Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA AWAL MUHARRAM

1444H/ 2022M
ANJURAN
SURAU AN-NUR DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

1.0 PENDAHULUAN

Sempena kedatangan 1 Muharram 1444H, Panitia Pendidikan Islam akan


menganjurkan Majlis Sambutan Awal Muharram peringkat sekolah. Majlis ini
diadakan untuk mneraikan peristiwa penting di dalam kalendar Islam iaitu
bulan pertama dan penuh sejarah dalam sejarah umat Islam.

Adalah diharapkan dengan terlaksanannya majlis yang seumpama


ini akan dapat membentuk sikap murid yang positif dalam menghayati
perjuangan dan sejarah hidup umat Islam terdahulu khususnya para pejuang
yang menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Ini kerana salah satu punca
keruntahn akhlak dalam kalangan remaja pada masa sekarang ialah
keran tidak menghayati ajaran Islam dengan sepnuhnya sebahaimana
yang telah disampaikan oleh Junjungan Besar serta tidak mengambil
beray tentang sejarah perjuangan umat Islam terdahulu.

Umat Islam khususnya generasi muda lebih cenderung dengan cara


hidup barat dan bertentangan dengan Islam seperti hendonisme yang
akhirnya akan meletakkan umat Islam dalam lemah jiwa dan mudah
untuk dipengaruhi. Inilah punca utama mengapa umat Islam diseluruh
dunia diserang dengan serangan pemikiran dan peperangan.

2.0 MATLAMAT

Meningkatkan pengetahuan murid tentang sejarah bagaimana


bermulanya sejarah pembentukan kalendar Islam dan pengiraan tentang
hari-hari di dalamnya serta perjuangan Rasulullah SAW, para sahabat
baginda dan seluruh pejuang Islam dari zaman ke zaman dalam usaha
menegakkan Islam di bimi Allah ini.

Dengan menghayati sejarah hidup dan perjuangan mereka, adalah


diharapkan umat Islam akan lebih prihatin dan mengambil berat atas apa
yang sedang berlaku terhadap umat Islam seluruh dunia serta beriltizam
untuk memajukan diri dan seluruh umat Islam.
3.0 RASIONAL

Majlis ini dirancang untuk mengingati peristiwa penetapan kalendar dalam


Islam supaya warga sekolah dapat mengingati serta mengambil
pengajaran daripada peristiwa tersebut dan sentiasa berwaspada dalam
kehidupan seharian.

4.0 OBJEKTIF

i- Meningkatkan pengetahuan murid tentang sejarah dan budaya umat


Islam di seluruh dunia.
ii-Memberi iktibar dan pengajaran daripada hijrah Rasulullah SAW
iii- Memupuk perasaan cinta dan sayang serta sentiasa mengingati
Rasulullah SAW sepanjang masa.
iv- Mengubah sikap murid dalam membentuk murid supaya berpegang
teguh kepada ajaran Islam yang sebenar.

5.0 SASARAN

Semua pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 SMK Santubong.

6.0 JANGKA MASA

Tarikh : 12 Ogos 2022


Hari : Jumaat
Masa : 07.10 Pagi – 10.10
Pagi Tempat : Dewan Sri
Santubong

7.0 KAEDAH/ METODOLOGI

a) Tazkirah
b) Video
8.0 TENTATIF PROGRAM

07.00 pagi : Pergerakkan pelajar ke dewan


07.10 pagi : Bacaan Yassin/ Bacaan Ayat Hafazan
: Tazkirah
: Tayangan Video “Hijrah”
: Kuiz
: Nasyid
- Tala’a Badrul Alaina
- Bulan-bulan Islam
- Ya Rasulullah SAW
: Penyampaian Hadiah
: Bersurai

9.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukan daripada PBPP Pendidikan Islam

10. PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga Perunit Anggaran Harga


1 Hadiah 20 RM 10.00 RM 200.00
2 Sijil Penyertaan 20 RM 1.00 RM 20.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 220.00

11. JAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA

Penasihat : Othman Ibrahim


Pengerusi : Mohammad Azizan Madihi
Naib Pengerusi 1 : Norlila Binti Jamil
Naib Pengerusi 2 : Kamariah binti Julani
Penyelaras : Nur Sabrina Binti Muhammad Nasir
Setiausaha : Mohd Shukri bin Adinan
Bendahari : Alhah binti Alek
Pengacara Majlis : Muhammad Zulhanif Bin Zakaria
Pendaftaran : Hudzaieton binti Hamden
Cenderahati : Zaafaraniah Binti Yusof
Jurufoto : Mohd Shukri Bin Adinan
Teknikal : Mohd Shukri Bin Adinan
12.0 PENUTUP

Harapan daripada JK pelaksana kepada semua yang terlibat terutama


murid-murid agar didedahkan dengan peristiwa-peristiwa penting dalam
sirah Nabawiah supaya mudah-mudahan mereka dapat menambahkan
lagi ilmu, keimanan dan ketakwaan dalam diri.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

( Mohd Shukri Adinan ) ( Mohammad Azizan) (Othman Bin Ibrahim)


Setiausaha Pengerusi Pengetua
Program Awal Muharram Program Awal Muharram SMK Santubong

Anda mungkin juga menyukai