Anda di halaman 1dari 3

101 

Perkara Yang Anda Harus Tahu Untuk Menjadi


Pengacara & Hos TV
Versatil

Pengacara diibaratkan sebagai ‘nadi’ sesebuah majlis atau rancangan. Tanpa pengacara, sesebuah majlis atau
rancangan menjadi hambar. Hal ini kerana fungsi utama seorang pengacara adalah untuk menghidupkan sesuatu majlis
atau rancangan dan mengawal agar majlis atau rancangan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
 
Memang bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi seorang pengacara baik pengacara majlis atau pengacara
rancangan yang baik tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil. Jika anda tahu cara-cara dan tekniknya, anda mungkin
akan mengatakan bahawa menjadi seorang pengacara merupakan pekerjaan yang senang.
 
Buku ini menghidangkan soalan-soalan yang mungkin menjadi tanda tanya dan diharapkan jawapan yang disediakan
mampu memberikan keyakinan diri kepada sesiapa sahaja yang ingin mencuba untuk menjadi seorang pengacara yang
serba boleh.

 
Kandungan
Pendahuluan 

Personaliti dan Penampilan Seseorang Pengacara 


1.  Apakah ciri utama yang harus ada pada seseorang untuk menjadi pengacara?
2.  Adakah bentuk fizikal seseorang itu penting?
3.  Bagaimanakah pula dengan suara? 
4.  Bagaimanakah caranya untuk mengawal suara agar lebih menonjol?
5.  Perlukah anda bercakap dengan cepat untuk membuktikan kelancaran anda bercakap?
6.  Apakah teknik-teknik vokal yang perlu diketahui?
7.  Apakah pakaian yang sesuai?
8.  Bolehkah seseorang pengacara majlis memakai pakaian yang sama sepanjang majlis berlangsung?
9.  Bilakah masa yang sesuai untuk menukar pakaian?
10. Adakah perlu untuk memberitahu hadirin bahawa anda ingin menukar pakaian?
11. Perlukah seseorang pengacara majlis itu memilih warna yang terang supaya mudah dilihat oleh orang?
12. Adakah pengacara perlu berpakaian sedondon dengan subjek yang akan diraikan?
13. Bagaimanakah pula dengan gaya rambut?
14. Sekiranya warna rambut tidak sesuai, bagaimanakah caranya untuk mengurangkan tumpuan orang
     pada rambut anda?
15. Sekiranya seseorang pengacara majlis memakai tudung, adakah perlu untuk menggayakan tudung
     dengan cara yang berbeza?

Penerimaan Tawaran Menjadi Pengacara Majlis 


16. Bilakah majlis tersebut akan berlangsung?
17. Di manakah majlis tersebut akan diadakan?
18. Apakah tema majlis?
19. Apakah kod pakaian?
20. Siapakah tetamu kehormat?
21. Berapa lamakah majlis tersebut dijangka berlangsung?
22. Apakah bahasa pengantara yang akan digunakan?
23. Adakah skrip disediakan?
24. Bagaimanakah cara duduk majlis (seating arrangement)?
25. Berapa orangkah pengacara majlis yang akan disediakan?
26. Perlukah disediakan muzik latar?
27. Siapakah penaja majlis tersebut?
28. Apakah yang diperlukan daripada anda sebagai pengacara?
29. Adakah sebarang syarat dikenakan?
30. Berapakah bayaran yang ditawarkan?
31. Tema yang dicadangkan tidak bersesuaian dengan majlis. Adakah perlu anda memberikan cadangan
     atau buah fikiran anda kepada hos?
32. Bagaimanakah untuk mempengaruhi hos agar memilih anda menjadi pengacara majlis?
33. Sekiranya bayaran yang ditawarkan kurang sesuai, bagaimanakah caranya untuk anda berunding?

Persediaan Sebelum Bermulanya Tugas Sebagai Pengacara 


34. Apakah yang perlu anda lakukan setelah menerima tawaran sebagai pengacara majlis? 
35. Dalam majlis perkahwinan, jika anda diminta membuat ucapan tentang mempelai, apakah persediaan
     yang harus anda lakukan? 
36. Bilakah masa yang sesuai untuk seseorang pengacara majlis itu datang?
37. Apakah yang perlu anda lakukan sesudah tiba di tempat majlis?
38. Perlukah anda mengenalkan diri anda kepada orang lain yang ada di situ?
39. Adakah anda perlu mendapatkan senarai terbaru hadirin?
40. Di manakah tempat yang sesuai bagi anda duduk sebelum majlis bermula?
41. Apakah latihan yang perlu anda lakukan untuk melancarkan majlis atau rancangan?
42. Adakah anda perlu menyebut nama semua kenamaan yang hadir? 
43. Perlukah anda mengenali tetamu kehormat?
44. Apakah persediaan lain yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan lebih maklumat berkenaan majlis
     tersebut?
45. Perlukah anda menyediakan ‘timer’?
46. Adakah anda perlu mengetahui arah dan cara masuk tetamu kehormat terlebih dahulu?

Mengacarakan Majlis Atau Rancangan 


47. Bagaimanakah untuk memulakan sesuatu majlis formal?
48. Bagaimanakah pula untuk memulakan majlis separa formal dan tidak formal?
49. Di manakah tempat yang sesuai bagi anda berdiri?
50. Sekiranya majlis tersebut dirakamkan, perlukah anda memandang pada kamera?
51. Sekiranya majlis tersebut melibatkan penglibatan pihak lain, apakah yang perlu anda lakukan?
52. Perlukah anda mengenalkan hos majlis kepada semua hadirin?
53. Perlukah anda menerangkan kepada hadirin tujuan majlis tersebut diadakan?
54. Bagaimanakah anda mempersilakan tetamu kehormat untuk menyampaikan sepatah dua kata?
55. Apakah yang perlu anda katakan selepas tetamu kehormat dan tuan rumah selesai menyampaikan
     ucapan? 
56. Mengapakah anda tidak perlu mengulas kembali ucapan yang dibuat?
57. Apakah yang perlu anda lakukan semasa tetamu sedang berucap?
58. Bagaimanakah untuk mengawal majlis yang bising semasa tetamu sedang menyampaikan ucapan?
59. Bagaimanakah untuk memberitahu tetamu yang sedang menyampaikan ucapan bahawa masa telah
     tamat dan dia harus memberikan laluan kepada acara seterusnya?
60. Sekiranya teks ucapan terdapat kesilapan fakta, bagaimanakah cara anda membetulkannya?
61. Adakah anda perlu berkenalan dengan artis/pihak yang bakal membuat persembahan?
62. Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya terdapat kerosakan teknikal, seperti sistem bunyi dan
     sebagainya?
63. Adakah anda dibenarkan untuk ketawa sekiranya terdapat sesuatu yang lucu?
64. Bagaimanakah untuk anda meneruskan acara seterusnya?
65. Bagaimanakah untuk menambah variasi dalam gaya penyampaian agar tidak membosankan?
66. Sekiranya masa bagi setiap persembahan adalah terhad, bagaimanakah cara untuk anda mengawalnya agar
tidak terlalu panjang?
67. Jika anda mengacarakan majlis makan malam atau perkahwinan, apakah yang perlu anda lakukan
     semasa hadirin sedang menjamu selera?
68. Sekiranya majlis yang diacarakan mempunyai ramai hadirin yang terdiri daripada golongan kanak-
     kanak, bagaimanakah anda menguruskannya?
69. Perlukah anda membuat jenaka semasa mengacarakan majlis?
70. Apakah yang harus anda lakukan sekiranya terdapat pertukaran atur cara majlis?
71. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan respon daripada hadirin?
72. Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda memanggil salah seorang hadirin untuk naik ke pentas
     secara tidak rela?
73. Bagaimanakah pula caranya untuk mengendalikan hadirin yang tidak mahu turun dari pentas?
74. Bagaimanakah anda mengendalikan satu persembahan yang amat membosankan? 
75. Apakah yang perlu anda lakukan jika anda berasa marah atau seseorang menaikkan kemarahan anda
     dengan sengaja?
76. Apakah yang perlu anda lakukan jika penonton bersikap membaling objek ke arah anda atau penyanyi
     jemputan anda? 
77. Bagaimanakah cara yang efektif bagi anda mengendalikan acara yang melibatkan ramai hadirin dan
     banyak meja?
78. Bagaimanakah caranya untuk menguruskan tetamu VIP agar mereka tidak berasa tersisih?
79. Adakah wajar tetamu VIP diajak ke atas pentas semasa permainan?
80. Dalam majlis yang anda acarakan terdapat banyak pementasan yang banyak melibatkan prop yang
     mengambil masa untuk disediakan. Apakah yang perlu anda lakukan semasa proses penyediaan prop?
81. Semasa majlis sedang berlangsung, anda dihampiri oleh penyelia bangunan atau hotel untuk meminta
     anda membuat pengumuman bagi pihak mereka. Wajarkah anda menurut?
82. Terdapat satu persembahan daripada artis terkenal sebagai tetamu istimewa. Setelah selesai persembahan,
     para hadirin sebulat suara berteriak meminta sebuah lagi lagu untuk dinyanyikan (encore). Apakah
     tindakan anda?
83. Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya artis tersebut enggan untuk muncul semula?
84. Bagaimanakah pula untuk mengendalikan penyanyi yang tidak mahu berhenti menyanyi walaupun
     masanya telah tamat?
85. Apakah perkara yang tidak boleh disebut di atas pentas?
86. Perlukah anda meminta kebenaran daripada artis atau tetamu jemputan untuk bertanya soalan sebelum
     majlis bermula?
87. Setelah anda mempersilakan acara seterusnya, pihak terbabit tidak muncul di pentas. Apakah yang perlu
     anda lakukan?
88. Apakah perkara yang perlu diambil perhatian semasa anda bercakap di hadapan hadirin?
89. Terdapat sedikit masalah dalam atur cara dan anda perlu berbincang dengan hos. Bagaimanakah anda
     melakukannya?
90. Adakah anda perlu memperkenalkan pemuzik latar kepada hadirin?
91. Bolehkah anda bercakap semasa lagu sedang dimainkan?
92. Bagaimanakah untuk anda mempengaruhi hadirin supaya bersetuju dengan pendapat anda?
93. Sebagai seorang pengacara majlis, apakah yang boleh anda lakukan sekiranya makanan lewat
     dihidangkan?
94. Anda dimaklumkan bahawa makanan tidak mencukupi dan memerlukan masa untuk memasak semula.
     Apakah reaksi anda kepada hadirin supaya maruah hos tidak terjejas?
95. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan?
96. Dalam sesebuah majlis, pasti banyak sukarelawan yang telah bersusah payah membantu anda dan
     penganjur untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Bagaimanakah anda mengucapkan terima kasih
     kepada mereka?
97. Bagaimanakah caranya untuk anda menutup majlis?
98. Apakah kesalahan-kesalahan yang lazimnya dilakukan oleh pengacara majlis?
99. Bagaimanakah caranya untuk menjadi pengacara majlis yang baik? 
100. Apakah perkara yang dapat membantu anda untuk memastikan bahawa anda berjaya dalam tugas   
       anda sebagai pengacara majlis?
101. Apakah perkara yang pasti membuatkan anda gagal? 

Tip Sebagai Hos Rancangan TV 


102. Apakah kebaikan rancangan/siaran secara langsung?
103. Apakah keburukan rancangan/siaran secara langsung?
104. Bagaimanakah untuk mengekalkan suara anda agar sentiasa konsisten?
105. Bagaimanakah untuk mengendalikan rancangan yang mempunyai lebih daripada seorang hos?
106. Bagaimanakah untuk memilih topik-topik hangat untuk dihidangkan kepada penonton?
107. Bagaimanakah untuk mendapatkan reaksi daripada penonton dan menggalakkan penonton menelefon
       semasa rancangan anda disiarkan?
108. Bagaimanakah untuk menggalakkan penonton supaya menelefon tanpa menunjukkan bahawa anda
       terdesak?
109. Bagaimanakah untuk mengawal pemanggil supaya tidak bercakap meleret-leret?
110. Bagaimanakah melayan panggilan penonton yang sedang marah?
111. Bagaimanakah untuk memastikan penonton mengikuti rancangan anda seterusnya?

Penutup 

Panggilan Hormat

Anda mungkin juga menyukai