Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS KEM BESTARI SOLAT SIRI 2

CUE ANN.

PEBGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Yang dihormati, Ustaz Azman Shapawi bin


Abdul Rani diiringi Tuan Guru Besar dan barisan Penolong Kanan
menuju ke dewan terbuka al- Mizan

SALUTASI Assalammualaikum w.b.t.

Bismillah Hirrahmanirrahim....
Alhamdulillahhirabbilalamin...

RABBISSRAHLI SADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN


MILLISANI YAF KHAHUL KAULI...

Yang berbahagia,
al-Fadhil Ustaz Azman Shapawi bin Abdul Ghani
Pegawai Penyelidik Pejabat MB Terengganu.

Yang berusaha,
Cikgu Mohamad Azri bin Hj. Embong
Guru Besar SK. Jongok Batu

Yang dihormati,
Cikgu Muhammad Ehsan bin Embong,
Penolong Kanan Pentadbiran SK. Jongok Batu

Cikgu Muhammad Fairudin bin zakaria,


Penolong Kanan HEM SK. Jongok Batu

Cikgu Muhammad Naimuddin bin Mahadi


Penolong Kanan Kokurikulum SK. Jongok Batu

Ahli Jawatankuasa penyelaras Kem Bestari Solat siri 2/(2022/2023)


peringkat sekolah

Barisan Fasilitator

Para Peserta,

Serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke Majlis Kem Bestari Solat Siri 2/


(2022/2023) Peringkat SK Jongok Batu

KATA-KATA ALUAN Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa


TEKS PENGACARAAN MAJLIS KEM BESTARI SOLAT SIRI 2

PENGACARA kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi


kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan
dalam Majlis Kem Bestari Solat Siri 2/(2022/2023)  Peringkat SK
Jongok Batu. Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi
yang cintakan al-Quran dapat direalisasikan melalui program-
program sebegini.

Indah mekar si bunga siantan


Mekar mewangi di taman larangan
Cintakan solat , fahami al-Qur’an
Moga terealisasi jadi kenyataan.

majlis juga berbesar hati mengalu-alukan kehadiran kesemua


peserta dan fasilitator dan juga kehadiran tuan penceramah
jemputan
al-fadhil Ustaz Azman Shapawi bin abdul ghani
kerana sudi meluangkan masa berkongsi ilmu dalam majlis yang
amat besar matlamatnya untuk melahirkan ganerasi yang pandai
solat ini.  semoga dengan kesudian al fadhil ustaz meluangkan
masa pada pagi ini akan menyemarakkan lagi majlis yang penuh
barakah ini.

BACAAN DOA Hadirin yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis menjemput
dan mempersilakan, Al-Fadhil Cikgu Muhammad Ehsan bin
Embong untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

Bacaan Doa

- Amin, amin ya Rabba; ‘alamin. Semoga bacaan doa


sebentar tadi memberikan kelancaran majlis kita pada hari
ini.

UCAPAN GURU Hadirin dan hadirat yang dikasihi,


BESAR
Majlis kita terus beranjak dengan aturcara seterusnya. Pihak majlis
berbesar hati menjemput dan mempersilakan, Yang dihormati Cikgu
Mohamad Azri bin Hj Embong, Guru besar Sekolah Kebangsaan
Jongok Batu untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Ucapan aluan

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

CERAMAH Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,


TEKS PENGACARAAN MAJLIS KEM BESTARI SOLAT SIRI 2

MAULIDUR RASUL
DAN SLOT KUIZ Majlis diteruskan lagi dengan agenda utama majlis….

Beliau mendapat pendidikan di Cairo Universiti & Amarican


university Cairo oleh itu saya menjemput dan mempersilakan tuan
penceramah, al-Fadhil Ustaz Azman Shapawi bin abdul ghani
Pegawai Peyelidik Pejabat MB Terengganu, untuk tampil bagi
menyampaikan ceramah sempena Kem Bestari Solat Siri 2/
(2022/2023) bertajuk “ Solatku Sempurna Akhlakku Terjaga” Majlis
dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Ceramah

- Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz


atas penyampaian ceramah yang sungguh bermanfaat
sebentar tadi. Semoga semua guru dan murid dapat
mengambil ibrah dan tarbiah daripada ceramah yang
disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,


Slot Kuiz
Seterusnya merupakan Slot Kuiz, untuk itu saya mempersilakan
Ustazah Noorhana untuk meneruskan kuiz berkesinambungan
dengan ceramah yang telah disampaikan.

Slot Kuiz

- Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustazah Noorhana


atas slot kuiz yang dijalankan sebentar tadi.
- Majlis juga mengucapkan Tahniah kepada pemenang Kuiz
sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat yang dihormati,


HADIAH DAN
CENDERAHATI Kini, tibalah kita ke acara penyampaian cenderahati dan hadiah.
KEPADA Untuk menyempurnakannya, pihak majlis berbesar hati menjemput
PENCERAMAH dan mempersilakan Yang Berusaha, Cikgu Mohamad Azri bin Hj
Embong, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jongok Batu diiringi En.
Muhammad Ehsan bin embong, PK Pentadbiran SK. Jongok Batu
untuk tampil ke hadapan. Dipersilakan.

Pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang dihormati, al-


Fadhil Ustaz Azman Shapawi bin abdul ghani penceramah
TEKS PENGACARAAN MAJLIS KEM BESTARI SOLAT SIRI 2

jemputan pada hari untuk menerima hadiah dan cenderahati


daripada pihak sekolah. Dipersilakan.

Cenderahati
penceramah

- Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan


Guru Besar dan YDP PIBG atas kesudian menyampaikan
hadiah dan cenderahati kepada penceramah jemputan kita
sebentar tadi.

Seterusnya dijemput semua pemenang untuk tampil menerima


hadiah kuiz yang telah dimenangi sebentar tadi.

- Rujuk nama murid

Hadiah Kuiz

- -Tahniah diucapkan kepada murid yang berjaya dan kepada


murid yang tidak berjaya, supaya tidak merasa hampa..

- Apalah ada pada hadiah ini kerana dan sesungguhnya di


mata Allah anda semua  adalah hambanya yang mulia. yang
berusaha untuk menjadi hamba yang soleh. Selepas ini
khabar-khabarkanlah kepada ahli keluarga,rakan
rakan ,betapa indahnya Ibadah Solat ini dan mana yang
buruk itu buangkan saja disini dan lupuskan dari kotak
ingatan. Jangan jadikan ia satu ingauan ngeri untuk kita
melaksana ibadat wajib ini.

MAJLIS SELAWAT, Hadirin dan hadirat yang dihormati,


AGIHAN
CENDERAHATI DAN Kini, tibalah kita ke acara Majlis Selawat seterusnya sudilah hadirin
BUNGA RAMPAI menerima cenderahati dan bunga rampai yang akan diedarkan
dalam majlis selawat ini. Untuk itu para Hadirin Mohon berdiri

- Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada para


hadirin atas kesudian Bersama-sama menjayakan majlis
selawat sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

PENUTUP DAN Hadirin dan hadirat yang dihormati,


JAMUAN MAKAN
TEKS PENGACARAAN MAJLIS KEM BESTARI SOLAT SIRI 2

Tuan puteri tersenyum-senyum


Melihat mempelai direnjis dipilis
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah kita di penghujung majlis.

Mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Kem Bestari Solat


siri 2/ (2022/2023) Peringkat SK Jongok Batu, ingin
mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan majlis ini
berlangsung. Kepada anak –anak murid yang dikasihi jadikan ilmu
yang dikutip hari ini sebagai titik mula kepada kamu untuk mencintai
solat, jadikan satu ibadat yang mengembirakan. Moga kita semua
akan beroleh keberkatan daripada-Nya, in sya Allah.

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta.

Sekian saya akhiri dengan lafaz suci wabilah hitaufik


wassalamualaikum W.B.T.

----------------------------------------------------------------------------------------

Dijemput kepada Yang Berusaha Cikgu Mohamad Azri bin Hj


Embong  untuk mengiringi Yang Berusaha  al-Fadhil Ustaz Azman
Shapawi untuk menikmati sedikit hidangan jamuan yang telah
disediakan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai