Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU, HARI PEKERJA DAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

Aturcara Teks
Mekar mewangi bunga Cempaka,
Sayang harumnya memukau sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang Berusaha, En. Nasarudin bin Ahmad, Guru Besar SKUP


Yang dihormati:
1. Pn. Siti Zarina binti Md. Zahar, GPK Pentadbiran
2. Pn. Hayati binti Munajat , GPK HEM
3. En. Suhaimi bin Salamat, GPK Koku
Barisan guru dan murid SK LKTP Ulu Penggeli.

Dipersilakan semua guru-guru dan pengawas untuk mengambil tempat. Kita akan
Ucapan
memulakan sambutan Hari Guru, Hari Pekerja dan Hari Raya sebentar lagi.
alu-aluan

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan kasih sayang dan izinNya,
dapat kita berhimpun bersama-sama dalam Program Hari Guru, Hari Pekerja dan Hari
Raya.

Saya bagi pihak JK Pengelola mengalu-alukan kedatangan semua ke majlis pada pagi
ini.

Para hadirin,
Matlamat utama program ini dijalankan adalah untuk meraikan semua guru-guru, para
pekerja disamping meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Untuk makluman semua, tema Hari Guru pada tahun ini adalah “Guru Tunjang Sekolah
Sejahtera”

Bagi memulakan majlis ini, kita akan menyaksikan perarakan masuk guru-guru dengan
Perarakan diiringi baraisan pengawas sekolah.
Masuk
Guru-guru ***Baca Pantun***

Doa Baiklah para hadirin,

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada pagi berbahagia ini, marilah sama-sama
kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Aiman Naufal bin Nazri.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

****************************
Terima kasih diucapkan kepada Aiman Naufal bin Nazri.

Tanpa melengahkan masa, untuk meneruskan majlis, dengan ini dijemput


Encik Nasarudin bin Ahmad, Guru Besar SK LKTP Ulu Penggeli
Untuk menyampaikan ucapan sekali gus merasmikan program Sambutan Hari Guru,
Hari Pekerja dan Sambutan Hari Raya 2022. Dengan segala hormatnya dipersilakan
Ucapan tuan.
Perasmian
********************
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Kalau dibentang seluas alam,


Kalau dilipat sebesar kuku,
Sejambak kata seuntai salam,
Degup bicara menusuk kalbu,

Perutusan Para hadirin,


Hari Guru Sebagai acara penerus bicara, kini saya mempersilakan
(KPM) Puan Hajjah Hayati binti Munajat, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
untuk membacakan perutusan Hari Guru 2022, daripada kementerian pendidikan
Malaysia. Dengan segala hormatnya dipersilakan puan.

********************
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas bacaan perutusan itu tadi.

Para hadirin,
Kini saya mempersilakan pula,
Encik Suhaimi bin Salamat, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Perutusan untuk membacakan perutusan Hari Guru 2022, daripada Jabatan Pendidikan Negeri
Hari Guru Johor. Dengan segala hormatnya dipersilakan tuan.
(JPN)
********************
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas bacaan perutusan itu tadi.

Kini saya menjemput pula Encik Mohd. Razali bin Subakin, Yang Dipertua PIBG untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan tuan.
Ucapan
********************
YDP
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan sebentar tadi.

Kini saya menjemput pula Adik Faris Aisy bin Zaitol Adhar, Ketua Murid bagi sesi
2022 untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Ucapan
Ketua ********************
Murid
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan sebentar tadi.
Seterusnya majlis ini akan diserikan lagi dengan nyanyian daripada semua guru-guru.

Lagu keramat, ‘Kami Guru Malaysia’ akan didendangkan khas untuk semua hadirin.
Mari kita sama-sama dengarkan...
Nyanyian
dan Bacaan ****************
Ikrar Seterusnya dipersilakan Encik Mohd. Nor Fazli bin Mohd. Sharif untuk tampil
kehadapan, bagi mengetuai bacaan ikrar Hari Guru. Dipersilakan.

*********************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Baktimu gemilang
Potong kek
Kita kita teruskan pula majlis ini dengan acara memotong kek. Dipersilakan Guru
Besar, Guru-guru penolong kanan dan YDP PIBG untuk tampil kehadapan.

***************
Terima kasih semua.
Kini kita meriahkan lagi sambutan program ini dengan persembahan daripada murid-
murid Pra sekolah.
Ayuh.. kita sama-sama saksikan.
Persembah
an Murid ***************************
Untuk pengetahuan semua, persembahan sebentar tadi adalah dibawah bimbingan
Ustazah Fazilah dan Puan Fatimah.

Sesi Kini saya membuka ruang dan pentas ini, untuk sesi fotografi bagi merakamkan
fotografi peristiwa manis sambutan Hari Guru, Hari Pekerja dan Hari Raya bagi tahun 2022.
Baiklah para hadirin,
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
ataupun tidak langsung.

Sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya
dari kelemahan saya sendiri. Sebelum bersurai, kita tutup majlis ini dengan bacaan
selawat yang akan diketuai oleh Ustaz Mohd. Fahmi bin Nordin.

Sekian, terima kasih.


Encik Nasarudin bin Ahmad Banyak berjasa segak orangnya,
Landskap ditukang baliknya telat,
Cikgu Nasa nama glamournya,
Senyum tak lekang gigi berkilat.
Puan Siti Zarina binti Md. Zahar Pohon pudina disemai baja,
Siram tak culas sebelum dipetik,
Cikgu Zarina panggilan manja,
Tampilnya kemas bidangnya Matematik.
Puan Hajjah Hayati binti Munajat Menjamu roti bersama Pak Mat,
Dipagi Rabu girang dirasa,
Cikgu Yati panggilan hormat,
Berwatak ibu, ramah sentiasa.
Encik Suhaimi bin Salamat Tebu disemi hasilnya rancak,
Diperah sakan manis dirasa,
Encik Suhaimi sentiasa kacak,
Berbaju sukan setiap masa.
Ustazah Fazilah Alunan zikirullah diulang berkali,
Corong yang gelap jelas kedengaran,
Ustazah Fazilah tegas dan friendly,
Menegur silap dan memberi teguran.
Cikgu Rohayati Lalu di jeti sebelum ke Tampoi,
Menyiapkan gubahan jangan terbalik,
Cikgu Rohayati wataknya sempoi,
Suka membahan lawaknya terbaik.
Cikgu Fazli Merucing kali mengaut karang,
Busur panahan terkena garisan,
Cikgu Fazli tegas dan garang,
Mengajar pemulihan dengan berkesan.
Cikgu Fatimah Sahabat intim biasanya rawan,
Bersama Haji memakan keria,
Cikgu Tim dipanggil kawan,
SU PIBG yang paling ceria.
Cikgu Logeswary Subuh bening, fajar hening,
Pergi ke Tampoi membawa suasa,
Cikgu Loges selalu happening,
Mengajar sempoi subjek Bahasa.
Hajjah Norrafidah Kad raya sudah sekarang emel,
Untuk si dara dan jejaka hensem,
Cikgu Fidah orangnya comel,
Cikgu sains yang paling awesome.
Cikgu Jamil One two three, ku Nampak pelangi,
Three four five, mangkuk bertingkat
Oh Mr. Jamil yang ku sayangi,
Ajar BI confirm terangkat.
Ustaz Fahmi Bakul jerami sulam berkati,
Di bawa memburu mencari ilmu,
Hai Ustaz Fahmi yang baik hati,
Selamat Hari Guru khas untukmu.
Cikgu Azirul Berjalan ke Darul mengiring dayang,
Mengisi guni di dalam bangsal,
Sir Azirul guru kusayang,
Kapten TKRS ni, jangan cari pasal.
Ustazah Radiah Ketupat disedia gendang dipalu,
Kain merah pembalut galah,
Ustazah Radiah pendiam dan pemalu,
Sekali dia marah, singa pun kalah.
Ustazah Mardiyyah Meneroka wilayah membawa kayu,
Pagi perginya, petang baliknya,
Ustazah Mardiyyah sopan dan ayu,
Lembut orangnya, santun budinya.
Cikgu Ziha Bunga paha di atas meja,
Disusun cantik warnya kaya,
Cikgu Ziha panggilan manja,
Cikgu robotik yang cantik bergaya.
Cikgu Anis Kayu manis pokok gaharu,
Tinggi letaknya diambil tukang,
Cikgu Anis guru baharu,
Manis orangya senyum tak lekang.

Anda mungkin juga menyukai