Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA

FESTIVAL PUSAT ISLAM 2019

TARIKH:
17 SEPTEMBER 2019 – 27 SEPTEMBER 2019

ANJURAN BERSAMA:

JAWATANKUASA PELAJAR PUSAT ISLAM (JPPI)


UNIT SUKAN, KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN
&
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

TEMPAT :
PUSAT ISLAM AN-NUR, DEWAN PLATINUM PADANG
FUTSAL, POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA
1.0 PENGENALAN

Festival Pusat Islam 2019 dilaksanakan bagi mendedahkan kepada pelajar konsep
kefahaman Islam dan pembangunan insan sebenar dalam menjalani kehidupan seharian.
Pelbagai aktiviti yang dirancang berbentuk persembahan nasyid, ceramah, kesenian Islam,
sukan dan pertandingan-pertandingan amal Islami yang bertujuan memberi kesedaran
tentang kepentingan setiap manusia untuk menjaga hubungan sesama manusia dan
hubungan dengan Allah.

Melalui program ini juga, kami melibatkan masyarakat sekitar Merlimau untuk
bersama-sama warga Politeknik Merlimau Melaka untuk turut serta menjayakan program
ini. Secara tidak langsung, masyarakat dapat lebih mengenali mengenai program-pogram
yang dianjurkan oleh pihal Politeknik.

Program yang telah dirancangkan dengan pengisian aktiviti yang serba sedikit
dapat memberi motivasi dan didikan kepada jiwa pelajar tentang indahnya hidup secara
Islam dengan mengamalkan konsep kerjasama yang baik serta musyawarah atau
perbincangan dengan objektif yang jelas. Semoga program ini dapat dijadikan satu
landasan pelajar mengukuhkan ukhuwah dan penyelesaian isu semasa dengan kreatif dan
bertanggugjawab sebagai seorang muslim dan aktiviti yang dijalankan dapat diambil
manfaat sebanyak-banyaknya, serta semua yang terlibat dapat mencapai objektif utama
program ini..

Kertas kerja ini dirangka adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
daripada pihak pengurusan Politeknik Merlimau untuk mengadakan Festival Pusat Islam
2019 anjuran bersama Pusat Islam An Nur, Unit Sukan ,Kokurikulum & Kebudayaan dan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Merlimau Melaka.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mendedahkan kepada para pelajar aktiviti-aktiviti berbentuk kerohanian yang


dapat mengasah minat, bakat dan kemahiran di kalangan pelajar.

2.2 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.

2.3 Merapatkan ukhuwah antara peserta dan warga Politeknik Merlimau yang lain
dalam menjalankan program ini.
3.0 IMPAK

i. Menghasilkan pelajar-pelajar yang lebih berkualiti dan mempunyai nilai tambah semasa
mereka menghadapi cabaran dalam kehidupan.

ii. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

iii. Dapat melahirkan pelajar lebih berkeyakinan untuk menghadapi cabaran semasa pelajar
bekerja dan mengetahui cara mengatasinya.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

4.1 Tarikh Pelaksanaan :


17 September 2019 – 27 September 2019

4.2 Masa :
Tertakluk kepada aktiviti seperti lampiran

4.3 Tempat :
Pusat Islam An-Nur Dan Dewan Platinum Politeknik Merlimau, Melaka

4.4 Anjuran :
Pusat Islam An Nur, Jabatan Hal Ehwal Politeknik Merlimau Melaka

4.5 Sasaran Peserta :


Terbuka semua Pelajar Politeknik Merlimau

4.6 Penceramah :
Nama Pegawai : Fakhrul Islam Bin Md Zarin( PU Fakhrul)
Umur : 30 Tahun
Asal : Kandang,Melaka
Pendidikan : Ijazah UPSI(Pendidikan Islam)
Pekerjaan : Motivator
4.7 Lokasi Lawatan :
Tiada

4.8 Pensyarah / Pegawai Pengiring :


tiada

4.9 Pengangkutan :
tiada

4.10 Makanan dan Minuman :


Sila rujuk Jadual Anggaran Perbelanjaan.

4.11 Aspek Keselamatan :


Dimaklumkan kepada pegawai keselamatan, PMM.

4.12 Penampilan Diri :


Mengikut kesesuaian aktiviti.
4.13 Sumber Kewangan
Unit Sukan dan Kebudayaan = RM1100.00
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (Kerohanian) = RM3100.00

JUMLAH = RM 4200
5.0 TENTATIF *AKTIVITI / *PROGRAM

MASA AKTIVITI

17 SEPTEMBER 2019: Majlis Perasmian Festival Pusat Islam

9:00 malam - 9:15 Pelajar bergerak ke Pusat Islam


malam

9:30 malam - 9: 45 • Ucapan perasmian


mala
• Agenda perasmian

• Tayangan pengenalan program FPI

9:45 malam - 10: 45 Konsert berlangsung


malam

10: 45 malam - 11: 00 • Minum malam VIP


malam
• Pelajar bersurai

19 & 20 September 2019: Pertandingan Amal Islami

8: 00 malam - 8:45 Solat Isya’


malam

8:45 malam - 9:00 • Pendaftaran


malam
• Persediaan para peserta

9:00 malam - 10:30 Pertandingan bermula


malam

10.30 malam – 11.00 Bersurai


malam
27 September 2019: Peyampaian Hadiah
9:00 malam - 9:30 • Pendaftaran
malam
• Ketibaan pelajar

9:30 malam - 9:45 Ketibaan VIP


malam

9.45 malam – 10.15 • Acara bermula


malam
Ucapan aluan

• Ucapan
perasmian penutup

10.15 malam – 10.50 • Persembahan pelajar


malam
• Keputusan pemenang

• Penyampaian hadiah

10.50 malam – 11.00 Bersurai


malam

TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN


6.0 AHLI JAWATAN KUASA

Penaung : Tn Hji Rosli bin Hamid


Pengarah Politeknik Merlimau

Penasihat 1 : En Mohamad Nazri Bin Ismail, BKT


Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)

Penasihat 2 : En Mohd Hoirie Bin Abd Manah


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Penasihat 3 : En Sharifuddin Bin Mohd Yusof


Ketua Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan

Pengerusi : Ust Mohd. Haikal Akashah bin Md.Nor


Pengerusi Pusat Islam an-Nur

Timbalan Pengerusi : Hjh Siti Zahrah Binti Hj Salihan


Pegawai Kebudayaan Politeknik

Penyelaras Program : Ust. Mohd Faizal bin Mat Pesa

Pengarah Program
Muhammad Nu’aim Fikri Bin Rosli

Penolong Pengurus Program


Nurul Syamimi Binti Norzaidi

Setiausaha
Ain Zafirah Binti Zaide

Bendahari
Muhammad Iddin Naim Binti Mohd. Azam

Jawatankuasa Protokol dan Cenderahati


Ahmad Farhan Najmi Bin Ahmad Fuad
Khairul Aleef Bin Zakaria
Nur Salihah Binti Miskam
Mazidah binti Abd Rahim
Jawatankuasa Tempat dan Keselamatan
Mohamad Hithir Syammie Bin Bakri

Muhammad Syazwan Saifuddin Bin Sallehuddin


Nur A’isyah Bt Ab Allah
Siti Zulaikha Binti Zulkifli Lee

Jawatankuasa Multimedia & Peralatan


Aiman Syafiq Bin Ab Ghaffar
Nor Shafika Binti Fauzi

Jawatankuasa Penyelaras & Pendaftaran Peserta


Zulhafizi Bin Jais
Syarifah Nurnasuha Binti Syed Ali

Jawatankuasa Jamuan
Mohamad Harith Bin Mohamad Saharudin
Puteri Zuliekha Binti Adnan
Zahirah Binti Abd Razak
Muhammad Nur Hafizuddin Bin Hakim Zihanee
7.0 ANGARAN PERBELANJAAN

7.1 PERUNTUKAN TAP (HADIAH PERTANDINGAN, JAMUAN)

BIL ITEM PERINCIAN JUMLAH (RM)

Hamper Tempat
1. RM 80 x 4 unit 320.00
Pertama (Amal Islami)

Hamper Tempat Kedua


2. RM 60 x 4 unit 240.00
(Amal Islami)

Hamper Tempat Ketiga


3. RM 40 x 4 unit 160.00
(Amal Islami)

Hamper Saguhati
4. RM 20 x 4 unit 80.00
(Amal Islami)

5. Cenderahati VIP RM 60 x 1 orang 60.00

Hamper Tempat
6. RM 80 x 2 unit 160.00
Pertama (Nasyid)

Hamper Tempat Kedua


7. RM 60 x 2 unit 120.00
(Nasyid)

Hamper Tempat Ketiga


8. RM 40 x 2 unit 80.00
(Nasyid)

Hamper Saguhati
9. RM 20 x 4 unit 80.00
(Nasyid)

Jamuan AJK dan


10. RM 4 x 50 orang x 1 kali 160.00
Peserta

JUMLAH KESELURUHAN KOS RM 1400.00


7.2 PERUNTUKAN OS42000 PUSAT ISLAM

BIL ITEM PERINCIAN JUMLAH (RM)

Jamuan
1. RM 10 x 10 orang x 1 kali 100.00
VIP/Penceramah

Jamuan 140.00
2. RM 4 x 35 orang x 1 kali
urusetia/JPPI

3. Bunting RM 50 x 4 unit 200.00

Bayaran
4. RM 1500 x 1 orang 1500.00
Penceramah

5. Cenderahati VIP RM 60 x 1 orang 60.00

JUMLAH KESELURUHAN KOS RM 2000.00

7.3 PERUNTUKAN UNIT SUKAN DAN KEBUDAYAAN (SUKAN MAHABBAH)

BIL ITEM PERINCIAN JUMLAH (RM)

1. Sarapan Pagi AJK RM 3 x 20 orang x 1 kali 60.00

Makan Tengahari
2. RM 4 x 60 orang x 1 kali 240.00
Peserta

3. Air Mineral (cup) RM 20 x 3 kotak 60.00

Hamper Tempat
4. RM 80 x 2 unit 160.00
Pertama
Hamper Tempat
5. RM 60 x 2 unit 120.00
Kedua
Hamper Tempat
6. RM 40 x 2 unit 80.00
Ketiga

7. Hamper Saguhati RM 20 x 4 unit 80.00

JUMLAH KESELURUHAN KOS RM 800.00


8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan dengan pelaksanaan aktiviti ini dapat mencapai objektif yang disasarkan dan
mendapat sokongan padu daripada pihak politeknik dan secara tidak langsung program ini akan
dapat membantu melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan tentang nilai-nilai kerohanian
yang tinggi dan dapat menangani masalahmasalah yang dihadapi. Di samping itu, pelaksanaan
program seperti ini juga dapat membantu pelajar dan pensyarah dalam meningkatkan pengetahuan
melalui sesi perkongsian maklumat dan idea bagi melahirkan pelajar yang holistik dari sudut
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Semoga dengan pelaksanaan program ini, ia dapat
membantu Politeknik Merlimau untuk mentransformasikan Pendidikan Teknikal dan Latihan
Vokasional bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta dapat
menyemarakkan lagi agenda tranformasi politeknik dalam merealisasi dasar dan hala tuju sistem
pengajian politeknik.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(MUHAMMAD NU’AIM FIKRI BIN


ROSLI) (MOHD. HAIKAL AKASHAH BIN MD NOR )
Pengarah Program, Pengerusi Pusat Islam, Politeknik
Festival Pusat Islam Merlimau Melaka.
2019, Politeknik Tarikh :
Merlimau, Melaka.
Tarikh : Disokong oleh:
Disemak Oleh:

(SHARIFUDDIN BIN MOHD YUSOF)


Ketua Unit,
(MOHD HOIRIE BIN ABD MANAH) Unit Sukan,Kokurikulum dan Kebudayaan
Ketua Jabatan, Politeknik Merlimau, Melaka.
Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Tarikh
Pelajar Politeknik Merlimau, Melaka.
Tarikh:
Diluluskan Oleh;

(MOHAMAD NAZRI BIN ISMAIL BKT)


Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik),
Politeknik Merlimau, Melaka.
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai