Anda di halaman 1dari 5

PERASMIAN IHYA’ RAMADHAN DAN BULAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Bil Perkara Catatan


Yang berusaha .......................................................

Yang Di Hormati .........................Guru Penolong Kanan


Pentadbiran.

........................ Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

................................... Guru Penolong Kanan Ko-


Kurikulum

Rakan-Rakan Guru Dan Murid-Murid Yang Dikasihi


Sekalian.

Ucapan Aluan Pengerusi


1 Majlis Tema diberi barakahnya ramadhan,
Bulan dituntut untuk berpuasa,
Selamat datang kami ucapkan,
ucapan bismillah pembuka acara

Assalamualaikum wbt.

Kita mulakan majlis kita ada hari ini dengan ummul kitab-
al-fatihah

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ke hadrat


rabbul izzah, tuhan yang maha esa, kerana dalam kita
meniti Ramadan kareem yang penuh keberkatan ini,
dapat kita dipertemukan dalam Program Perasmian
Ihya’ Ramadhan
Peringkat .........................bagi tahun 2024
masihi bersamaan 1445 hijrah.
Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan ribuan
kali ganda pahala ibadah yang tidak terdapat pada
bulan-bulan yang lain. Bulan ini juga bulan doa
hambanya diterima, bulan diterima keampunan dan
taubat, bulan penuh keredhaan allah.

Allah telah berfirman.

Bismillahirrahmanirrahim.

“wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan


atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan
atas orang-orang sebelum kamu agar kamu
bertakwa,” (surah al-baqarah ayat 183)

2 Bacaan doa Hadirin yang dirahmati allah sekalian,

Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis


dengan segala hormatnya, menjemput
saudara..................................untuk memimpin bacaan
doa.

Majlis dengan ini mempersilakan....

Amin ya rabbal ‘alamin. Terima kasih diucapkan kepada


Saudara...............................atas kesudian beliau
memimpin bacaan doa itu tadi.

3 Alunan Ayat Suci Al-Quran Seterusnya, bagi menyerikan lagi majlis kita, majlis
dengan ini menjemput saudari
.......................................untuk memperdengarkan bacaan
ayat-ayat suci al-quran.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
saudara/saudari saudari ...................................atas
kemerduan bacaan ayat suci al-quran sebentar tadi.
4 Perasmian dan Gimik Kalau tuan pikat kenari,
Pelancaran
Jangan patahkan batang jerami;

Kepada tuan sembah diberi,

Mohon rasmikan majlis kami.

Hadirin yang dirahmati allah sekalian

Majlis diteruskan lagi dengan


mempersilakan ........................................ untuk
menyampaikan ucapannya dan seterusnya
merasmikan Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

( dipersilakan...........................mengiringi tuan guru besar


bagi menyempurnakan acara perasmian.)

Terima kasih diucapkan kepada .............................................


atas
ucapan perasmian sebentar tadi.

Warga Dewan Sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan tayangan montaj aktiviti sepanjang


bulan ramadan yang telah disediakan oleh pihak Panitia Pendidikan
Islam dan Bahasa Arab………..

Terima kasih diucapkan atas tayangan montaj itu tadi.

Hadirin yang dimuliakan,

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu Pelancaran Tabung Ihya


Ramadan, penyerahan kumpulan tadarus al-Quran kepada wakil guru
dan penyerahan buletin Ramadan kepada wakil murid.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan ........................................................
untuk menyempurnakan acara.

Acara dimulakan pelancaran Tabung ihya Ramadan.


Dipersilakan ..................................

Acara Penyerahan Kumpulan Tadarus al-Quran kepada wakil guru,


dipersilakan ........................................

Acara Penyerahan Buletin Ramadan, dipersilakan


Saudari ..................................................

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang


berbahagia ....................................... atas penyampaian itu tadi.

Hadirin seklian

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan En.


Zamri bin Abu Bakar untuk menyampaikan cenderamata
kepada yang berbahagia.........................................
.dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


......................................................

Bunga seroja di atas para,

Jatuh ditimpa buah berangan

Andai kata tersilap bicara

kemaafan jua saya pohonkan.

hadirin sekalian,

Dengan ini selesailah sudah majlis kita pada pagi ini.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada hadirin sekalian yang telah menyeri dan menjayakan majlis
pada hari ini.

Sekalung penghargaan juga kepada ...................................................


serta mereka yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung
bagi menjayakan majlis ini.

Pihak majlis juga ingin memohon kemaafan kepada hadirin sekalian


atas keterlanjuran kata, terkasar bahasa, terguris rasa.

Sesungguhnya, gitar tidak akan bersuara tanpa jari, bulan tak akan
purnama tanpa matahari.

Segala yang baik datang dari alah swt dan segala yang kurang atau
kelemahan adalah dari saya insan biasa.

Sebelum mengundur diri, sambutlah salam manis untuk dan disudahi


dengan lafaz suci... Wabillah hitaufik walhidayah .....Assalamualaikum
wbt.

Anda mungkin juga menyukai