Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN IHYA’ RAMADHAN 1445 H/2024 M

SMK CONVENT IPOH

BIL ATUR CARA TEKS UCAPAN CATATAN


1 KATA ALU- ALUAN Tema diberi barakahnya Ramadhan,
PENGERUSI MAJLIS Bulan dituntut untuk berpuasa,
Ahlan wasahlan wa marhaban bikum kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka bicara

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan selamat


sejahtera.
2 YANG DIHORMATI
CIK HJH FATIMAH BT UMAR
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SMK CONVENT IPOH

PN NURULLINA AIN LEE BT ABDULLAH


PENOLONG KANAN HEM

PN ROSZATOL BT ISHAK
PENOLONG KANAN PETANG

GURU PENYELARAS TINGKATAN, KAUNSELOR, BARISAN


GURU SESI PETANG, DAN RAKAN-RAKAN YANG DIKASIHI
SEKALIAN

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ke hadrat Ilahi,


Tuhan Yang Maha Esa, kerana dalam kita meniti
Ramadhonul Kareem yang penuh keberkatan ini, dapat kita
dipertemukan dalam Program Pelancaran Ihya’ Ramadhan.
Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan ribuan kali
ganda pahala ibadah yang tidak terdapat pada bulan-bulan
yang lain. Bulan ini juga bulan doa hambanya diterima,
bulan diterima keampunan dan taubat, bulan penuh
keredhaan Allah.

3 BACAAN DOA Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon Rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan bacaan doa. Oleh


itu, majlis menjemput dan mempersilakan sahabat saya
saudari ………………………………………………. Untuk memimpin
bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

………………… SELESAI BACAAN DOA ……………………………

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar


tadi.

4 TAKLIMAT HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI,


PENYELARAS TANPA MEMBUANG MASA
PROGRAM
Majlis mempersilakan Penyelaras Program Ihya’ Ramadhan,
Ustazah Asma’ binti Abu Bakar untuk menyampaikan
taklimat ringkas berkaitan program yang akan berlangsung.

Dengan segala hormatnya dipersilakan…

………………. TAKLIMAT PENYELARAS PROGRAM ………………

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Asma’


binti Abu Bakar atas taklimat sebentar tadi.

5 UCAPAN PK PETANG SETERUSNYA,

Majlis diteruskan dengan ucapan Perasmian Program


Pelancaran Ihya’ Ramadhan oleh Penolong Kanan Petang,
Pn Roszatol bt Ishak.

Dengan segala hormatnya dipersilakan….

………………… UCAPAN PN ROSZATOL …………………………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Roszatol


atas ucapan perasmian beliau itu tadi

6 GIMIK PERASMIAN HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Kini tibalah masa untuk merasmikan Pelancaran Program


Ihya Ramadhan, dijemput Pn Roszatol diiringi Penyelaras
Program, Ustazah Asma’ binti Abu Bakar untuk merasmikan
pelancaran program hari ini.

Majlis mempersilakan…..

…………………… PERASMIAN PROGRAM ………………………….

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn


Roszatol dan Ustazah Asma’ diatas perasmian sebentar tadi.

8 TAYANGAN MONTAJ HADIRIN SEKALIAN,

Mohon pinjamkan mata dan telinga anda untuk menonton


tayangan montaj yang telah disediakan oleh……………………..
kepada kita semua.

……………………………... TAYANGAN MONTAJ ………………………


9 PERSEMBAHAN Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Nasyid yang
NASYID akan disampaikan oleh ……………………………………..
Mereka akan mempersembahkan nasyid yang berjudul
………………………………………………

Dipersilakan…

……………. NYANYIAN NASYID …………………………..

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan


sebentar tadi. Untuk pengetahuan para hadirin,
persembahan nasyid ini mendapat bimbingan daripada
……………………………..

10 PENUTUP Bunga Seroja Di Atas Para,


Jatuh Ditimpa Buah Berangan,
Andai Kata Tersilap Bicara,
Kemaafan Jua Kami Pohonkan.

Dengan berakhirnya persembahan nasyid itu tadi, maka


berakhirlah Majlis Perasmian Program Pelancaran Ihya’
Ramadhan sesi 2024. Semoga perjalanan kita semua dalam
meniti Bulan Barakah ini dipermudahkan oleh Allah dan
bersama-samalah kita mengejar segala kebaikan dalam
bulan mulia ini.

Sebentar lagi, pertandingan tulisan khat akan dijalankan.


Mohon Kerjasama semua untuk memberi komitmen dalam
pertandingan yang telah disediakan. Guru-guru juga
digalakkan untuk menyertai pertandingan.

Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum


warahmatullahi wabarokatuh.

11 PERTANDINGAN TULISAN KHAT

Anda mungkin juga menyukai