Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

PRORAM “ WHY STEM, WHY NOT STEM?”

1. Diumumkan ketibaan jemputan dari pihak YTL Construction dan barisan


Ketibaan Jemputan Pentadbir SMK Bandar Baru Sungai Buloh. Semua hadirin dipersilakan
dan Barisan berdiri.
Pentadbir
Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu
Negaraku dan Negeri Selangor dengan iringan muzik

**Semua hadirin dipersilakan duduk.

2. Menadah tangan tanda kerendahan,


Bacaan Doa Lafaz Bismillah emmperkuku tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
menaminkan bacaan doa yang akan diketua oleh
_____________________. Dipersilakan.

** Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakam ucapan terima kasih


atas bacaan doa sebentar tadi.

3. Yang Berusaha En Rashid bin Sarti, Pengetua SMK Bandar Baru Sungai
Pembukaan / Aluan Buloh,
Barisan pentadbir SMK Bandar Baru Sungai Buloh,
Jemputan YTL Construction,
Puan Natasha binti Zulkifli, Pengasas dan Pengarah Woman in Rail,
Encik Annafi bin Zulkifli bekas jurutera dan mentor Woman in Rail, DAN
Cik Nur Asiah Izaliza, Jutera Landasan MRT Corporation.

Assalamualaikum warahmatulalh hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Revolusi Industri 4.0 menjadi cabaran,


Pentingnya kita bersikap pro-aktif ,
Sains dan teknologi pemacu kemajuan,
Malaysia maju rakyat inovatif.

Hadirin sekalian,

Program WHY STEM WHY NOT STEM adalah kolaborasi antara Panitia
Sains SMK Bandar Baru Sungai Buloh Bersama-sama Woman In Rail, YTL
Construction dan YTL Learning Academy bersempena Hari Wanita dan
Gadis Dalam Sains Antarabangsa 2023.

Objektif program pada hari ini bertujuan untuk pengkongsian


pengetahuan mengenai karier dalam STEM dan kepentingan dalam bidang
STEM.

4. Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,


Jemputan para Tak berguna jika ada duyung tiada perahunya,
penceramah Tak berkat ilmu tanpa amalnya,
(Speaker) Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Untuk itu, Majlis dengan ini mempersilakan barisan perceramah Puan


Natasha binti Zulkifli, Encik Annafi bin Zulkifli dan Cik Nur Asiah Izaliza
untuk naik ke pentas.

Dipersilakan….

5. ---- Semua Penceramah duduk ----


Bacaan profil
penceramah Penceramah 1:
NATASHA ZULKIFLI, FOUNDER DIRECTOR WOMEN IN RAIL MALAYSIA
Graduan London School of Economics (LSE) bagi jurusan Undang-Undang
ini, mempunyai10 tahun pengalaman dalam bidang pengangkutan awam.
Keterlibatan Natasha di dalam sektor pengangkutan awam adalah tidak
pernah dirancang, namun pengalaman bekerja di bawah Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Prasarana Malaysia Berhad
membuatkan beliau bangga dan ingin membawa sistem rel Malaysia ke
peringkat antarabangsa.
Kini, Natasha merupakan Pengarah Pihak Berkepentingan & Komunikasi
Strategik di YTL Construction dan juga Pengarah Bebas TSH Resources
Berhad.
Pada tahun 2017, Natasha juga telah menubuhkan Women in Rail
Malaysia, sebuah organisasi bukan kerajaan bagi mengangkat keterlibatan
wanita di dalam bidang rel negara.

Penceramah 2:

ANNAFI ZULKIFLI, ALUMNI SMK BANDAR BARU SUNGAI BULOH


Annafi Zulkifli merupakan bekas pelajar tingkatan 1 hingga 3 SMK Bandar
Baru Sg Buloh dari tahun 1995 hingga 1997 sebelum melanjutkan
pelajaran di MRSM Taiping untuk tingkatan 4 dan 5 pada tahun-tahun
berikutnya. Beliau ialah lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
Mekanikal dari sebuah universiti di Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana
Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Malaya.
Beliau pernah memulakan kerjaya sebagai seorang jurutera di syarikat-
syarikat multinasional Malaysia seperti PETRONAS dan MALAKOFF,
sebelum meneruskan kerjayanya dalam bidang perundingan di sektor
swasta seperti Accenture Malaysia dan Price water house Coopers (PwC),
dan bidang pengurusan di sektor awam seperti Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara dan MyHSR
Corporation. Sepanjang karier beliau, antara projek-projek rel yang pernah
beliau terlibat secara langsung adalah projek MRT Lembah Klang dan
projek Keretapi Berkehalajuan Tinggi Kuala Lumpur – Singapura.
Beliau juga merupakan ahli dan mentor di Women in Rail Malaysia
Penceramah 3:
NUR ASIAH IZALIZA (IZA), JURUTERA LANDASAN, MRT CORP
Mesra dengan panggilan Iza, beliau adalah seorang wanita yang berasal
daripada Sabah, mempunyai 10 tahun pengalaman di dalam bidang
‘railway’ dan kini bekerja di MRT Corp sebagai seorang jurutera landasan.

Demikian sedikit sebanyak profil mengenai penceramah kita pada hari ini.

6. Kita teruskan program kita, saya mulakan dengan soalan kepada Puan
Soalan untuk Natasha.
speaker
1. Boleh Pn Natasha kongsikan sedikit apa itu Women in Rail Malaysia dan
mengapa Pn Natasha memutuskan untuk menubuhkannya?

----Jawapan----

Terima kasih puan Natasha. Sekarang saya dah tau maksud Women in Rail
Malaysia…

Sebagai guru kat SMK Bandar Baru Sungai Buloh ni, saya nk bertanya
kepada EN Annafi.

1. Sebagai alumni di sekolah ini, mungkin En Annafi boleh kongsikan


moment-moment ketika bersekolah di sini dan apa perkara yang tak dapat
En Annafi lupakan ketika bersekolah di sini?

----Jawapan----

Banyak kenangan semasa di sekolah ye En Annafi..

Saya nak tanya soalan kepada Cik Iza.

1. Boleh Cik Iza kongsikan latar belakang Cik Iza dan


Adakah kerjaya sebagai seorang jurutera merupakah cita-cita Cik Iza
sewaktu muda? Kalau bukan, mungkin Cik Iza boleh kongsikan bagaimana
Cik Iza boleh terlibat di dalam karier ini?

----Jawapan----

7. Hadirin sekalian,
Penyampaian
Cenderahati Sebagai tanda ucapan terima kasih di atas kesudian berkongsi ilmu pada
hari ini, Majlis ingin menyampaikan sedikit tanda penghargaan.

Untuk itu, Majlis mempersilakan Puan Normawati binti Mat Nor @ Mohd
Noor Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik untuk mengiringi
En Rashid bin Sarti Pengetua SMK Bandar Baru Sungai Buloh untuk
menyampaikan tanda penghargaan. Dipersilakan.
(Pengetua naik pentas)

Dijemput penceramah
Puan Puan Natasha binti Zulkifli
--terima cenderahati----

Encik Annafi bin Zulkifli


--terima cenderahati----

DAN

Cik Nur Asiah Izaliza,


--terima cenderahati----

Terima kasih diucapkan kepada En Rashid bin Sarti di atas kesudian


menyampaikan tanda penghargaan sebentar tadi.

8. Hadirin sekalian,
Penutup
Inilah yang dikatakan umpama belayar telah sampai di Pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara,
Umpama berjalan telah sampai di destinasi.

Kita telah pun berada di hujung majlis.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah
silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetic kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua Kembali.

Sekian sahaja, salam hormat, wa billahit Taufiq walHidayah


wassalmua’alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

9. Dijemput peceramah untuk bergambar Bersama-sama sebagai tanda


Sesi bergambar kenang-kenangan.

(sesi Bergambar)

Dijemput para jemputan dan barisan pertadbir untuk menikmati sedikit


hidangan yang telah disediakan.
Semua murid boleh mengambil makanan di meja yang disediakan di
_____________.

Anda mungkin juga menyukai