Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN BIODATA PERSARAAN

Segak bergaya putera mahkota,


Dimahkotakan dalam majlis yang meriah,
Izinkan saya membacakan biodata,
Didahului dengan lafaz bismillah.
Bismillahirrahmanirrahim….

Pada tanggal 10 September 1965 tarikh keramat bagi pasangan bertuah


Encik  Haji Keling dan Puan Hjh Hamsiah di Hutan Melintang, Perak
apabila dikurniakan seorang puteri. Anak ke -4 ini diberi nama Siti
Arbaayah bt Keling. Beliau telah dijaga seperti menatang minyak yang
penuh dan di beri didikan yang sempurna. Beliau mendapat pendidikan
awal dari Tahun 1 hingga Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Lubuk Pusing
Bagan Terap Selangor manakala Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah
Kebangsaan Sungai Samak Hutan Melintang Perak.Detik waktu menginjak
pantas dan tahun juga bersilih ganti. Setelah enam tahun di sekolah
rendah, pada tahun 1978 hingga 1982 beliau melanjutkan pelajaran di
peringkat menengah di Sekolah Menengah Ugama Al Ulum Batu 20 Bagan
Datoh Perak.
Kebahagiaan beliau bertambah apabila mendirikan rumahtangga bersama
pasangannya Jamalodin Bin Zakariah seorang anggota polis dan
menjalani kehidupan yang penuh bermakna bersama enam orang anak
yang terdiri daripada 4 orang putera dan 2 orang puteri. Alhamdulilah
kesemua mereka berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke menara
gading.
Hajat ingin menjadi seorang pendidik dan mendidik anak bangsa semakin
menebal didalam dirinya lantas beliau memilih untuk mengikuti latihan
asas perguruan di Maktab Perguruan Kinta, Jln Dairy Ipoh. Bermula dari
sini, beliau mula melangkah dengan lebih yakin dan berani menempuhi
segala dugaan dan ujian dalam arena pendidikan yang penuh mencabar.
Kata orang, “alah bisa tegal biasa”, dan “genggam bara biar sampai jadi
abu”, begitulah semangat yang dimiliki oleh Puan Siti Arbaayah bt Keling,
Guru Pendidikan Islam yang sangat dihormati dan disayangi.
Tenanglah tenang air dilaut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik pasti disanjung.

Bermula tarikh melapor diri pada 1 Disember 1991 sehingga ke hari ini
Ustazah Siti Arbaayah telah berkhidmat selama 28 tahun. Sepanjang
tempoh tersebut Ustazah Siti Arbayaah telah mengajar di 6 buah sekolah
di beberapa daerah dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah pertama
yang mendapat sentuhannya adalah SRK Ho Seng Ong Methodist Ipoh
iaitu pada tahun 1991 sehingga 2000. Pada tahun berikutnya, Ustazah
TEKS UCAPAN BIODATA PERSARAAN

Siti Arbaayah berkhidmat di SK Lenggong sehingga Disember 2007. Pada


Januari 2008, Disember 2009 dan sehingga Jun 2017, Ustazah Siti
Arbaayah berpindah ke SK Chepor, SK Kemering Gerik dan SK Methodist
Tanjong Rambutan. Seterusnya pada bulan Disember 2017,Ustazah Siti
Arbaayah telah berpindah ke SK Bandar Baru Putera yang kita cintai ini.
Disinilah destinasi terakhir beliau sebelum menamatkan perkhidmatan
beliau pada usia persaraan 55 tahun. Sikap keprihatinannya terhadap
anak bangsa tidak pernah luntur ditelan masa di mamah usia. Sentiasa
ikhlas menjalankan tugasnya dan tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan
wang ringgit. Banyak masanya dihabiskan dengan mengabdikan diri pada
tugasnya sebagai seorang guru.
Kecemerlangan perkhidmatan keguruan dan kepimpinan Puan Siti
Arbaayah bt Keling telah diiktiraf menerusi Anugerah Kecemerlangan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebanyak dua kali, iaitu pada
tahun 1999, dan pada tahun 2013.Selain itu bersempena sambutan hari
ibu peringkat Lenggong Tahun 2016, beliau telah mencatat memori
terindah apabila menerima anugerah ibu mithali Parlimen Lenggong yang
disampaikan oleh Dato Samsul.

Bakat kepimpinannya sungguh menyerlah. Berpegang kepada prinsip


hidupnya yang suka berterus terang dan hanya percaya kepada
kejujuran. Beliau mempunyai wawasan yang cukup tinggi dan patut
dicontohi. Sikap prihatinnya terhadap anak didik amat tinggi malah
sentiasa mengutamakan mereka dalam banyak hal. Beliau tidak pernah
jemu dan mengalah dalam usaha memberikan pendidikan yang terbaik
kepada semua anak didiknya. 
Terang bulan dimalam hari,
Indah gemerlap bintang bercahaya,
Kasih dan sayang ikhlas terpatri,
Rindu bertaut sepenuh jiwa.

Dari Serdang menuju Bangi


Singgah sebentar di Salak Selatan
Puan Siti Arbaayah kami sanjungi
Budi puan abadi dalam ingatan

Anda mungkin juga menyukai