Anda di halaman 1dari 3

CUE & MASA PENGACARA

PERSEDIAAN Diminta hadirin mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan dimulakan sebentar
MAJLIS lagi.

Sidang hadirin yang dihormati,

BACAAN ASMAUL
Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya mengalunkan bacaan ASMAUL HUSNA,
HUSNA, SELAWAT
SELAWAT NURIL ANWAR DAN SELAWAT TAFRIJIYYAH dengan bimbingan daripada Ustazah
NURANIYYAH DAN
Fadzilah binti Ibrahim.
SELAWAT
TAFRIJIYYAH
…………………………………………………

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan ASMAUL HUSNA, SELAWAT NURIL ANWAR
DAN SELAWAT TAFRIJIYYAH itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

KATA-KATA ALUAN Bismillahhirohmanirrohim…..

Alhamduliahi robbi ‘aalamin. Wassolatu wassalaamu’alaa asyrafil anbiyai wal mursalin.


Wa’alaali wasohbihi ajmain. |

Robbi yassir wala tuassir ….Robbi tammim bilkhoir….

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Majlis mengalu-alukan ketibaan,

Yang Berbahagia,

Ustazah Sayyidah Afifah binti ………….,

Yang Berusaha,

Ustazah Fadzilah binti Ibrahim,


Barisan AJK Pengurusan Masjid Lama, Beras Terbakar, Padang Matsirat,

Dan seterusnya hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Assalammualaikum w.b.t.

Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua muslimat ke majlis ilmu pada hari ini.

Sabda Rasulullah sallahu alaihi wasallam : Maksudnya : “Apabila kamu melalui (bertemu)
dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk
menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga
tersebut? Rasulullah berkata: majlis-majlis ilmu merupakan taman-taman syurga.” (Hadis
riwayat at-Tirmizi).

Hadirin yang dikasihi Allah sekalian,

Alhamdulillah…Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat kita


berkumpul bersama-sama dalam majlis ilmu pada hari ini bagi mengupas “Kitab Maulid
Adh Dhiyaa Ul-Laami’ tentang Bulan Rejab, Bulan Mulia”.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian ,

Bagi memberkati lagi majlis ilmu pada hari ini, marilah kita menadah tangan mengaminkan
DOA bacaan doa yang akan diketuai oleh Saudari / ustazah Fadzilah binti Ibrahim….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Saudari/ustazah ........................................... di atas bacaan doa penuh syahdu itu tadi.

Hadirin sekalian,

CERAMAH Tak kenal maka tak cinta. Sebelum menjemput penceramah kita, moleklah kita berkenal-
MAULIDUR RASUL kenalan dahulu dengan wanita berjiwa besar ini.

10.30-11.30AM Pemilik nama Ustazah Sayyidah Afifah mendapat Pendidikan awal di Pondok pesantren Al-
Asriyyah Nurul iman, Bogor Indonesia. Kemudian beliau melanjutkan lagi pengajiannya di
Mahad tahfiz al iman(johor). Seterusnya, beliau meneruskan pengajiannya di peringkat
Diploma dalam bidang Pengajian Islam di Mah'ad pengajian tinggi Al-Zuhri, Singapura.
Setelah tamat Diploma beliau meneruskan lagi Ijazah beliau di Universiti Malaya. Selain itu,
beliau juga mendapat sijil Pengajian Bahasa Arab daripada WISE university (Jordan) dan
Dar Zahra, Tarim Yaman.

Kini Ustazah Sayyidah Afifah merupakan seorang Founder of Al-ummahat education


centre, Singapura, Founder of Majlis Qubbatul khadra ' dan Asatizah recognition scheme
Tier 1, Majlis ugama Islam Singapura.

Baiklah….Tanpa membuang masa lagi, dengan ini majlis menjemput Yang berbahagia
Ustazah Sayyidah Afifah bagi menyampaikan ceramah dan berkongsi ilmu dengan kita pada
hari ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
……………………………………………………………………..

Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh dengan pengajaran jua teladan.
Semoga apa yang telah disampaikan tadi, dapat menambah ilmu dan dijadikan amalan
dalam kehidupan kita seharian. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustazah
Sayyidah Afifah.

Hadirin yang dihormati,

1. Sebagai tanda penghargaan daripada pihak majlis, majlis menjemput wakil AJK
Masjid Lama, Beras Terbakar Pdg Matsirat diiringi oleh Ustazah Fadzilah binti
Ibrahim untuk menyampaikan cenderahati kepada yang berbahagia Ustazah
PENYAMPAIAN
Sayyidah Afifah.
CENDERAHATI

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK masjid Lama, Pdg Matsirat dan
ustazah Fadzilah binti Ibrahim atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Alhamdulillah, dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati itu tadi, maka


sempurnalah sudah majlis ilmu kita pada hari ini.

Bunga Seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersalah bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

**Majlis menjemput Ustazah Sayyidah Afifah diiringi oleh Ustazah Fadzilah binti Ibrahim
dan AJK Masjid untuk menikmati jamuan yang disediakan.
MAKAN DAN

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


BERSURAI

Sampan kolek dari Pahang,


Biduk lalu sampai muara,
Segala juadah sudah terhidang,
Tibalah masa menjamu selera.

Oleh itu, Pihak majlis menjemput dan mempersilakan semua tetamu/ muslimah untuk
mengambil makanan yang telah disediakan.

Sekian, wabillahhitaufik walhidayah, assalammualaikum wbt……

Anda mungkin juga menyukai