Anda di halaman 1dari 4

(No Ruj :

HM/JBB100
KERTAS KERJA8/SIGS/089
KEM MURID SOLEHAH
/21)
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SK (P) SULTAN IBRAHIM

1. Pengenalan

Murid-murid merupakan asset masa depan negara dan pewaris kepada


agama yang suci ini. Tarbiyah dan didikan sejak kecil amat penting bagi memastikan
mereka sentiasa berpegang kepada asas aqidah Islamiah yang sebenar. Ini amat
penting bagi generasi yang memiliki aqidah yang sejahtera, kefahaman yang jelas
dalam agama disamping meningkatkan motivasi individu muslim dalam mengharungi
cabaran dalam kehidupan pada masa hadapan. Justeru itu, atas kesedaran dan
tanggungjawab inilah, Panitia Pendidikan Islam bercadang untuk melaksanakan
Kem Murid Solehah 2021 ini yang bertetapan dengan kandungan yang terdapat
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam.

2. Matlamat
2.1 Membentuk keperibadian akhlak yang mulia dan dicontohi selaras dengan
keperibadian Rasulullah sebagai Uswah dalam kalangan murid
2.2 Melahirkan murid-murid yang sentiasa bermotivasi dan berdaya maju.
2.3 Melahirkan insan yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan menyedari
tanggung jawab terhadap agama.
2.4 Mengukuhkan dan mematapkan kefahaman terhadap nilai-nilai serta adab-
adab pergaulan sesamamanusia selaras dengan sunnah Rasulullah.

3. Objektif
3.1 Mengukuhkan hubungan social di antara pihak penganjur dan pihak sekolah.
3.2 Melahirkan murid-murid yang bertawa dan beramal solah.
3.3 Membentuk murid-murid yang mempunyai pegangan agama yang kukuh.
3.4 Membimbing dan melahirkan murid-murid yang menjadikan Islam sebagai
cara hidup.

4. Kumpulan Sasaran
- Semua murid Islam tahap 1 dan tahap 2 SK (P ) Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

5. Butiran Pelaksanaan Aktiviti


8.00 pagi : Ceramah “ Murid Solehah, Akhlak Terpuji “
9.00 pagi : LDK
10.00 pagi : Rehat (Jamuan makan)
6. Tarikh dan Tempat
6.1 Tarikh: 02 Disember 2021
6.2Tempat: SK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

7. Tema
“MURID SOLEHAH PERMATA SEKOLAH”

8. Implikasi Kewangan
8.1 Sumber Kewangan :
BBTP Kegiatan Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
8.2 Anggaran Perbelanjaan :

Bil Perkara harga

1. Modul Pendidikan Islam : 754 x 2.50 RM 1885.00

JUMLAH RM 1885.00

9. Penutup

Harapan agar Kem murid Solehah ini dapat memberikan penjelasan dan
gambaran yang baik tentang ajaran agama Islam. Semoga penglibatan dan
Kerjasama semua pihak akan dinilai oleh Allah S.W.T sebagai amal jariah. Akhir
sekali semoga program ini akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

…………………………………… ……………………………………………..

(PN. HELIS SURIATI BT ABU BAKAR) (PN. HJH ROSMAWATI BT MOHAMED)


KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM GURU BESAR
SK (P) SULTAN IBRAHIM SK (P) SULTAN IBRAHIM
JOHOR BAHRU JOHOR BAHRU

KERTAS CADANGAN KEM MURID SOLEHAH


KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Kem Murid Solehah

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Kem Murid Solehah

Ulasan

……………………………………..
(HAJAH ROSMAWATI BT MOHAMED)
GURU BESAR
SK (P) SULTAN IBRAHIM
TARIKH:

Lampiran bergambar

Anda mungkin juga menyukai