Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

KATA – KATA Yang Berusaha


ALUAN Pn. Noraini Binti Misbah,
Guru Besar SK Ladang Tereh

Ustazah ……………………………
Guru Besar SK Agama Ladang Tereh

Yang Dihormati
En. Ahmad Azaly Bin Hamzah
Penolong Kanan Pentadbiran

Pn. Kavitha A/P Doraisamy


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

En. Mohd. Syafiq Bin Alias


Penolong Kanan  Ko-Kurikulum,

Rakan-Rakan Guru SK Ladang Tereh, dan Guru-Guru SK


Agama Ladang Tereh,
serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Tema Diberi Barakahnya Ramadhan,


Bulan Dituntut Untuk Berpuasa,
Selamat Datang Kami Ucapkan,
Ucapan Bismillah Pembuka Acara

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


Dan Salam Sejahtera…

Kita Mulakan Majlis Kita Hari Ini Dengan Ummul Kitab- Al-
Fatihah

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!


Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ke hadrat Rabbul
Izzah, Tuhan Yang Maha Esa, kerana dalam kita meniti
Ramadhon Kareem yang penuh keberkatan ini, dapat kita
dipertemukan dalam Program Perdana Ihya’ Ramadhan
SK Ladang Tereh tahun 2018 Masihi bersamaan 1438
hijrah.
Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan ribuan kali
ganda pahala ibadah yang tidak terdapat pada bulan-bulan
yang lain. Bulan ini juga bulan doa hambanya diterima, bulan
diterima keampunan dan taubat, bulan penuh keredhaan
Allah.

BACAAN DOA Hadirin yang dirahmati Allah sekalian


Rasulullah s.a.w bersabda yang maknanya: “Diam orang
yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan
ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan” Hadis
riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan
al-Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa

Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan
segala hormatnya, menjemput Ustaz Mohd Syafiq Bin Alias
untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan ini mempersilakan


………………………………………………………………………………….
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Syafiq Bin
Alias
di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN GURU Hadirin yang dirahmati Allah sekalian


BESAR
Majlis diteruskan lagi dengan mempersila Yang Berusaha, 
Pn. Noraini Binti Misbah untuk menyampaikan ucapannya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


………………………………………………………………………………….
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Noraini Binti Misbah
di atas ucapan sebentar tadi.

Anda mungkin juga menyukai