Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

PERKARA TINDAKAN
PENGUMUMAN Mohon kerjasama daripada semua hadirin untuk
mematikan atau meletakkan mikrofon anda dalam
  pengaturcaraan senyap.

Kerjasama daripada semua hadirin amatlah dihargai.


Terima kasih.

KATA ALUAN Mencari timba si anak dara,


PENGERUSI Di bawah sarang burung tempua,
MAJLIS Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua.
Yang Berbahagia ,
En Fazli Bin Middi
Nurul Liyana syafiqah Bt Zulkifli

Yang berusaha ,
Saudara Abdul Haiyee Sani Bin Hasan selaku pengarah
Program kita pada malam ini iaitu FORUM : YOUTH IS
INSPIRATION FOR FUTURE )

Seterusnya, barisan Jawatankuasa pelaksana Program,


hadirin hadirat mahasiswa / mahasiswi universiti
Pendidikan Sultan Idris yang dikasihi sekalian

Selamat datang diucapkan ke Program “FORUM : YOUTH


IS INSPIRATION FOR FUTURE ”

BACAAN DOA Kalau pergi Kampung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Hadirin sekalian,
Bagi memohon rahmat dan juga keberkatan kepada
Tuhan yang Maha Esa, marilah kita bersama-sama
menadah tangan memohon doa kehadrat Ilahi semoga
majlis ini sentiasa berada di dalam keredhaan-Nya.
Majlis dengan ini menjemput saudara Abdul Haiyee
untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

(DOA)

Amin amin Ya Rabbal ‘Alamin.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada saudara Abdul
Haiyee atas bacaan doa sebentar tadi.

Serahan majlis Bagi meneruskan program kita pada malam ini, tanpa
kepada membuang masa saya serahkan program ini kepada
moderator moderator kita yang cantik molek iaitu Saudari Wardah
Masita yang juga merupakan pelajar Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Dengan ini majlis mempersilakan.

(PENUTUP) Terima kasih kepada panel-panel kita dan juga


moderator yang cukup hebat pada malam ini.

Baiklah, program kita pada malam ini sudah tiba ke


penghujungnya. Jadi, sebelum berakhirnya Majlis ini, kita
akan mengadakan sesi bergambar. Oleh itu diminta
untuk semua hadirin dan hadirat untuk bersedia dengan
kamera dibuka.
Terima kasih buat hadirin dan hadirat sekalian.

Dengan berakhirnya sesi bergambar sebentar tadi, maka


berakhirlah program kita pada malam ini. Saya selaku
wakil ahli jawatankuasa program memohon maaf di atas
sebarang kelemahan sepanjang program ini  berlangsung
dan kami mengucakan ribuan terima kasih kepada
semua yang menonton kami di FORUM malam ini.
Semoga kita semua dapat berjumpa lagi di hari dan
waktu yang lain. Oleh itu. kiita sudahi majlis kita pada
malam ini dengan, Tasbih kafarah dan surah wal as, 

Amin Amin AMIN YA RABBAL

Oleh itu, Saya akhiri dengan, Sekian wabillahhi taufiq


walhidayah, Wassalamualaikum wbt.

Semua peserta boleh bersurai.

Anda mungkin juga menyukai