Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM AWAL
MUHARRAM
1445H/ 2023M

SURAU SK. LONDAH DENGAN


KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN
ISLAM DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
(PSS)
KERTAS KERJA AWAL MUHARRAM
1445H/ 2023M
ANJURAN
SURAU SK. LONDAH DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN
ISLAM DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

1.0 PENDAHULUAN

Sempena kedatangan 1 Muharram 1445H, Panitia Pendidikan Islam akan


menganjurkan Majlis Sambutan Awal Muharram peringkat sekolah. Majlis ini
diadakan untuk mneraikan peristiwa penting di dalam kalendar Islam iaitu
bulan pertama dan penuh sejarah dalam sejarah umat Islam.

Adalah diharapkan dengan terlaksanannya majlis yang seumpama


ini akan dapat membentuk sikap murid yang positif dalam menghayati
perjuangan dan sejarah hidup umat Islam terdahulu khususnya para pejuang
yang menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Ini kerana salah satu punca
keruntahn akhlak dalam kalangan murid pada masa sekarang ialah kerana
tidak menghayati ajaran Islam dengan sepenuhnya sebagaimana yang
telah disampaikan oleh Junjungan Besar serta tidak mengambil berat
tentang sejarah perjuangan umat Islam terdahulu.

Umat Islam khususnya generasi muda lebih cenderung dengan cara


hidup barat dan bertentangan dengan Islam seperti hendonisme yang
akhirnya akan meletakkan umat Islam dalam lemah jiwa dan mudah
untuk dipengaruhi. Inilah punca utama mengapa umat Islam diseluruh
dunia diserang dengan serangan pemikiran dan peperangan.

2.0 MATLAMAT

Meningkatkan pengetahuan murid tentang sejarah bagaimana


bermulanya sejarah pembentukan kalendar Islam dan pengiraan tentang
hari-hari di dalamnya serta perjuangan Rasulullah SAW, para sahabat
baginda dan seluruh pejuang Islam dari zaman ke zaman dalam usaha
menegakkan Islam di bimi Allah ini.

Dengan menghayati sejarah hidup dan perjuangan mereka, adalah


diharapkan umat Islam akan lebih prihatin dan mengambil berat atas apa
yang sedang berlaku terhadap umat Islam seluruh dunia serta beriltizam
untuk memajukan diri dan seluruh umat Islam.
3.0 RASIONAL

Majlis ini dirancang untuk mengingati peristiwa penetapan kalendar dalam


Islam supaya warga sekolah dapat mengingati serta mengambil
pengajaran daripada peristiwa tersebut dan sentiasa berwaspada dalam
kehidupan seharian.

4.0 OBJEKTIF

i- Meningkatkan pengetahuan murid tentang sejarah dan budaya umat


Islam di seluruh dunia.
ii-Memberi iktibar dan pengajaran daripada hijrah Rasulullah SAW
iii- Memupuk perasaan cinta dan sayang serta sentiasa mengingati
Rasulullah SAW sepanjang masa.
iv- Mengubah sikap murid dalam membentuk murid supaya berpegang
teguh kepada ajaran Islam yang sebenar.

5.0 SASARAN

Semua murid tahun 1 hingga tahun 6.

6.0 JANGKA MASA

Tarikh : 20 dan 21 Julai 2023


Hari/ Masa : Khamis ( 07.15 pagi - 7.40 pagi)
: Jumaat (07.30 Pagi -
08.10 pagi )
Tempat : Dewan Sk. Londah
dan surau

7.0 KAEDAH/ METODOLOGI

a) Tazkirah pagi

b) Pameran Maal Hijrah secara maya di FB SK. Londah

c) Program mewarna

d) Kuiz
8.0 TENTATIF PROGRAM
( Khamis - 20 Ogos 2023)

07.15 pagi : Perhimpunan dan Tazkirah

07.30 pagi : kuiz tahap 1 dan Tahap 2

07.40 pagi : Bersurai/ masuk kelas

( Jumaat - 21 Ogos 2023)

07.30 pagi : Bacaan Yassin dan tahlil


: Tazkirah pagi
08.10 pagi : Murid masuk ke kelas
: Program mewarna sempena sambutan Maal Hijrah
( selepas rehat tahap 1 dan tahap 2 PDPC berjalan seperti biasa)

9.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukan daripada berkapita Pendidikan Islam/ B. Arab

10. PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga Perunit Anggaran Harga


1 Hadiah 20 RM 10.00 RM 200.00
2 Sijil Penyertaan 20 RM 1.00 RM 20.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 220.00

11. JAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA

Penasihat : Jasmin Bin Hussain


Pengerusi : Siti Khadijah Bt. Norani
Naib Pengerusi 1 : Zamri Bin Sulaiman
Naib Pengerusi 2 : Nasruddin Bin Nayan
Penyelaras : Zainurul Izwan Bin Zainal
Setiausaha : Sanusa Binti Yahya
Bendahari : Sanusa Binti Yahya
Cenderahati/ Sijil : Siti Rafidah Binti Sh. Othman
Program mewarna : Ahmad Murtadha Bin Muslim
12.0 PENUTUP

Harapan daripada JK pelaksana kepada semua yang terlibat terutama


murid-murid agar didedahkan dengan peristiwa-peristiwa penting dalam
sirah Nabawiah supaya mudah-mudahan mereka dapat menambahkan
lagi ilmu, keimanan dan ketakwaan dalam diri.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

( Sanusa Binti Yahya ) ( Zainurul Izwan Bin (Jasmin Bin Hussain)


Setiausaha Zainal) Guru Besar
Program Awal Muharram Penyelaras Sk. Londah
Program Awal Muharram

Anda mungkin juga menyukai