Anda di halaman 1dari 4

SKRIP RADIO SRAJP FM

MASA SIARAN: 10.40 PAGI DJ RADIO: Khayra , Basirah Basiron


RANCANGAN Punca HEBAHAN, ISYARAT DAN PENGUMUMAN
Lagu Laptop Isyarat Permulaan:Intro 1: LAGU LATAR RADIO
Hebahan Masa KONTI DJ KHAYRA: Waktu sekarang pukul 10.40 pagi
Inilah Radio SRAJP FM
Hebahan KONTI DJ KHAYRA : (Assalamualaikum) Selamat pagi,
Pembukaan Salam MALAYSIA MADANI, TEKAD
PERPADUAN PENUH HARAPAN, kepada para
pendengar sekalian. Siaran Sinar Pagi
Merdeka dekat dihati hari ini, anda semua
bertemankan saya DJ anda Khayra dan
Bashirah. Untuk panduan kita bersama, hari
ini ialah Hari Khamis, 17 ogos 2023. Apa
khabar semua pendengar hari ini?
Diharapkan semuanya sihat hendaknya.
KONTI DJ BASHIRAH : Pada pagi yang indah ini, kita
akan mengenang kisah dan warisan agung
Khulafa Ar-Rasyidin iaitu empat khalifah pertama
dalam sejarah islam. Mereka ialah Abu Bakar As-
Siddiq, Umar bin Al-Khattab, Uthman bin Affan
dan Ali bin Abi talib. Mereka juga merupakan
teladan yang memimpin umat islam dengan
keadilan dan kebijaksanaan.
KONTI DJ KHAYRA: Ya Betul Bashirah.
Penyebaran Islam ini diteruskan selepas
kewafatan Nabi Muhammad SAW. Pemerintahan
seterusnya dilakukan oleh para sahabat Nabi
Muhammad SAW yang dinamakan Khulafa’ Ar-
Rasyidin. Penyebaran Islam semasa zaman
Khulafa Ar-Rasyidin bukan sahaja berkembang di
Mekah dan Madinah, malahan telah sampai ke
utara semenanjung Tanah Arab meliputi Iraq,
Syam dan Mesir.
KONTI DJ Bashirah: Untuk pengetahuan pendengar
setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, Abu
Bakar As-Siddiq telah dipilih menjadi khalifah
pertama. Beliau terkenal dengan sifat ketabahan,
kejujuran, dan komitmen yang tinggi terhadap
islam.

Abu bakar As-Siddiq juga mengetuai peperangan


Al-Riddah yakni memerangi golongan murtad
( keluar daripada agama Islam ) kerana enggan
membayar zakat. Hasil daripada ini, para
pendengar sekalian.. tentera Islam telah menang
dan semakin ramai yang memeluk Islam.
DJ Khayra : Itulah kehebatan Abu Bakar As-
Siddiq yang tidak dapat kita nafikan.
DJ Bashirah : Sebelum kita mengenali Khalifah
yang ke dua, kita dengarkan dulu nyanyian
daripada faizal tahir “ Malaysia”
KONTI DJ Khayra : Kita bersiaran kembali..terima kasih
kepada para pendengar yang masih lagi setia
bersama kami di SRAJP FM.

Baiklah, kita telusuri kisah Khalifah al-Rasyiddin


yang kedua iaitu Umar bin al-Khattab. Sudah
tentu para pendengar tidak asing lagi mendengar
nama Umar al- Khattab seorang pemimpin yang
sangat adil dan digeruni oleh musuh-musuh
Islam.
KONTI DJ Bashirah : Semasa pentadbiran Beliau,
golongan pedagang telah dihantar untuk
membuka wilayah baharu diutara semenanjung
Tanah Arab seperti Iraq, Syam ( Syria ) dan Mesir.
Wilayah Islam yang luas ketika itu telah
dibahagikan kepada beberapa bahagian bagi
memudahkan pentadbiran.
KONTI DJ Khayra: Manakala, Khalifah Ar-Rashidin yang
ketiga ialah Uthman bin Affan. Baginda mentadbir
wilayah islam yang luas merangkumi kerajaan
Parsi dan beberapa bahagian kerajaan Byzantium
di Laut Mediterranean. Beliau juga melantik
Gabenor bagi mengetuai pentadbiran di wilayah
islam yang semakin meluas.
KONTI DJ Bashirah : ok... bashirah, selain itu, Uthman
bin Affan juga terkenal dengan sifat yang
pemurah dan serta usahanya dalam
pengumpulan dan penulisan mushaf al-Quran.
DJ Khayra : Khalifah Ar-Rasyidin yang keempat
ialah Ali bin Abi Talib. Beliau merupakan
menantu dan sepupu Nabi Muhammad SAW.
Beliau merupakan seorang pemikir yang
cemerlang dan pejuang yang gagah dan berani.
Walaupun beliau menghadapi cabaran politik
yang rumit, beliau berusaha mempertahankan
keadilan dan memperjuangkan nilai-nilai islam.

Pada zaman pemerintahan baginda, agama Islam


semakin mantap dan wilayah-wilayah islam
bertambah luas dan makmur.

KONTI DJ Bashirah : Jadi apa yang kita boleh simpulkan


Khayra

DJ Khayra : Kesimpulannya, Khulafa Ar- Rasyidin


memberikan teladan kepimpinan yang luar biasa
bagi generasi hari ini. Mereka membuktikan
bahawa kepimpinan Islam berasaskan keadilan,
dan kesederhanaan kepada umat. Nilai-nilai
murni yang digarap pada zaman pemerintahan
Khulafa ar-rasyidin dari aspek keadilan, integriti,
dan kebijaksanaan perlu dihayati oleh segenap
lapisan masyarakat.
Hebahan KONTI DJ BASHIRAH :
Penutupan Begitulah....... serba sedikit informasi berkaitan
dengan sejarah Penyebaran Islam pada Zaman
Khulafa Al-Rasyidin.
Inilah Radio Srajp Fm. Sekian sahaja siaran kita
untuk Sinar Pagi merdeka dekat dihati kali ini.
Siaran SRAJP FM akan dapat diikuti lagi pada
pukul 10.40 minit pagi minggu hadapan.

Sehingga itu di sini saya Bashirah dan Khayra


DJ yang bertugas mengucapkan selamat
menyambut bulan kemerdekaan.

# Tekad perpaduan Penuh harapan


Assalamualaikum dan jumpa lagi.
Lagu penutup radio.. Sehati Sejiwa.

Soalan kuiz :

1. Apa kesan penting yang ditinggalkan oleh Khulafa ar-Rasyidin terhadap


perkembangan ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam?
2. 2 Senaraikan dua orang khalifah yang menerajui kerajaan Khulafak Al
rasyidin
3. Mengapakah Abu Bakar diberikan gelaran As-Siddiq?
4. Nyatakan 2 nilai-nilai murni yang ada pada zaman pemerintahan khulafa
ar-rasyidin?
5. Namakan pemerintah Khulafa Ar-rasyidin yang memulakan proses
pengumpulan dan penulisan Mushaf al-Quran?

Anda mungkin juga menyukai