Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

JAMUAN AKHIR TAHUN


SK PEREMPUAN BUKIT KUDA
11 FEB 2022
HOTEL MARDIYYAH SHAH ALAM

Saudara dan saudari / tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan untuk


mengambil tempat duduk kerana majlis akan bermula sebentar lagi.

Bissmillahirrahmanirahim
ALU-ALUAN
PENGACARA
MAJLIS Indah nian malam ini
Warga SK Pemempuan bukit kuda berseri-seri
Jamuan akhir tahun sama dirai
Kita mulakan dengan ceria di hati

Alooha menjadi pilihan hati


Tema jamuan kali ini
Jamuan akhir tahun kita mulai
Mencipta kenangan tersemat di hati

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan


Salam sejahtera

Yang berusaha Pn Siti Aidah Binti Mohd Barozah, guru besar SKPBK

Yang dihormati barisan pentadbir


Pn.Suzlina binti Karin
Guru penolong kanan hal ehwal murid.

Pn.Aishah binti Abd Rahman ,


Guru penolong kanan pendidikan khas

Pn.Rohana binti Othman


Guru penolong kanan pentadbiran

Cik Norlizah binti Banun,


Guru penolong kanan kokurikulum

Rakan-rakan guru, staf sokongan,tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi


sekalian

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi


kerana dengan limpah kurnianya, maka kita diberikan luangan waktu untuk
sama-sama berkumpul di hotel mardiah shah alam ini untuk majlis jamuan
akhir tahun skpbk sesi 2022/2023

Doa Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kalau pergi ke tanjung keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis pada hari ini, dipersilakan alfathil ustaz Azami bin
Tohet untuk memimpin bacaan doa.dengan segala hormatnya
dipersilakan .

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ustaz Azami bin Tohet atas
bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dimuliakan


pengerusi
baguss Pergi ke kota beli selasih,
(pn.safizawati Sayang si dara buat halwa,
binti sidik) Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Meneruskan bingkisan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Pn.Safizawati binti Sidik pengerusi kelab guru dan kakitangan skpbk sesi
2022/2023 untuk menyampaikan sepatah dua kata.dengan segala
hormatnya dipersilakan.

(ucapan….)
Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pn.safizawati
binti sidik atas ucapan itu tadi.

Ucapan guru Hadirin yang dihormati,


besar Emas tempawan buatmu puteri
( pn.siti aidah) Busana indah buat rupawan
Sudilah puan tampilkan diri
Bersama madah kata ucapan.

Majlis diteruskan dengan mempersilkan, yang berusaha pn siti aidah binti


mohd barozah,guru besar skpbk untuk menitipkan sepatah dua kata

Dengan segala hormatnya dipersilakan..


(ucapan…)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada pn.guru besar atas ucapan
itu tadi

Jamuan .malam raya memasang pelita


Bergurau senda sanak saudara
Juadah terhidang di depan mata
Marilah bersama menjamu selera

Sebelum itu majlis mempersilakan ustaz azami bin tohet untuk bacaan doa
makan.dipersilakan.

Terima kasih ustaz

Dipersilakan semua tetamu, para guru dan staf sokongan untuk menjamu
selera.

Penyampaian Hadirin sekalian


Penghargaan
SSDM Sambil kita menjamau selera, majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan
Cil Norlizah untuk mejemput dan mengiringi Pn.Siti Aidah Untuk
menyampaian Penghargaan SSDM dan Penghargaan Unit
Kurikulum.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Penghargaan SSDM:
_____________________________

Penghargaan Unit Kurikulum

____________________________

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn.Siti Aidah atas kesudian


menyampaiakan penghargaan sebentar tadi.

Penyampaian Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Hal Ehwal Murid.Untuk


Anugerah Hal itu majlis mempersilakan Pn.Suzilina Binti Karin untuk menyempurnakan
Ehwal Murid
maksud tersebut.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

1. GEETHA A/P BALARAMAN


2. PARAMESWARI A/P PERUMAL
3. NURHAZIRAH BINTI KHAIRUDDIN
4. SUGANTHAMANI A/P SUPRAMANIAM
5. VASTHALA A/P BASKERAN
6. SITI KHADIJAH BT ABD. GANI
7. S. NORHAFIDZAH BT AHMAT
8. MUHAMMAD AZZIQ BIN AZMAN

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn.Suzilina Binti Karin atas


kesudian menyampaiakan penghargaan sebentar tadi.

Penyampaian Hadirin sekalian,


anugerah
bintang guru UntuK makluman semua BAGUSS telah menyediakan anugerah khas
dan staff. bintang guru dan staff,Untuk tahun ini BAGUSS telah menyediakan 7
kategori anugerah dengan pelbagai kategori.Semoga ada reZeki untuk
semua.Unruk itu Majlis diteruskan dengam acara seterusnya iaitu
penyampaian anugerah bintang guru dan staff sesi 2022/2023

1.kategori SAYANG MENYAYANG


Majlis berbesar hati mempersilakan Pn.Siti Aidah untuk menyamapaikan
anugerah .Dipersilakan.

2. Kategori SUARA EMAS


Majlis mempersilakan Pn.Nor Hafiza Binti Mohamad untuk menyamapaikan
anugerah .Dipersilakan.

3.Kategori D.I.Y
Majlis mempersilakan Pn.Suzilina Binti Karin untuk menyamapaikan
anugerah .Dipersilakan.

4. Kategori YAK YAK YEAY


Majlis mempersilakan Pn.Nur Hazirah Binti Khairuddin untuk
menyamapaikan anugerah .Dipersilakan

5.Kategori MENGGANAS KERINGAT


Majlis mempersilakan Pn.Aishah Binti Abdul Rahman untuk
menyamapaikan anugerah .Dipersilakan

6.Kategori DIAM-DIAM BERISI


Majlis mempersilakan Pn.Geetha a/p Balaraman untuk menyamapaikan
anugerah .Dipersilakan

7.Kategori BELUM PANGGIL SUDAH DATANG


Majlis mempersilakan Pn. NOOR FITHRIZZAL LAILY BINTI HUSAIN menyamapaikan
anugerah .Dipersilakan

Tahniah diucapkan kepada semua yang menerima anugerah.


CABUTAN  Cabutan bertuah
BERTUAH A. Cabutan pertama Cik Norlizah – 13
B. Cabutan ke 2 – Pn. Aishah Binti Abdul Rahman – 13
C. Cabutan ke 3 – Pn Suzlina binti Karin – 13
D. Cabutan ke 4 – Pn Siti Aidah binti Mohd Barozah – 11
Pertukaran Baiklah kita teruskan lagi majlis dengan slot yang memang setiap tahun kita
hadiah adakan .
Slot yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua
Oleh itu bagi memeriahkan majlis dipersilakan pn.norzana binti safari
untuk meneruskan acara..dipersilakan

Dengan itu majlis mempersilakan …..

Terima kasih diucapkan kepada pn.norzana binti safari kerana


memeriahkan lagi acara pertukaran hadiah sebentar tadi.

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah pakaian mengikut tema
hadiah
pakaian
mengikut
tema

Sesi fotografi Hadirin dan hadirat sekalian,


dan penutup
Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhirlah di sini,
Salah dan silap lupakan sahaja

Sebarang kelemahan harap dimaafi


Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah
Simpanlah di hati
Semoga persahabatan tersimpul rapi
Mudah-mudahan kita berjumpa lagi

Sekian terima kasih

Sesi fotografi sebelum bersurai


Bersurai

Anda mungkin juga menyukai