Anda di halaman 1dari 5

BIODATA PERSARAAN PUAN SITI SUAIBAH BINTI S.

SAID

Cantik berseri puteri mahkota,


Dimahkotakan dalam majlis yang meriah,
Izinkan saya membacakan biodata,
Didahului dengan lafaz Bismillah.

Bismillahirrahmanirrahim.....

Dilahirkan pada tanggal 28 Mei 1962 di Muar Johor, beliau mendapat


pendidikan awal di SK Jalan Gurney 1, dari tahun 1970 hingga 1976. Seterusnya
beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah di SMK Jalan Ampang
Kuala Lumpur dari tahun 1977 hingga 1982. Puan Siti Suaibah meneruskan
perjuangan mencari ilmu dengan menyambung pelajaran ke peringkar Matrikulasi di
Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang. Usai sahaja pengajian di peringkat
matrikulasi, Puan Siti Suaibah terus melangkahkan kaki ke menara gading apabila
beliau telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia
untuk Ijazah beliau yang pertama. Seterusnya, langkah beliau untuk menggali ilmu
tidak terhenti disitu apabila beliau meneruskan pengajian mendapatkan Ijazah kedua
di Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Apalah guna memasang pelita,


Jika tidak dengan sumbunya,
Apalah guna bermain mata,
Jika tidak dengan sungguhnya.

Ambil gendang di Kampung Kandis,


Ditabuh ramai ditingkah biola,
Makin dipandang semakin manis,
Dilabuh hati menyala cinta.

Puteri bongsu memetik melati,


Tumbuh mewangi ditengah malam,
Gerak laku pancaran budi,
Baiknya pekerti hati tertawan.
Begitu indahnya pantun Melayu yang tersimpan pelbagai maksud yang
tersirat dan tersurat. Benar jugalah kata pepatah, “Kalau jodoh tak kemana...”.
Akhirnya dua hati bersatu dengan ijab dan kabul dengan restu seluruh ahli keluarga
tercinta, justeru bertautlah kasih berpautlah ikatan sayang antara Puan Siti Suaibah
dan pasangan sehidup semati, Prof Dr Darusalam bin Abu Bakar.

Bertautnya kasih di Jabbar Rahmah,


Adam dan hawa menyulam rasa,
Anak-anak itu amanah Allah,
Pengikat kasih dan sayang keduanya.

Pucuk pegaga tumbuh melata,


Jadi ulaman penambat selera,
Anak itu seumpama permata,
Sejuk di mata damai di jiwa.

Hasil perkongsian hidup, Puan Siti Suaibah dan Prof Dr Darusalam bin Abu Bakar
telah dianugerahi Ilahi dengan kehadiran tiga orang cahaya mata, iaitu seorang
puteri dan dua putera. Anak sulung pasangan ini, puteri tunggal diberi nama
Norhidayah, diikuti cahaya mata kedua, Muaz dan cahaya mata bongsu, Adam.
Alhamdulillah, Puan Siti Suaibah juga telah dikurniakan 3 orang cucu yang comel.
Semoga kebahagiaan yang dimiliki oleh keluarga ini akan terus berkekalan dan
berpanjangan hingga ke akhirnya. Aameen Ya Allah.

Sejarah perkhidmatan Pn Siti Suaibah sebagai seorang pendidik bermula


pada tahun 1986, di mana Pn Siti Suaibah memulakan tugas beliau di sekolah yang
pertama iaitu di Sekolah Seri Puteri, Jalan Kolam Air kuala Lumpur selama setahun.
Bermula tarikh melapor diri pada tahun 1986, Puan Siti Suaibah telah berkecimpung
dalam dunia pendidikan selama 36 tahun. Sepanjang tempoh tersebut Puan Siti
Suaibah telah berkhidmat di 9 buah sekolah. Pada tahun 1987 sehingga tahun 1997,
beliau telah berkhidmat di SMK SMK Methodist Kuala Lumpur. Semasa berkhidmat
di SMK Methodist Kuala Lumpur, beliau telah dianugerahkan Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang iaitu pada tahun 1997.
Selama 10 tahun menabur bakti di bumi Kuala Lumpur, akhirnya Puan Siti
Suaibah memulakan tugasnya di negeri Selangor Darul Ehsan. Sekolah pertama
yang mendapat sentuhan beliau adalah SMK Taman Sri Muda, iaitu pada tahun
1998. Setahun kemudian, beliau telah berpindah ke Sekolah Menengah Seksyen 11
dan berkhidmat di SMK Seksyen 11 selama 12 tahun sebelum beliau berpindah ke
SMK Seksyen 18 pada tahun 2011. Semasa di SMK Seksyen 11, beliau sekali lagi
mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang iaitu pada 2006. Perjalanan Puan Siti
Suaibah sebagai pendidik terus bersinar apabila beliau dinaikkan pangkat sebagai
Penolong Kanan Petang di SMK Seksyen 16, Shah Alam bermula tahun 2012
sehingga tahun 2014. Semasa berkhidmat di SMK Seksyen 16, beliau sekali lagi
mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2014. Kecemerlangan
beliau dalam bidang pentadbiran semakin menyerlah apabila pada tahun 2015
beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SMK
Seksyen 27, Shah Alam. Langkah beliau tidak terhenti disitu kerana pada tahun
2016 Puan Siti Suaibah meneruskan kecemerlangan apabila beliau dilantik sebagai
pengetua di SMK Bandar Utama Damansara 4, Selangor. Seterusnya, beliau
meneruskan perkhidmatan sebagai pengetua di SMK Seksyen 7 pada tahun 2019.
Kemuncak kecemerlangan perkhidmatan beliau adalah apabila Puan Siti Suaibah
telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua Cemerlang pada tahun 2020 semasa
beliau berkhidmat sebagai pengetua di SMK Seksyen 7 yang dikasihi ini.
Dalam tak sedar beliau telah berkhidmat mencurah bakti di SMK Seksyen 7
selama 4 tahun. Sesungguhnya, warga SMK Seksyen 7 akan kehilangan sebutir
mutiara yang begitu berharga dan tiada ganti. Bak kata bidalan Melayu, ‘benih yang
baik, dilempar ke mana-mana pun tetap memberikan hasil’, begitulah juga dengan
Puan Siti Suaibah khidmat bakti beliau sentiasa ditagih lantaran ilmu yang dimiliki
dalam diri beliau serta semangat beliau yang sentiasa membara dan tidak pernah
mahu mengalah. Dan apa yang pasti beliau begitu prihatin terhadap anak-anak
didiknya malah sentiasa mengutamakan mereka dalam banyak hal. Tidak pernah
jemu dan mengalah dalam usaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada
semua anak didiknya, Sesungguhnya, terlalu banyak jasa dan sumbangan beliau
yang pastinya tidak akan dilupakan terutama sekali ketika beliau bertugas di sini.
Sama-samalah kita berdoa semoga beliau terus berbahagia dalam menjalani
kehidupan baru alam persaraan beliau selepas ini. Insha allah.

Tinggi bukit gilang-gemilang,


Air laut tenang-tenangan,
Budi sedikit tidakkan hilang,
Ia menjadi kenang-kenangan.

Tenanglah tenang air di laut,


Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Demikianlah serba sedikit biodata Puan Siti Suaibah binti S.Said, Pengetua
Cemerlang SMK Seksyen 7 yang akan menamatkan perkhidmatan beliau pada hari
ini. Segala jasa bakti beliau akan dikenang sepanjang hayat kita dan hanya Allah swt
sahaja yang dapat membalasnya.

Terang bulan di malam hari,


Indah gemerlap bintang bercahaya,
Kasih dan sayang ikhlas terpatri,
Rindu bertaut sepenuh jiwa.

Indah gemerlap bintang bercahaya,


Semilir berhembus berpuput mesra,
Rindu bertaut sepenuh jiwa,
Mesra terjalin indah terasa.

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai