Anda di halaman 1dari 2

Bismillah......................................Alhamdulilahhirabbilalamin.. Wasssala tuwassalamu alaasyarafil ambia iwal mursalin.

Waala alihi
wasahbihiajmain...

1. Yang berusaha en. Azhar b. Ahmad guru besar sk ewa.
a. Penolong kanan kurikulum Puan Maznah Bt. Othman
b. Penolong kanan hem en. Hazlan b. ahmad
c. Penolong kanan kokurikulum en. Rodziman b. Osman
Seterusnya yg dihomati para guru dan ibu bapa yg hadir petang ini.
Serta murid-murid yg dikasihi sekalian.


Assalamualaikum................
Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat AllahS.W.T kerana dengan izin dan limpah
hidayahnya jua, dapatkita sama-sama berhimpun di Dewan sk ewa pada petang yang barakah ini di
dalam bulan yg penuh keberkatan ini bagi menjayakan majlis berbuka puasa dan khatam Al-Quran
2014. Seterusnya solat terawih.
Hadirin kadirat yang dimuliakan, bersempena bulan ramadhan yg penuh barakah, di mana bulan yg
diturunkan Al-Quran pihak sekolah telah mengambil kesempatan untuk melaksanakan majlis berbuka
puasa dan khatam Al-Quran. Ini juga merupakan satu agenda pihak sekolah bagi mengeratkan
ukhwah diantara para guru dengan ibu bapa. Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi
menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai satu budaya.
Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil dan
diberkati Allah jua. In Sha Allah.
1. Bacaan Doa
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian..Pembuka tirai majlis pada pagi ini, dipersilakan Al-Fadhl Ustz
........................................................................... bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan..

- DOA

Amin amin yarabbal alamin..Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhl Ustz
........................................................................... atas bacaan doa itu tadi...
2. Ucapan a Guru Besar
Aturcara majlis pada pagi ini, dimulai dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar SK Ewa , En.
Azhar bin Ahmad. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
- UCAPAN -

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Azhar bin Ahmad atas ucapan
beliau sebentar tadi.



4. Majlis Khatam Al-Quran


Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah pada tahun ini dimulakan. Untuk
itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Ustz
....................................................................................................bagi memimpin Majlis Khatam Al-Quran.
Dengansegala hormatnya dipersilakan...


-MAJLIS KHATAM BERMULA


Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran

Penutup
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.Dengan berakhirnya majlis solat terawih maka Majlis
Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2014 menutup tirai. Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaandan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan majlis ini.Terima kasih juga atas sokongan semua ibu bapa yanghadir ke majlis ini
pada kali ini.



Akhir adalah datangnya dari Allah jua dan segala kekurangan adalah dari kelemahan kami jua. Diizinkan
Allah bertemu lagi di tahun hadapan.Saya sudahi majlis dengan lafaz yangmulia...Wabillah....Majlis
bersurai

Anda mungkin juga menyukai