Anda di halaman 1dari 3

A’UZUBILLAHI MINASY SYAITONIRROJIM

BISSMILLAHIRROHMANIRROHIM
‫الحمد هلل رب العلمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين وعلى آله واصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Salam sejahtera saya ucapkan kepada / Puan Hajah Rosmawati Binti
Mohammed / Guru Besar Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Sultan Ibrahim /
Sekolah Berprestasi Tinggi.
Yang Berusaha / barisan penolong kanan Sekolah Kebangsaan (Perempuan)
Sultan Ibrahim / Yang Dihormati Encik Mohd hyffny Isa / Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Sultan Ibrahim
/ seterusnya / Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru / barisan guru /
staff sokongan / ibu bapa / anak-anak didik / dan para hadirin yang dikasihi
sekalian.

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah,


Alhamdulillah / bersyukur kita ke hadrat Allah subhanahu wata’ala /
kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya / dapatlah jua kita bersama-sama
meluangkan masa dan waktu / untuk mengikuti Bicara ilmu pada pagi ini

KALAU PERGI TANJUNG KERAMAT,


ANAK MANIS JANGANLAH DIANGKAT,
BERSAMA KITA MEMOHON RAHMAT,
MOGA MAJLIS MENDAPAT BERKAT.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini / marilah kita bersama-sama
menadah tangan memohon doa / agar majlis kita diberkati dan dirahmati Allah
/ Insya Allah / Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan al-Fadhil Ustaz
Mustaqim bin yusni untuk membacakan doa
Fal yatafaddol maskurah
Amin Amin Ya Robbal A’lamin…
Terima kasih diucapkan kepada al-Fadhil Mustaqim bin yusni atas
bacaan doa sebentar tadi.

Para hadirin sekalian,


Tajuk Bicara ilmu kita pada hari ini ialah ibrah di sebalik pengorbanan .
Tajuk ini adalah bersesuaian dengan sambutan Aidiladha yang akan sambut
oleh seluruh umat Islam pada 20 Julai 2021 bersamaan 10 Zulhijjah 1443.
Tetapi, apakah maksud pengorbanan zaman sekarang ini? Apabila
seluruh dunia ditimpa pendemik COVID 19 ini? Dan sebagai seorang murid,
apakah pengorbanan yang harus dilakukan untuk mendapatkan kejayaan yang
di idam2kan?
Semua persoalan itu, InsyaAllah akan dijawab dan dikongsi oleh Pn Hjh
Rosmawati bt Mohamed, Guru Besar yang amat kita sayangi selaku
penceramah kita pada hari ini.
Sebelum saya serahkan kepada Pn Hjh Rosmawati ingin saya
mengingatkan semua supaya mengisi Link kehadiran bagi mendapatkan
sijil .link akan diberikan 10 minit sebelum bicara qurban ini tamat
Oleh itu, tanpa membuang masa lagi, saya menjemput dan
mempersilakan Pn Hjh Rosmawati binti Muhamed untuk meneruskan bicara
qurban kita pada hari ini.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih / kepada Pn Hjh Rosmawati


binti / atas ilmu yang disampaikan sebentar tadi.

Alhamdulillah, jutaan terima kasih kepada Pn HJh Rosmawati binti


Mohamed atas ceramah sebentar tdi. Saya mengharapkan rindu Pn Hjh
terhadap murid-murid dapat dilepaskan hari ini..

Semoga apa yang disampaikan sebentar tdi , dapatlah menjelaskan


maksud pengorbanan yang sebenar sebagai seorang murid . terutamanya
semasa pendemik covid 19 ini.
Saya, HELIS SURIATI BINTI ABU BAKAR selaku wakil penganjur Bicara
Qurban bagi tahun 1442 Hijrah pada hari ini / ingin memohon maaf jika ada
sebarang kekurangan sepanjang pengendalian majlis ini berlangsung. Yang baik
hanya datang daripada Allah swt / dan yang kurang baik datangnya daripada
diri saya sendiri.
Baik… / Untuk makluman semua / anda perlu mengisi Link Kehadiran
untuk mendapatkan sijil penyertaan. Yang akan dihantar di email
Sekian, terima kasih / dan semoga kita semua bertemu lagi / Insya Allah.
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai