Anda di halaman 1dari 4

TEKS MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA

Bismillah….
Alhamdulillahirabbilalamin.Wassala tuwassalmu ala asyrafil ambia iwal mursalin.Waala alihi
wasahbihi ajmain.

Yang berusaha, En Zaidi Bin Jusoh , Pengetua Madrasah Moden Terengganu Besut,
Yang dihormati, En Imanuddin Bin Mat Resat, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang dihormati, En Danial Bin Abdullah, Penolong Kanan Hal EhwaL Pelajar,
Yang dihormati, En Ahmad Nasyriq bin Marzuki, Penolong Kanan Kokurikulum

Seterusnya barisan guru-guru, ibu bapa dan penjaga yang dikasihi ,hadirin dan hadirat dan
para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan
limpah hidayahnya jua pada petang 25 Ramadhan yang barakah ini kita dapat sama -sama
berkumpul bagi melangsungkan majlis khatam al quran dan dan majlis iftar jamaie
Madrasah Moden Terengganu Besut bagi tahun 2023.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis khatam Al Quran dan majlis iftar jamaie ini adalah antara program ihya Ramadhan
yang telah berlangsung sepanjang bulan Ramadhan di MMTB. Untuk makluman hadiran
hadirat sekalian, pelbagai program -program yang telah dirancang dan berjaya dilaksanakan
sepanjang bulan Ramadhan antaranya tadarus al quran, tazkirah Ramadhan dan halwa
Ramadhan. Mudah mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan akan
membuahkan hasil dan diberkati Allah jua. Insya allah…
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian .

Bagi memulakan majlis, marilah kita sama-sama menadah tangan memohon keberkatan
agar majlis kita berjalan dengan lancar seperti yang direncanakan. Untuk itu, majlis dengan
ini menjemput Ustaz Fadhil untuk memimpin bacaan doa.dipersilakan.

-DOA-

Amin amin yarabbal alamin .Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Fadhil
atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi .

Hadirin yang dimuliakan Allah sekalian,

Majlis kita beranjak maju pada petang yang penuh barakah ini dengan majlis khatam al
quran oleh pelajar -pelajar MMTB.Oleh itu, majlis menjemput saudara Muaz bin Bustaman
untuk mengemudi bacaan khatam Quran. Dengan ini majlis dengan segala hormatnya
menyerahkan majlis ini kepada saudara Muaz.

Majlis mempersilakan.

-MAJLIS KHATAM BERMULA –

Alhmdulillah.
Selesai sudah majlis Khatam Al Quran beramai ramai oleh 30 orang pelajar MMTB sesi
2023.Tahniah diucapkan .
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian.

Majlis pada petang ini diteruskan lagi dengan mempersilakan, Yang Berusaha, En Zaidi Bin
Jusoh ,Pengetua MMTB bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

-UCAPAN PENGETUA-

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas ucapan
tadi.

Hadirin Hadirat sekalian

Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada peserta-peserta


khatam al quran seramai 30 orang dan sumbangan syantah kepada yang layak sempena ihya
ramadhan. Untuk itu, majlis dengan ini mempersilakan dengan segaala hormatnya Yang
Berusaha En Zaidi Bin Jusoh diiringi oleh Yang berusaha Penolong Kanan Pentadbiran , En
Imanuddiin bin Mat Resat bagi menyempurnakan majlis.Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Dimulakan dengan penyampaian kepada peserta-peserta khatam al quran .Dijemput


saudara …….

-Penyampaian cenderahati –
(Rujuk lampiran senarai penerima cenderahati)

Seterusnya merupakan penyampain syantah ramadhan kepada yang layak .


Dijemput …

-Pemyampain syantah Ramadhan –


(Rujuk lampiran senarai penerima syantah)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua dan PK pentadbiran atas
penyampain cenderahati dan sumbangan syantah ramadahan sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati maka majlis majlis khatam al quran
berakhir sudah, Majlis ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini . Terima
kasih juga atas sokongan semua ibubapa yang hadir ke majlis pada kali ini. Semoga
kerjasama yang diberikan , sumbagan tenaga dan sokonnagn diterima oleh Allah swt.

Wabillahitaufik walhidayah
Wassalamualaikum wbt…

Diminta semua hadirin untuk bergerak ke padang sekolah untuk persiapan iftar jamaie.
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai