Anda di halaman 1dari 3

TEKS MC MAJLIS KHATAM AL-QURAN & MAJLIS BERBUKA

PUASA MAAHAD TAHFIZ AKADEMI ARRAUDHAH

TARIKH : 9 APRIL 2023


HARI : AHAD
MASA : 5.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN MARWA QUINARA RESORT

PERKARA BUTIRAN CATATAN

Ketibaan yang Assalamualaikum w.b.t


dirai
Dijemput semua guru mengambil tempat kerana majlis akan
bermula sebentar lagi

Perarakan masuk yang diraikan dengan diiringi VIP Taman


KTGR dan Barisan Pengurusan Akademi Arraudhah.

Hadirin dijemput duduk.

Ucapan alu- BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.


aluan AL-FAATIHAH.
Pengerusi
Majlis ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat Datang untuk semua

Yang Berusaha, Ustaz Muhammad Bukhari Bin Yahaya,


Pengarah Urusan Akademi Ar Raudah.

Yang Berusaha, Ustaz Mohamad Raziqin Bin Zakaria,


Timb Pengarah Akademi Ar Raudah.

Yang Berusaha, Ustaz Faqihuddin bin Mohammad,


Mudir Maahad Tahfiz Akademi Ar Raudhah.

Yang Dihormati, Staf-Staf Akademi Arraudhah, Guru-Guru


kelas membaca, Guru-Guru kafa, Guru-Guru Maahad Tahfiz
Akademi Ar Raudhah, dan pelajar-pelajar yang dirahmati Allah
sekalian.

Alhamdulillah seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa


kesyukuran ke hadrat ilahi, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana
limpah dan izinnya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis
Khatam Al-Quran Dan Majlis Berbuka Puasa di peringkat
Maahad Tahfiz Akademi Ar Raudhah Tahun 2023 .
Selamat datang kepada semua.

Bacaan Zikir Munajat Pembersih Jiwa


Doa Doa Dipohon Menjana Taqwa.

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna


ini, marilah kita sama-sama menadah tangan penuh kehambaan
kepadanya , untuk itu , Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan…………………………………………..untuk
memimpin bacaan doa...dipersilakan..

*** (Doa) ***

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada


………………………………………. atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dirahmati Allah

Ucapan Majlis diteruskan dengan menjemput


Tausiyah ………………………………………….untuk memberikan
tausiyah . Dipersilakan.

*** (TAUSIYAH)***

Demikianlah tadi TAUSIYAH yang telah disampaikan oleh


…………………………………………………..Majlis
merakamkan ucapan terima kasih.

Hadirin yang dirahmati ALLAH,

Seterusnya Majlis dengan segala hormatnya menjemput , Ustaz


Ucapan
Pengarah dan Muhammad Bukhari Bin Yahaya, Pengarah Urusan Akademi
perasmi majlis Ar Raudhah bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

***UCAPAN***

Terima kasih ustaz bukhari di atas ucapan sebentar itu tadi.


Penyampaian Acara diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan kepada
sumbangan Staff-Staff Akademi Ar Raudhah dan pelajar-pelajar Maahad
Tahfiz Akademi Ar Raudhah Dipersilakan ustaz bukhari untuk
menyampaikan sumbangan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada ustaz bukhari serta


Barisan Akademi Ar Raudhah di atas menyampaikan
sumbangan itu tadi.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan majlis tahlil, untuk itu


Majlis Tahlil
saya menjemput…………………………………………..untuk
pemimpin bacaan tahlil..dipersilakan..

Penutup Hadirin sekalian,

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Sebelum bersurai majlis merakamkan jutaan terima kasih


kepada semua yang sudi meluangkan masa bersama-sama
memeriahkan Majlis Khatam Al-Quran Dan Majlis Berbuka
Puasa di peringkat Maahad Tahfiz Akademi Ar Raudhah Tahun
2023.

Sekian .Wabillah hitaufik wal hidayah Wassalmualaikum Wa


rahmatullah hi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai