya melanjtkan pelajaran ke
Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur.

Guru : Bilakah puan dilantik sebagai guru cemerlang?


GC

: Saya ditawarkan menjadi guru cemerlang pada 1 April 2002 dan sah dalam
jawatan guru cemerlang pada 1 April 2003.

Guru : Mengapakah puan memilih subjek Sains sebagai guru cemerlang?


GC

: Saya memilih Sains kerana sehingga tingkatan 6 belajar dalam aliran Sains
dan saya berminat dengan subjek Sains.

Guru : Apakah pencapaian yang telah puan capai?


GC

: Apabila dilantik sebagai guru cemerlang, saya selalu menghadiri mesyuarat


di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan sebagai pembuat modul dalam
PdP dan membuat kajian tindakan bagi meningkatkan pencapaian Sains.
Saya juga dilantik sebagai pemeriksa kertas Sains UPSR sejak tahun 2007
hinggalah tahun 2014. Saya sering dijemput sebagai penceramah teknik
menjawab Sains negeri Pahang dan menghadiri mesyuarat untuk
peningkatan UPSR sejak tahun 2002 lagi. Saya juga pernah menghadiri
world conference di Pulau Pinang pada tahun 2003. Saya juga terlibat
sebagai penggubal modul Sains anak orang asli pada tahun 2002.

Guru : Begitu hebat pencapaian puan. Apakah pencapaian tertinggi yang telah
dicapai oleh puan?
GC

: Pada tahun 2007, saya telah menghadiri Persidangan Guru Cemerlang


Peringkat Kebangsaan dan merupakan pembentang kertas kerja Sains.
Saya juga telah dipilih sebagai penggubal soalan Sains peringkat

kebangsaan sekolah harian anjuran FELDA.


Guru : Apakah pengalaman paling manis bagi puan sepanjang berkhidmat sebagai
seorang guru?
GC

: Pencapaian paling manis apabila murid mencapai kejayaan cemerlang


Sains dalam UPSR.

Guru : Bagaimana dengan kenangan pahit pula?


GC

: Setiap kejayaan atau memenuhi tugas seorang pendidik sudah tentu perlu
pengorbanan. Terpaksa berkorban untuk keluarga bagi merealisasikan
tugas yang diamanah. Terpaksa berkorban untuk mengejar cita-cita demi
untuk kejayaan anak berjaya. Apa yang penting anak perlu berjaya.
Alhamdulillah, seorang ibu yang hanya peroleh kemahiran dan pengalaman
sahaja tanpa ijazah demi kejayaan anak. Itulah perit menjadi guru cemerlang
berkorban untuk orang lain tetapi hati rasa puas.

Guru : Bagaimana dengan keluarga puan? Ceritakan serba sedikit kejayaan anakanak.
GC

: Syukur alhamdulillah. Anak-anak semuanya berjaya. Mereka memperoleh


pekerjaan yang baik dan berjaya dalam hidup masing-masing.

Guru : Apakah harapan masa depan?


GC

: Saya berharap agar kita dapat melahirkan generasi yang berilmu, beramal
dan berakhlak mulia.

Guru : Bilakah puan dilantik sebagai SISC oleh KPM?


GC

: Pihak Kementerian Pendidikan, Bahagian Pendidikan Guru telah memilih


saya untuk dilantik sebagai SISC peringkat negeri Selangor bagi memantau
PdP dalam Sains bagi sekolah pendidikan khas Selangor dari tahun 2011
hingga tahun 2013.

Guru : Baiklah, puan. Sampai di sini dulu temu bual kita pada hari ini. Saya
ucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang puan berikan.
GC

: Sama-sama.

Laporan Temu Bual Bersama Guru Cemerlang

Puan Rosanani binti Haji Alias merupakan seorang guru cemerlang dari SK Bandar
Anggerik, Shah Alam. Beliau dilahirkan pada tahun 1958 dan kini berusia 57 tahun.
Beliau mendapat pendidikan dari S.M. Tengku Ampuan Intan, Kuala
Brang,Terengganu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 iaitu dari tahun 1970 hingga
tahun 1975. Kemudian beliau menyambung pelajaran ke S.M. Padang Midin, Kuala
Terengganu dalam tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas pada tahun 1976 hingga 1977.
Pada tahun 1978 hingga tahun 1980, beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab
Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur.
Puan Rosanani ditawarkan menjadi guru cemerlang pada 1 April 2002 dan
sah dalam jawatan guru cemerlang pada 1 April 2003. Beliau memilih subjek Sains
sebagai guru cemerlang kerana sehingga tingkatan 6 beliau belajar dalam aliran
Sains dan minat yang mendalam dengan subjek Sains.
Setelah dilantik sebagai guru cemerlang, beliau selalu menghadiri mesyuarat
di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan sebagai pembuat modul dalam
pengajaran dan pembelajaran dan membuat kajian tindakan bagi meningkatkan
pencapaian Sains. Beliau juga dilantik sebagai pemeriksa kertas Sains UPSR sejak
tahun 2007 hinggalah tahun 2014. Malah, beliau sering dijemput sebagai
penceramah teknik menjawab Sains negeri Pahang dan sering menghadiri
mesyuarat untuk peningkatan UPSR sejak tahun 2002 lagi. Pada tahun 2002 juga,
beliau terlibat sebagai penggubal modul Sains anak orang asli.
Beliau pernah menghadiri world conference di Pulau Pinang pada tahun
2003. Pada tahun 2007, beliau telah menghadiri Persidangan Guru Cemerlang
Peringkat Kebangsaan dan merupakan pembentang kertas kerja Sains. Beliau juga
telah dipilih sebagai penggubal soalan Sains peringkat kebangsaan sekolah harian
anjuran FELDA.

Menurut beliau lagi, pihak Kementerian Pendidikan, Bahagian Pendidikan


Guru telah memilih beliau untuk dilantik sebagai SISC peringkat negeri Selangor

bagi memantau pengajaran dan pembelajaran dalam Sains bagi sekolah pendidikan
khas Selangor dari tahun 2011 hingga tahun 2013.
Sebagai guru, sudah pastinya ada perkara pahit dan manis yang pernah
dialami oleh Puan Rosanani. Pengalaman paling manis baginya ialah apabila murid
mencapai kejayaan cemerlang Sains dalam UPSR.
Menurut Puan Rosanani sebagai guru sudah pasti ada juga pengalaman pahit
yang terpaksa ditempuhinya. Setiap kejayaan atau memenuhi tugas seorang
pendidik sudah tentu perlukan pengorbanan. Beliau terpaksa berkorban untuk
keluarga bagi merealisasikan tugas yang diamanah. Terpaksa berkorban untuk
mengejar cita-cita demi untuk kejayaan, agar anak-anak didik berjaya dengan
cemerlang. Apa yang penting anak-anak didiknya perlu berjaya. Sebagai seorang
guru yang hanya peroleh kemahiran dan pengalaman sahaja tanpa ijazah demi
kejayaan anak-anak didik. Walaupun begitu beliau bersyukur. Perit menjadi guru
cemerlang yang terpaksa berkorban untuk orang lain tetapi hati berasa puas.
Beliau juga bersyukur kerana pengorbanan yang dilakukan dibalas dengan
kebaikan. Anak-anaknya semuanya berjaya. Mereka memperoleh pekerjaan yang
baik dan berjaya dalam hidup masing-masing.
Puan Rosanani berharap agar kita sebagai pendidik dapat melahirkan
generasi yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.

Anda mungkin juga menyukai