Anda di halaman 1dari 7

 

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN


TEKS PENGACARA MAJLIS
“MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH”
 SEMPENA PERSARAAN ENCIK MATAHA@ METAHA BIN SANI
PERINGKAT PENDIDIKAN KHAS SMK BUKIT KATIL
 
Pagi Jumaat yang cerah penuh ceria. Hari yang berbahagia penuh bermakna kita
raikan Majlis “MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH”” sempena
persaraan Encik Mataha @ Metaha Bin Sani, Guru Pendidikan Khas Integrasi
SMK Bukit Katil Melaka,.BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T
 
Yang Berusaha Puan Zaiha binti Ahmad, Pengetua SMK Bukit Katil Melaka, Yang
Dihormati Puan Norliza Binti Jamil, Penolong Kanan Pentadbiran. Encik Abdul
Malek Bin Hussein, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Ustaz Rizal Bin Shafie,
Penolong Kanan Kokurikulum. Encik Kamaruddin bin Md Yassin, Penolong Kanan
Pendidikan Khas SMK Bukit Katil Melaka, Yang Diraikan Encik Mataha @
Metaha Bin Sani . Barisan guru-guru, pembantu pengurusan murid.
Seterusnya, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
 
Selamat datang ke :
“MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH”sempena persaraan , Encik
Mataha @ Metaha Bin Sani 
 
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
 
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh adik Mohd Adib Nazirul Bin Azrom. Majlis dengan segala
hormatnya dipersilakan.
 
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada adik Mohd Adib Nazirul atas bacaan doa itu tadi.
 
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
ditaburkan oleh Yang Diraikan Encik Mataha @ Metaha Bin Sani sepanjang
perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai guru
pendidikan khas integrasi di SMK Bukit Katil Melaka.

 
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Majlis diteruskan dengan
ucapan daripada Yang Berusaha Puan Zaiha binti Ahmad, Pengetua SMK Bukit
Katil Melaka. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
 
Terima kasih diucapkan kepada Puan Zaiha binti Ahmad, atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang dihormati Encik Kamaruddin
bin Md Yassin, Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Bukit Katil Melaka. Majlis
dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Kamaruddin bin Md Yassin, atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.

Buah mengkudu buah bidara


Mari disimpan didalam dulang
Hari ini tuan bersara
Jasa tuan tetap dikenang

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan Encik Mataha @ Metaha Bin Sani. 

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang


Diraikan Encik Mataha @ Metaha Bin Sani untuk menyampaikan ucapan beliau.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Diraikan Encik Mataha @ Metaha Bin Sani atas ucapan itu tadi.
 
 
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
 

Hadirin hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kenang-kenangan


daripada murid-murid PPKI kepada buat Yang Diraikan Encik Mataha @ Metaha
Bin Sani.

Majlis mempersilakan Yang Diraikan Encik Mataha @ Metaha Bin Sani  untuk
berdiri di hadapan bagi menerima cenderamata kenang-kenangan daripada semua
anak2 PPKI SMK Bukit Katil Melaka. Dengan segala hormatmya dipersilakan.

Dijemput wakil murid daripada kelas

1. Permata A- Yuges
2. Permata B- Hazwan
3. Permata C- Mohd Adib Nazirul
4. Permata D-Fadzely
5. Permata E- Mohd Adam Yusoh
6. Permata F-
7. Permata G- Putra
8. Permata H-
9. Permata I- Abie Prima
10. Permata (kelas tanaman PB & PD) – Hasyir

1.

Seterusnya ialah hadiah kenang-kenangan murid secara peribadi buat Yang


Diraikan Encik Mataha @ Metaha Bin Sani.

1. Zaini
Demikianlah tadi penyampaian cenderamata kenang-kenangan buat Yang Diraikan
Encik Mataha @ Metaha Bin Sani daripada semua murid PPKI SMK Bukit Katil
Melaka.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan multimedia foto buat Yang Diraikan
Encik Mataha @ Metaha Bin Sani. Untuk makluman semua, foto ini diambil dari
semua sumber sepanjang tempoh perkhidmatan beliau selama 13 tahun di SMK
Bukit Katil Melaka ini iaitu sejak tahun 2009 hingga 2022. Dengan segala
hormatnya di persilakan semua hadirin mengalihkan sedikit perhatian dan
pandangan kearah skrin tayangan montaj.
 
Demikianlah tadi persembahan multimedia foto yang diraikan yang mencuit rasa
dan menjadi ingatan untuk kita semua sepanjang beliau berkhidmat di SMK Bukit
Katil Melaka ini. Senyum, gelak, tawa dan usikan yang beliau sering lakukan pasti
akan dirindui oleh semua rakan-rakan guru.
 
Inilah yang dikatakan,
Umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi
 

Seterusnya majlis sekali lagi mempersilakan Yang Diraikan Encik Mataha @


Metaha Bin Sani untuk hadir ke depan bagi menerima hadiah kenang-kenangan
daripada rakan guru dan PPM.

Dijemput…
1. Puan Halimah binti Salim
2. Puan Suriaanna binti Abdul Mutalib
3. Puan Noorizah binti Mt Kasim
4. Puan Aidah binti Md Tion
5. Puan Jameilatoul Raodhah binti Johaya
6. Puan Norasyikin binti Ramlan
7. Hadiah dari PPM SMK Bukit Katil Melaka
8. Puan Zara Suriani binti Awang Mat
9. Puan Norhidayu binti Bidin
Demikianlah tadi penyampaian cenderamata kenang-kenangan buat Yang Diraikan
Encik Mataha @ Metaha Bin Sani daripada rakan guru dan Pembantu Pengurusan
Murid PPKI SMK Bukit Katil Melaka.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.


 
Tuai padi antara Nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Majlis dengan ini, menjemput Yang Diraikan Encik Mataha @ Metaha Bin Sani
untuk melengkapkan majlis kita pada hari ini dengan memotong kek hari lahir
Yang ke 60.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan semua barisan pentadbir untuk


mengambil tempat di hadapan bagi memeriahkan acara memotong kek hari lahir
yang diraikan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
 
Demikianlah tadi selesai acara memotong kek Yang Diraikan Encik Mataha @
Metaha Bin Sani bersama barisan pentadbir. Tahniah dan selamat hari lahir
Cikgu Mataha. Selamat bersara.

Majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Encik
Mataha @ Metaha Bin Sani kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh
bermakna ini. Saya mendoakan agar Yang Diraikan Tuan Haji Abdullah Sani Bin
Alias  bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
 
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin
yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan “MAJLIS SANJUNGAN
BUDI LAMBAIAN KASIH” ini.

 Di kesempatan ini juga, saya ingin menyampaikan seloka khusus buat Yang
Diraikan Encik Mataha @ Metaha Bin Sani
 
Assalamualaikum pembuka bicara
 Madah disusun mengungkap rasa
 Suasana mendung pagi yang hiba
 Bagai mengerti gelodak jiwa
 
Cikgu Atuk panggilan mesra
Guru veteran yang banyak berjasa
Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma
Tiga dekad begitulah lama
 
Dari muda hingga berusia
 Menjalankan tugas dengan setia
 Menabur bakti mencurah jasa
 Tak terbalas dek pelajar semua

Kini sudah tibanya masa


Berundur Cikgu Mataha kerana bersara
 Hilanglah permata yang berharga
 Hilang seri hilang cahaya
 

udah biasa kita dengari


 patah tumbuh hilang berganti
 namun tak sama guru yang ini
 Tak mungkin ada galang ganti
 
Kenangan manis kekal selamanya
 Jasamu atuk tak mungkin dilupa
 Pemergianmu atuk kami redha
 Sudah suratan berpisah akhirnya
 
Sampai di sini seloka saya
 Tidak berakhir hubungan ini
 Silaturahim terus terpatri
 Biarpun atuk tiada di sisi
 
Ampun dan maaf saya pinta
 Andai pernah mengusik rasa
 Jenguklah kami sekali sekala
 Andai rindu datang menjelma
 
Semoga atuk sihat sejahtera
 Menyusuri hari-hari yang ceria
 Di samping beribadat pada yang Esa
 Moga dilindungi Allah sentiasa.

 
Majlis sudah sampai ke penghujungnya, saya selaku pengacara ingin memohon
ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis
ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
 
Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis perpisahan kita pada hari ini. Sebelum
melabuhkan tirai, saya meminta semua guru dan PPM membantu murid berbaris di
sepanjang laluan PPKI ke Pejabat untuk memberikan lambaian akhir kepada buat
Yang Diraikan Encik Mataha @ Metaha Bin Sani untuk membuat punch card
keluar terakhir beliau sebagai pendidik di SMK Bukit Katil , Sekian sahaja, salam
hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi
WaBarakatuh. Sekian, terima kasih.
 

Anda mungkin juga menyukai