Anda di halaman 1dari 2

PERASMIAN BULAN IHYA’ RAMADHAN

BIL PERKARA CATATAN


1 Ucapan Aluan
Pengerusi Majlis Yang Berusaha
En.Sharil Bin Ali,
Pengetua SMK Bandar Easter
Yang Dihormati,
Pn. Rosliza Binti Ali,
Penolong Kanan pentadbiran
SMK Bandar Easter
Pn. Hartimah Binti Pandi,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Tn Hj Mohd Roslim Bin Ali,
Penolong Kanan Ko-kurikulum,
En Khairul Salleh Bin Haran,
PK Tingkatan 6
Barisan guru dan rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Tema diberi Barakahnya Ramadhan,


Bulan dituntut untuk berpuasa,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara

Assalamualaikum….
Dan salam sejahtera…

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!


Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan kehadrat Rabbul
Izzah, Tuhan Yang Maha Esa, kerana dalam kita meniti
Ramadhonul Kareem yang penuh keberkatan ini, dapat kita
dipertemukan dalam Program Pelancaran Bulan Ihya’
Ramadhan. Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan
ribuan kali ganda pahala ibadah yang tidak terdapat pada
bulan-bulan yang lain. Bulan ini juga bulan doa hambanya
diterima, bulan diterima keampunan dan taubat, bulan penuh
keredhaan Allah.

2 Ucapan Hadirin yang dirahmati Allah sekalian


penyelaras
program Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Pn Nurul Akma
Binti Zuhairi, Penyelaras Program Bulan Ihya Ramadhan
Untuk memberi taklimat tentang program sepanjang bulan
Ramadhan ini. Dengan segala hormatnya, dipersilakan
Terima kasih di atas taklimat itu tadi
3 Ucapan Buah langsat di tepi busut
pengetua ,Mari dimuat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan


Yang Berusaha, En Sharil Bin Ali, Tuan Pengetua SMK Bandar
Easter untuk menyampaikan ucapannya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih di atas uacapan itu td

5 Gimik dan Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


perasmian
Majlis diteruskan lagi dengan Gimik Pelancaran Bulan Ihya
Ramadhan dan seterusnya menjemput Tn Pengetua diiringi
barisan pentadbir untuk merasmikan PROGRAM BULAN
IHYA’RAMADHAN . Mari sama-sama kita saksikan.

Begitulah tadi selesainya gimik dan perasmian Bulan Ihya


Ramadhan

9 Penutup BUlan Ramadhan bakal menjelang,


Berpuasa sebulan di siang hari,
Diberi Allah umur panjang,
Kalu sudi datang lagi

Majlis kita sudah sampai dipenghujungnya, Sebelum majlis


berlabuh tirai, sebelum titik bertemu nokhtah, pihak majlis
mohon mengambil sedikit kesempatan waktu di penghujung
ini untuk menyata dan menyampaikan sejuta kalungan bunga
terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai
pada pagi nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan jayanya

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai