Anda di halaman 1dari 1

H T T P : / / M U Z A K K I R . L A T E S T - I N F O .

C O M

Istimewa Ramadhan
K E L U A R A N K E E M P A T J U R N A L M U Z A K K I R

TAHUKAH ANDA?
BULAN PUASA DIKENALI SEBAGAI RAMADHAN' (YANG BERMAKSUD: 'PANAS') KERANA BULAN INI ADALAH BULAN MENGHANGUSKAN DOSA. [ IBN QUDDAMAH, MUGHNI, #4/116 ]

Sunat VS. Wajib


Jawapan: Barangsiapa meninggalkan solat, maka dia telah menjadi kafir. [ Hadith SAHIH Riwayat: Ahmad, At-Tirmidzi AlHakim dan Adz-Dzahabi ] Soalan: Saya berpuasa Ramadhan, tetapi tidak menunaikan solat fardhu 5 waktu. Namun, saya mengikuti solat tarawikh pada malam harinya. Puasa di bulan Ramadhan DAN Solat Fardhu 5 Waktu adalah WAJIB, manakala Solat tarawikh adalah SUNAT. 2. Perkara wajib adalah lebih utama dari perkara sunat. Jika anda hanya fokus pada perkara wajib sahajapun, anda akan dijamin masuk syurga. [ Rujuk: Hadith Riwayat alBukhari #1891 dan Muslim #110 ]

TAHUKAH ANDA?
HADITH YANG BERBUNYI: TIDUR BAGI ORANG BERPUASA ITU DIKIRA IBADAH ADALAH HADITH PALSU. [ HIMPUNAN HADIS DHAIF DAN MAUDHU' (JLD 1) - DR. ABDUL GHANI AZMIM.S. 478 ] *BULAN PUASA ADALAH BULAN UNTUK MELIPATGANDAKAN AMALAN BAIK, BUKANNYA BULAN UNTUK TIDUR.

Apakah diterima ibadah puasa saya itu?

1. Orang yang meninggalkan solat hukumnya adalah kafir. Orang kafir tidak diterima amalnya.

Tadarus Cara Rasulullah


Membaca al-Quran adalah lebih utama dari amalan sunat yang lain seperti menelaah kitab, membaca hadith, dll. Ia adalah amalan yang paling diambil berat oleh Nabi ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail. [ Rujuk: Hadith Riwayat al-Bukhari ]

Tilawah: Membaca & mendengar al-Quran. Tadarus: Mempelajari isi dan kandungan al-Quran.
Dari Ibnu Masud, Rasulullah bersabda: Apabila seseorang dari kami mempelajari 10 ayat

al-Quran, kami tidak menambahnya sehingga kami memahami dan mengamalkannya. [ Hadith SAHIH Riwayat: At-Thabari #I/80. Dinilai: Sheikh Ahmad Muhammad Syakir ]
*Oleh yang demikian, lebih elok untuk kita menumpukan perhatian dengan membaca AlQuran dengan lebih baik sama ada dari sebutan huruf, tajwid dan kefahaman ayat. Membaca al-Quran dengan terlalu laju semata-mata kerana ingin menghabiskan 30 juzuk (khatam) adalah tidak bertepatan dengan sunnah Rasulullah.

Anda mungkin juga menyukai