Anda di halaman 1dari 9

TEKS MAJLIS SAMBUTAN MAULIDULRASUL

SMK SURIA PERDANA BATU PAHAT

PENGUMUMAN KETIBAAN:

Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz FahrurRazi bin Salleh, dan
para tetamu, diiringi oleh Yang Berusaha, Pn. Zamilah binti Ekhwan, Pengetua SMK
Suria Perdana ke majlis.

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillahi rabbil a’lamin, wa solatu wassalamu a’la ashrofil anbiya’ I wal mursalin,

Wa.ala’ alihi wasohbihin ajma’in..

Rabbi shrohli, sadri wayarsirli amri..

Wahlul uktada mil lisani yaf kohul kouli..

Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara

Assalamualaikum pembuka bicara

Mohon izin majlis di mula.

Assalamualaikum wbt, dan salam sehati sejiwa..

Dimulakan lafaz, dengan nama Allah, Tuhan Ilahi


dimohonkan limpahan berkat, akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan, puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan, dengan kesyukuran yang amat tinggi..
ATURCARA TEKS
KATA ALUAN Yang Berusaha, Pn. Zamilah binti Ekhwan ,
Pengetua SMK Suria Perdana

Yang berbahagia Al fadhil Ustaz FahrurRazi bin Salih,


Pegawai Pentafsir Al – Quran,
Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat,

Yang dihormati,
Tuan Haji Shahri bin Othman
Yang dipertua, Persatuan Ibu Bapa, Guru dan Komuniti smk Suria Perdana

Yang Dihormati
En Mahbib Bin Pungut
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati
En. Boimin bin Abdul Kadir
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati
Tn Haji Jaafar Bin Sami
Guru Penolong Kanan kokurikulum

Yang dihormati tetamu-tetamu jemputan,Guru-guru dan hadirin hadirat sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama, memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi,


kerana dengan limpah kurniaNya, maka kita diberikan luangan waktu, dan
kesempatan, dianugerahkan kesihatan, didorong dan digerakkan
minda dan deria rasa, untuk sama-sama berkumpul, di dewan pagi ini, untuk sama
– sama mengimarahkan, majlis yang penuh barakah ini.

Al-fasollah, a’la zainil wujud, beribu selawat dipanjatkan, kepada penghulu segala
yang wujud. Semoga dengan berselawat, Allah S.W.T akan melimpahkan,
rahmatNYa kepada kita.

Saya bagi pihak majlis, amat berbesar hati, dan mengucapkan, selamat datang,
serta mengalu-alukan, kedatangan, para tetamu yang sudi, meluangkan masa
pada hari ini.
Ucapan Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Aluan
pengerusi Izinkan saya memetik, sedikit hadis Nabi S.A.W,
yang meriwayatkan, pada satu ketika,
Nabi S.A.W sedang berkhutbah, tiba tiba,
bangun seorang pemuda dari kaum Badwi, bertanya kepada baginda..
‘Ya Rasulullah, mata saah’ bilakah kiamat ya Rasulullah?..
Namun, baginda tidak terus menjawab pertanyaan pemuda itu,
tetapi bertanya kepada pemuda tersebut, baginda bersabda..
‘Apakah yang kamu telah persiapkan untuk menghadapinya?’
lalu pemuda tersebut menjawab
‘Amalan aku hanya biasa – biasa sahaja..
namun hati aku ini dipenuhi dengan cinta..
cinta kepada Allah dan Rasulnya..Ya Rasulullah’

setelah mendengar jawapan dari pemuda itu


baginda pun bersabda, ‘anta ma,a’ man ah-babta..
kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai…

Hadirin-hadirat yang dimuliakan sekalian,

Hadis ini membawa maksud..


jika hati kita ini, dipenuhi dengan rasa, cinta kepada Rasulullah
maka di akhirat kelak, insyaAllah..
kita akan ditempatkan, bersama – sama Rasulullah S.A.W.
Maka, inilah sebenarnya, tujuan kita berkumpul,
Pada hari ini dalam majlis yang indah ini..
adalah bertujuan.. untuk menyemarakkan,
rasa cinta kita kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.
dengan tema pada tahun ini ialah
Ukhwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah

BACAAN Hadirin-hadirat serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
DOA
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa di baca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati, Majlis bermakna, di pagi yang barakah ini,


kita mulakan dengan, munajat doa memohon restu, dari yang maha Esa.

Majlis mempersilakan,saudara Mohd Izzat Danial bin Azhari untuk memimpin


bacaan doa. Majlis mempersilakan.
Amin..Amin Ya rabbal alamin...Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
saudara Mohd Izzat Danial bin Azhari, atas pimpinan bacaan doa, sebentar tadi.

Semoga majlis yang berlangsung, diberkati oleh Yang Maha Agung,


dan berjalan dengan lancar.

Bacaan Hadirin hadirat yang saya muliakan,


Tilawah
Seterusnya adalah acara bacaan tilawah ayatul quran dari surah Luqman ayat 1
hingga 20 yang akan dipersembahkan oleh

Saudara Muhd Farhad bin Zainuri, dari 3 Utarid sebagai pembaca dan
Saudara Mohd Faeizan bin Hairul Effendy dari 4 Utarid sebagai penterjemah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan, ucapan terima kasih, atas bacaan ayat suci Al - Quran,
sebentar tadi.

Persembahan Hadirin hadirat yang saya muliakan,


Nasyid
Seterusnya adalah persembahan nasyid dari ________________________

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan, ucapan terima kasih, atas persembahan sebentar tadi.

Bacaan Hadirin-hadirat, muslimin - muslimat, yang dirahmati Allah sekalian,


Qasidah
Assalamu alaik.. zainal anbiya..
Assalamualaik.. ashqal asqiya’..
begitulah bunyi alunan qasidah, yang memuji junjungan mulia,
Nabi Muhammad S.A.W,
Allah S.W.T akan berselawat sebanyak 10 kali, kepada hambanya..
yang berselawat keatas Rasulullah S.A.W sebanyak 1 kali.

Majlis diserikan lagi, dengan persembahan Qasidah daripada kumpulan Gabungan


Imam – imam Remaja SMK Suria Perdana.
Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ucapan terima kasih.


Ucapan Hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian,
Pengetua
Seterusnya, majlis dengan sukacitanya, menjemput Yang Berusaha ,
Pn. Zamilah bt Ekhwan, Pengetua SMK Suria Perdana
untuk memberikan sepatah dua kata .

Dengan segala hormatnya dipersilakan..

Majlis merakamkan ucapan, ribuan terima kasih kepada, Yang Berusaha ,


Pn Zamilah bt Ekhwan atas ucapan sebentar tadi.

Ceramah Berkat rimbunnya si pohon jati


Tempat burung hinggap bertemu
Kita contohi akhlak nabi
Hiasi peribadi dengan ilmu

Hadirin-hadirat, serta muslimin – muslimat, yang dirahmati Allah sekalian,


Majlis diteruskan lagi, dengan taman - taman syurga, atau lebih dikenali dengan
majlis ilmu.
Ceramah dan pengisian ilmu, pada pagi ini, akan disampaikan oleh,
Yang berbahagia, Al fadhil Ustaz FahrurRazi bin Salih,
Pegawai Pentafsir Al – Quran,
Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat,

Sebelum pengisian ilmu dimulakan, izinkan saya, menyatakan, serba


sedikit ,tentang latar belakang beliau. Yg. Berbahagia Al fadhil Ustaz FahrurRazi
bin Salih,
berasal dari _________________________________________
Merupakan pendidik/_____________ yang Berjaya dan disegani. Beliau
memperoleh (pend.)
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

Yg. Berbahagia Al Fadhil Ustaz FahrurRazi bin Salih,


memiliki pengalaman berkhidmat sebagai
_________________________________________________________________
_
Kecintaan beliau dalam bidang ________________________, tidak pernah pudar,
jesteru hingga hari ini, masih menabur bakti sebagai, _______________________
_________________________________________________________________
_

Oleh itu, marilah kita sama-sama, meminjamkan sebentar mata,


telinga dan hati kita, agar ilmu yang bakal di sampaikan, dapat kita hayati dan
manfaat bersama.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan


Yang Berbahagia, Al fadhil Ustaz FahrurRazi bin Salih,

untuk menyampaikan ceramah. Majlis mempersilakan..

Ulasan (optional)

Majlis merakamkan, ucapan terima kasih kepada, Yang Berbahagia Al fadhil Ustaz
FahrurRazi bin Salih, atas ceramah yang telah disampaikan tadi.

NUN DI SANA INDAHNYA KOTA


KOTA BERSIH DIJAGA SENTIASA
INDAH SUNGGUH BICARA KATA
JADI IKTIBAR PADA SEMUA

Demikian tadi,pengisian ilmu, yang telus, lagi kudus, penuh dengan pengajaran,
jua teladan.

Semoga apa yang telah di sampaikan sebentar tadi, dapat menambahkan ilmu ,
dan kita dapat mengambil ibrah, atau pengajaran, dan diamalkan, dalam
kehidupan kita.. insyaAllah

Penyampaian Hadirin hadirat sekalian,


cenderamata
Di kesempatan ini, Pihak majlis amat berbesar hati, untuk memberikan
cenderamata, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, kepada Tuan
Penceramah, yang telah sudi menjayakan, majlis sambutan maulidur rasul SMK
Suria Perdana tahun 1, 437 H ini.
Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hjh. Noriha bt
Ahem, Pengetua SMK Suria Perdana, diiringi oleh.. Yg. Dihormati, EN. Mahbib bin
Pungut, Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyempurnakan
penyampaian cenderamata.

Majlis mempersilakan,

Sebagai penghargaan dan tanda terima kasih, majlis mempersilakan Yg.


Berbahagia, Al fadhil Ustaz ___________________________________________,
_________________________________________________________________
untuk menerima cenderamata.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih, atas kesudian Puan
pengetua,menyempurnakan acara sebentar tadi.

Bacaan Hadirin-hadirat, muslimin - muslimat, yang dirahmati Allah sekalian,


Qasidah
Assalamu alaik.. zainal anbiya..
Assalamualaik.. ashqal asqiya’..
begitulah bunyi alunan qasidah, yang memuji junjungan mulia,
Nabi Muhammad S.A.W,
Allah S.W.T akan berselawat sebanyak 10 kali, kepada hambanya..
yang berselawat keatas Rasulullah S.A.W sebanyak 1 kali.

Majlis diserikan lagi, dengan persembahan Qasidah daripada kumpulan Gabungan


Imam – imam Remaja SMK Suria Perdana.
Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ucapan terima kasih.

Tayangan Hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian,


Multimedia
Seterusnya, hadirin sekalian akan disajikan dengan persembahan tayangan
multimedia tentang ________________________________________________

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan multimedia itu tadi.

Kuiz Hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian,

Seterusnya ialah acara yang ditunggu - tunggu, iaitu kuiz sempena majlis
sambutan maulidulrasul, SMK Suria Perdana bagi tahun 2016.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati


Al Fadhil Ustaz Mohd Fikri bin Zool untuk mengendalikan acara dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Ustaz atas
kesudian menyempurnakan acara.

Dippersilakan ustaz.

Seterusnya ialah acara penyampaian sijil dan cenderamata kepada pelajar –


pelajar yang banyak membantu menjayakan dan melancarakan Program MAKDIS
pada tahun ini.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang


_________________________________________________________________
_
SMK Suria Perdana diiringi oleh ____________________________________
______________________________________________________________ bagi
menyempurnakan acara. Majlis mempersilakan.

Baiklah dipersilakan penerima pertama,


Hadirin-hadirat, muslimin – muslimat,yang dirahmati Allah sekalian,

Limau purut berbuah sarat


Dipetik datuk di simpan di para
Makanan terhidang tanda isyarat
Isyarat untuk menjamu selera

Baiklah, sebelum kita ke acara jamuan,


ingin saya memetik satu ayat dari Al Quran surah At TAubah.. ayat 128 yang
bermaksud..
Sesungguhnya, telah datang kepada kamu seorang Rasul, dari golongan kamu
sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w)… yang menjadi sangat berat kepadanya …
sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu,.....
yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu
dan dia pula menumpahkan perasaan belas..
serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman…

Semoga kita dapat memupuk, rasa cinta terhadap Rasulullah S.A.W..


dan dengannya, kita akan mendapat syafaat, di akhirat kelak.. insyaAllah

Pergi ke dusun memetik kelapa


Buah delima dan buah barli
JAri di susun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Saya mewakili jawatankuasa Majlis Sambutan MAulidul Rasul,


ingin memohon maaf, andai ada cacat cela dan kekurangan,
sepanjang majlis ini berlangsung.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih


kepada semua yang terlibat, secara langsung atau tidak langsung,
dalam memastikan majlis ini berjalan lancar.
_______________________.
JAMUAN
Hadirin warga dewan yang dirahmati sekAlian

Baiklah, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan, Yang Berusaha, Pn.


Zamilah bt Ekhwan, Pengetua SMK Suria Perdana, bersama – sama barisan
pentadbir, menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Al Fadhil ustaz Fahrurazi
bin Salih dan semua para tetamu untuk ke majlis jamuan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Pelajar – pelajar diminta supaya mengambil makanan dengan tertib dan sopan.
Dan semua hadirin dipersilakan untuk berkumpul di sini selepas aturcara jamuan
selesai.

BIODATA PENCERAMAH :

ASAL : __________________________________________

STATUS PERKAHWINAN (CAHAYA MATA) :

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

PENGALAMAN PENDIDIKAN:

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

PENGALAMAN PERKHIDMATAN :

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai