Anda di halaman 1dari 8

Teks Pengacaraan Majlis Khatam Al-Quran Sesi 2022/2023

Mengumumkan perarakan masuk murid-murid Khatam Al-


Quran sesi 2022/2023 ke dalam dewan.

Para warga dewan dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah hirabbil alamin. Wassala tuwassalamuala asyrafil
ambia iwal mursalin. Waala alaihi wasahbihi ajmain.

Yang  berusaha,
Encik Sapri Bin Paee, Guru Besar  Sekolah  Kebangsaan  Anchi,
Yang  dihormati,
Encik Syahrun Bin Yahya, Wakil PPD Miri,
Yang dihormati,
Puan Siti Sara Binti Yusof, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang dihormati
Puan Sabah Binti Sahari, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
Yang Dihormati
Encik Mohd Nizam Bin Sarkawai, Penolong Kanan Pendidikan
Khas,

Yang dihormati, dif-dif jemputan, Ahli Jawatankuasa PIBG SK


Anchi, rakan-rakan guru, para ibu bapa yang hadir, seterusnya

Yang dikasihi dan yang diraikan, anak-anak peserta Khatam Al-


Quran serta semua warga dewan sekalian.
Selamat datang ke Majlis Khatam Al-Quran sesi 2022/2023
peringkat SK Anchi Miri.
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa
kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi
kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan
dalam  Majlis  Khatam  Al-Quran  ini. Mudah-mudahan hasrat
untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Qur’an dapat
direalisasikan melalui program-program sebegini.

Sebelum memulakan dengan lanjut majlis kita pada pagi yang


barakah ini, terlebih dahulu dijemput Ustaz Muhammad Hazrie
Bin Ibrahim untuk menyampaikan sedikit taklimat berkenaan
dengan pelaksaan majlis khatam al-quran kita sebentar lagi.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih di ucapkan atas taklimat sebentar tadi.

Hadirin  sekalian, 
Majlis seterusnya mempersilakan  Al-Fadhil Ustaz Muhammad
Rafiuddin Bin Wahid  bersama-sama Ustaz Muhammad Hazrie
Bin Ibrahim untuk  memimpin  Majlis  Khatam  Al-Quran  kita 
pada  hari  ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Subhanallah,
Sungguh merdu alunan lafaz Al-Quran yang dialunkan sebentar
tadi oleh murid Khatam Al-Quran sesi 2022/2023 dengan
pimpinan oleh Ustaz Muhammad Rafiuddin dan Ustaz Hazrie.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Dengan selesainya bacaan oleh seramai 42 orang peserta yang
dibimbing oleh 2 orang Ustaz sebentar tadi,
Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan sedikit tayangan
montaj khas yang telah disediakan.
Majlis mempersilakan.

Begitulah tadi persembahan tayangan montaj khas sempena


Majlis Khatam Al-Quran sesi 2022/2023.

Para hadirin sekalian,


Dengan selesainya tayangan montaj sebentar tadi, kita akan
beralih ke Majlis Penutupan Khatam Al-Quran Sesi 2022/2023
selepas ini. Mohon warga dewan untuk kekal berada di dalam
dewan. Terima kasih.

#########

‫ و بركاته‬ ‫ هللا‬ ‫ ورحمة‬ ‫ عليكم‬ ‫السالم‬.‫ الرحيم‬ ‫بسم هللا الرحمن‬.

Yang  berusaha,
Encik Sapri Bin Paee, Guru Besar  Sekolah  Kebangsaan  Anchi,
Yang  dihormati,
Encik Syahrun Bin Yahya, Wakil PPD Miri,
Yang dihormati,
Puan Siti Sara Binti Yusof, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang dihormati
Puan Sabah Binti Sahari, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
Yang Dihormati
Encik Mohd Nizam Bin Sarkawai, Penolong Kanan Pendidikan
Khas,

Yang dihormati, dif-dif jemputan, Ahli Jawatankuasa PIBG SK


Anchi, rakan-rakan guru, para ibu bapa yang hadir, seterusnya
Yang dikasihi dan yang diraikan, anak-anak peserta Khatam Al-
Quran serta semua warga dewan sekalian.

Sekali lagi ucapan selamat datang diucapkan dan terima kasih


atas kesudian tuan puan ke Penutupan Majlis  Khatam  Al-
Quran  bagi sesi 2022/2023 Peringkat SK Anchi.

Hadirin sekalin,

Zikir Munajat Pembersih jiwa


Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada  pagi  ini, marilah kita sama-
sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya....,

Untuk itu, majlis mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Muhammad


Hazrie Bin Ibrahim untuk memimpin bacaan doa.....dipersilakan.

#########

Amin..ya rabbal alamin


Majlis mengucapkan ribuan  terima kasih atas pimpinan bacaan
doa itu tadi..Semoga majlis kita mendapat keberkatan dan
lindungan Allah SWT.

Hadirin  sekalian, 
Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan
pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid dalam
bidang Tilawah Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah murid-
murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi.

Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi


mengeratkan ukhwah silaturrahim di antara ibu bapa dan guru-
guru di sekolah ini khususnya. Kesungguhan guru-guru dan
kecaknaan ibu bapa pastinya melahirkan anak-anak yang
cemerlang sepertimana diimpikan oleh setiap dari kita. Mudah-
mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan
akan membuahkan hasil dan diberkati Allah SWT jua.
Inshaallah.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha, Encik Sapri


Bin Paee, Guru Besar  Sekolah  Kebangsaan  Anchi,
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.....Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

#########

Majlis merakamkan ucapan  ribuan terima kasih  atas ucapan


alu-aluan sebentar tadi.
######### 
Alhamdulillah, dengan selesainya ucapan aluan sebentar tadi,
kita akan beralih pula ke acara yang seterusnya.

Tuan puan yang dihormati,


Acara  yang seterusnya  adalah  penyampaian  sijil  khatam  al-
Quran  bagi  murid-murid  Tahun  6  yang  telah  selesai 
Khatam  Al-Quran. Majlis  dengan ini  berbesar  hati 
mempersilakan 
Yang  berusaha  Encik Sapri Bin Paee, Guru Besar  Sekolah 
Kebangsaan  Anchi untuk  menyampaikan  sijil  tersebut.
Dengan  segala  hormatnya  dipersilakan.

Mendahului senarai, dijemput adik…

Dan akhir sekali, dijemput adik…

Begitulah tadi penyampaian sijil bagi murid-murid tahun 6 yang


selesai Khatam Al-Quran pada tahun ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Acara kita dilanjutkan lagi dengan sesi penyampaian
cenderamata kepada Guru dan Staf bagi Aktiviti Khatam Al-
Quran Staf 2023 yang juga brjaya diadakan pada bulan ini.
Sebagai  tanda hati penghargaan  daripada  pihak  majlis,
dijemput sekali lagi,  Yang  berusaha  Encik Sapri Bin Paee
sekali lagi untuk  menyampaikan   cenderamata kepada Guru
dan Staf yang terlibat.
Dipersilakan.

#########  

Majlis  merakamkan  ucapan  jutaan  terima  kasih  kepada 


Yang  berusaha  Tuan Guru Besar  atas  kesudian 
menyempurnakan  penyampaian  sijil dan cenderamata 
sebentar  tadi.
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
Majlis Penutupan Khatam Al-Quran sesi 2022/2023 kita pada
pagi ini akan diserikan lagi dengan acara persembahan. Untuk
itu, dipersilakan Adik Raffa Rayyan dari kelas 5 Cekal untuk
menyampaikan nyanyian yang bertajuk Yassir Lana.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik Raffa Rayyan atas


persembahan itu tadi.

Para Hadirin Sekalian,


Kita beralih ke agenda majlis yang seterusnya iaitu Upacara
Simbolik Khatam Al-Quran khas untuk murid-murid tahun 6.
Dengan ini, dijemput ibu bapa atau wakil yang hadir akan
menyuapkan pulut kuning kepada murid-murid tahun 6 yang
Khatam Al-Quran pada hari ini.
Majlis mempersilakan.

Mendahului senarai, ibu bapa atau wakil kepada adik…


Akhir sekali, dijemput ibu bapa atau wakil kepada adik…
Naik ke atas pentas untuk menutup upacara menyuap pulut
kuning kita pada pagi ini.

Begitulah tadi selesainya upacara Simbolik Khatam Al-Quran


Sesi 2022/2023 Peringkat SK Anchi.

Alhamdulillah, majlis  kita  sudah  sampai  di penghujungnya.


Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis 
Khatam al-Qur’an Sesi 2022/2023 Anjuran Panitia Agama Islam
SK Anchi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada hari ini
samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan
beroleh keberkatan daripada-Nya. Seterusnya, semoga kita
semua diberikan keizinan daripada-Nya untuk bertemu lagi pada
tahun hadapan, insya Allah.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih atas sokongan semua


ibu bapa dan wakil yang hadir serta ucapan tahniah kepada
semua murid yang berjaya Khatam Al-Quran para kali ini.

Dikesempatan ini, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai


ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini. Segala
yang baik datang daripada-Nya dan segala yang kurang
datangnya dari kelemahan kami Hamba-Nya.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan
membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah


wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi
AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah.

Anda mungkin juga menyukai