Anda di halaman 1dari 3

PERASMIAN IHYA’ RAMADHAN DAN BULAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

BIL PERKARA CATATAN


1 Ucapan Aluan
Pengerusi Yang Berusaha
Majlis
En. Nadzeri bin Mat Nawang
Guru Besar SK (1) Batu 4 Jalan Ipoh,

Yang Dihormati,
En. Wen Beng Heng,
Penolong Kanan pentadbiran
SK (1) Batu 4 Jalan Ipoh

Yang dihormati,
Pn. Hafizah bt Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
SK (1) Batu 4 Jalan Ipoh

Yang dihormati
En. Abdullah Zuhri bin Ismail,
Penolong Kanan Ko-kurikulum,
SK (1) Batu 4 Jalan Ipoh,

Yang dihormati
Pn. Nor Rahayu binti Alias,
Penolong Kanan Pendidikan Khas,
SK (1) Batu 4 Jalan Ipoh,

Rakan-rakan guru,
dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Tema diberi Barakahnya Ramadhan,


Bulan dituntut untuk berpuasa,
Dengan bismillah kita mulakan,
Salam diberi kepada semua.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam


ukhuwah fillah, Salam Sentul sentiasa Unggul, Salam
Wilayah Ceria, Salam Malaysia Madani, Salam
perpaduan dan salam ABC…

Kita mulakan majlis kita ada hari ini dengan Ummul


Kitab- Al-Fatihah.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ke


hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa, kerana
dalam kita meniti Ramadhonul Kareem yang penuh
keberkatan ini, dapat kita dipertemukan dalam
Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan dan Bulan
Panitia Pend.Islam SK (1) Batu 4 Jalan Ipoh bagi
tahun 1445h/2024m.

Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan


ribuan kali ganda pahala ibadah yang tidak terdapat
pada bulan-bulan yang lain. Bulan ini juga bulan doa
hambanya diterima, bulan diterima keampunan dan
taubat, bulan penuh keredhaan Allah.
Allah telah berfirman.

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya aiyuhallazi naamanu kutiba’alaikumussiam

Kama kutiba’ alallazi naminkoblikum laallakum


tattakun
(surah al-baqarah ayat 183)
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas
kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-
orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,”
2 Bacaan Doa Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini,


majlis dengan segala hormatnya, menjemput Al-
Fadhil Ust Amran bin Yusof untuk memimpin bacaan
doa. Majlis dengan ini mempersilakan…

Terima Kasih diucapan kepadaUst. Amran bin


Yusof atas bacaan doa itu tadi.

3 Ucapan GB dan Hadirin yang dirahmati Allah sekalian GB stay on


Perasmian stage utk
perasmian
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang diiringi Pn.
Berusaha, En. Nadzeri bin Mat Nawang, Guru Besar Zu
SK (1) Batu 4 Jalan Ipoh untuk menyampaikan
ucapannya dan seterusnya merasmikan PROGRAM
IHYA’RAMADHAN SERTA BULAN PANITIA PEND.
ISLAM SK (1) BATU 4 JALAN IPOH BAGI SESI 1445H /
2024M.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Mohon Yang Berusaha Tn. Guru Besar untuk kekal


berada di atas pentas untuk acara seterusnya.
Dijemput semua pentadbir untuk naik ke pentas
untuk bersama Yang Berusaha En. Nadzeri bin Mat
Nawang bagi acara gimik perasmian dan pelancaran
tabung Ihya Ramadhan.

( Dipersilakan Pn. mengiringi Tuan Guru Besar


bagi menyempurnakan acara perasmian.)

Terima kasih diucapkan atas kesudian merasmikan


program Ihya Ramadhan serta Bulan Panitia
Pendidikan Islam tahun ini.
4 Taklimat Seterusnya, dijemput Ketua Panitia Pendidikan Islam

Anda mungkin juga menyukai