Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA


SRAJP 2018
_________________________________________

[ ALU-ALUAN ]

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

[ ALU-ALUAN ]
َ‫صحَا َب َه أَجْ َم َع ْين‬
ْ َ‫علَى آ َل َه َوأ‬
َ ‫س َي َدنَا ُم َح هم ٍد َو‬
َ ‫علَى‬
َ ‫سالَ ُم‬ ‫ َوال ه‬, َ‫ب ا ْلعَالَ َم ْين‬
‫صالَة َُوال ه‬ َ ‫ا َ ْلح َْم ُد َ ه‬
َ ‫ّلِل َر‬

Tn. Hj. Syaari Bin Rahudin ( Guru Besar SRAJP )


En. Aminuddin Bin A. Samad ( Guru Penolong Kanan HEM.)
En. Hairol Nizam Bin Selamat ( Guru Penolong Kanan KO Kurikulum .)
Pn. Norizan Binti Hasan ( GKMP Diniah )

Penyelaras Pusat Sumber Sekolah dan Ahli-ahli jawatankuasa kerja

Guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualikum wbrkt....

Selamat Pagi dan Salam 1 Malaysia

[ALU-ALUAN]

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah izin dan kurnianya
dapat kita hadir bersama-sama bagi mejayakan Majlis Pelancaran Kem Membaca 1
Malaysia 2018 pada pagi yang mulia ini.
Bulan mengambang cantik berseri,
Mari dilihat di dalam taman,
Kehadiran kalian amat hargai,
Terus terpahat zaman berzaman

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, Majlis mengalu-alukan kehadiran sidang


hadirin sekalian dan turut merakamkan ucapan terima kasih kerana sudi hadir
bersama-sama ke majlis yang penuh bermakna ini.

Untuk makluman semua warga Sekolah Rendah Arab JAIM Pernu sekalian,Kem
Membaca 1 malaysia ini adalah merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian
Pelajaran Malaysia yang diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).
Program ini adalah bertujuan membina tabiat membaca di kalangan murid sekolah
dan pembelajaran sepanjang hayat.

Program ini akan berlangsung selama 3 hari bermula 3 April sehingga 5 april 2018.
Sehubungan itu, Pada hari ini Perlancaran Program ini akan dijalankan secara
serentak di kesemua sekolah di Seluruh Negeri di Malaysia. Insyaallah...

[BACAAN DOA]

Tetak buluh panjang sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala
hormatnya, mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Azrul bin Moktar untuk memimpin
bacaan doa. Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.

(Bacaan doa)

Amin amin, Ya Rabb al-‘Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz
Azrul bin Moktar atas bacaan doa sebentar tadi
[BACAAN AL-QURAN]

Amalan membaca amalan mulia


Dapat manfaat tinggi faedahnya
Menjana Pemikiran 1 Malaysia
Itulah matlamat menjadi tema

Seterusnya marilah sama-sama kita mendengarkan bacaan ayat suci al-Quran dan
terjemahan surat al –Alaq ayat 1 hingga 5 yang akan dibaca oleh adik
................................................................... Dipersilakan...

[UCAPAN PERASMIAN]

Buah langsat di tepi busut,


Mari dimuat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Majlis dengan segala sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En


Syaari Bin Rahudin, Guru besar Sekolah Rendah Arab JAIM Pernu untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis kita pada hari ini .
Dengan penuh hormat dan takzimnya, dipersilakan.

(Ucapan Perasmian)

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia tuan Guru Besar atas ucapan dan
perasmian sebentar tadi.

[GIMIK PELANCARAN ]
Majlis sekali lagi menjemput tuan guru besar sekolah rendah arab jaim pernu, en.
Syaari bin rahuddin diiringi oleh en. Hairol nizam bin selamat guru penolong kanan
kokurikulum bagi menyempurnakan gimik pelancaran KM1M. Di persilakan.

Maka dengan ini rasmilah sudah Perlancaran Kem Membaca 1 Malaysia Srajp tahun
2018 ini. Majlis Merakamkan Penghargaan Terima Kasih Kepada Tuan Hj Syaari Bin
rahudin (Guru Besar SRAJP ) Di Atas Ucapan Perasmian Itu Tadi.

Acara Membaca 10 Minit.

Hadirin Sekalian, Aturcara Diteruskan Lagi Dengan program membaca buku selama
10 minit.

Bicara Buku

Majlis menjemput Tn. Guru Besar Sekolah Rendah Arab JAIM Pernu untuk
berkogsikan synopsis buku yang dibaca tadi. Sama – sama kita dengarkan...

[BERSURAI ]

Selesailah sudah Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia pada hari ini. Pihak
majlis sekali merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Guru
Besar, guru-guru serta kaki tangan dan semua yang menjayakan majis pada hari ini.
Jazzakallahu khairan kathira

[BERSURAI]

Sebelum bersurai, saya menyusun jari sepuluh memohon maaf seandainya ada
terkasar bahasa tersalah bicara semasa mengendalikan majlis ini, semoga berjumpa
lagi

Sekian

Anda mungkin juga menyukai