Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

PROGRAM LADAP 4

TARIKH : 11 Ogos 2018

HARI: SABTU

MASA: 8.00- 12.30 TGH

(1)

Assalamualaikum wbt dan Salam berwibawa

{Yang Berusaha, Tn Hj Azhari Bin Jaafar, Pengetua Smk Sungai Rambai}

{Yang dihormati, Pn Sharifah Hanizah Binti Syed Jaafar, Kaunselor SMK Puteri, Negeri Sembilan}

{En Abdul Karim Bin Shaari, Penolong Kanan Pentadbiran}

{ Pn Hjh Siti Saidah Binti Sarwadi , Penolong Kanan HEM}

{Pn Norhayati BintiAbdul Samad,Penolong Kokurikulum }

{Pn Hajah Halizah Binti Abdullah, Penolong Kanan Pendidikan Khas} ,barisan GKMP dan

Guru- guru yang dikasihi sekalian.

Mencari timba si anak dara,

Di bawah sarang burung tempua;

Salam sembah pembuka bicara,

Selamat datang untuk semua.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita diberikan
kelapangan waktu, digerakkan minda dan deria serta dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental
untuk sama- sama berkumpul bagi menjayakan program LADAP kali ke 4 bagi tahun 2018.

Kalau pergi Tanjung Keramat,

Anak manis jangan diangkat;

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya dijemput Ustaz Syafie Bin
Mohamad untuk bacaan doa.

DOA………………………………..

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Syafiee atas bacaan doa sebentar tadi.

Marilah kita mengikhlaskan kehadiran kita dalam majlis ilmu pada pagi ini demi kebaikan sekalian.
Tahniah kepada tuan puan yang sanggup berkorban untuk berada di sekolah pada hari Sabtu dan
berjaya menangguhkan segala keinginan yang muncul di dalam minda ketika ini.

Bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kedatangan para penceramah dan pemudah cara program
Ladap guru SMK Sg Rambai, buat kesekian kalinya ini. Terima kasih atas kesudian tuan untuk
menyampaikan ilmu kepada tenaga pengajar di sini di mana barangkali dapat dijadikan panduan dan
pembaharuan dalam kehidupan kami. In Syaa Allah.

Hadirin sekalian,

Tanpa melengahkan masa lagi, untuk Slot Ladap yang pertama dijemput Pn Sharifah Hanizah Binti
Syed Jaafar, Kaunselor SMK Puteri,Negeri Sembilan

Untuk menyampaikan ceramah beliau.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih.
Sungguh indah bunga kemboja,

Di bawah atap tepi halaman;

Juadah sudah letak di meja,

Sudilah santap tuan budiman.

Hadirin sekalian,

Majlis akan berhenti rehat sebentar selama 30 minit.

Tuan-tuan dan puan-puan diminta masuk semula ke dewan pada pukul 10.30 untuk meneruskan Slot
Ladap yang kedua.

REHAT

Slot 2-

Tanpa melengahkan masa lagi, untuk Slot Ladap yang kedua dijemput Tn Hj Mohd Yusof Bin
Hasbullah ,Wakil Pegawai Bank Islam untuk menyampaikan taklimat Bank Islam. Majlis
mempersilakan.

Slot 3

Seterusnya untuk Slot Ladap yang ketiga dijemput Pn Siti Hamidah untuk menyampaikan taklimat
Int Tree. Dipersilakan…

Slot 4

Untuk slot terakhir, dijemput Cik Siti Hajar Binti Siahadan wakil darpada BSN Takaful, Melaka untuk
menyampaikan taklimat ringkas yang bertajuk ‘ kepentingan Hibah’

Majlis mengucapkan terima kasih di atas penerangan tentang kepentingan hibah sebentar tadi.

Syabas cikgu-cikgu atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang slot Ladap kali ini.
Mudah-mudahan tuan puan beroleh manfaat yang melimpah ruah.

Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Majlis mengucapkan terima kasih kepada penceramah
jemputan, para pentadbir dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini.
Mohon izinkan saya sekali lagi mengakhiri majlis pada hari ini dengan serangkap pantun.
Guru cemerlang guru penyayang

Penuh sopan juga terbilang

Mari menjamah jamuan terhidang

Selesai makan jom kita pulang.

Sekian. Wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai