Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROGRAM LAMBAIAN KAABAH KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN,

BENTONG 2017

KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN,


BENTONG

KERTAS KERJA
PROGRAM LAMBAIAN KAABAH

TARIKH :
23 SEPTEMBER 2017 ( SABTU )

TEMPAT :
DEWAN GEMILANG
KVTAA

ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


DENGAN KERJASAMA
LEMBAGA TABUNG HAJI
KERTAS KERJA PROGRAM LAMBAIAN KAABAH KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN,
BENTONG 2017

1.0 PENDAHULUAN
Islam didirikan atas lima dasar , iaitu bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Muhammad
itu utusanNya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, puasa dibulan Ramadhan dan menunaikan haji di
Baitullah. Ibadat haji merupakan kemuncak rukun islam seseorang. Perlaksanaannya merangkumi falsafah
empat rukun Islam sebelumnya iaitu syahadah, solat, menahan kesabaran dan kesediaan berkorban harta.
Justeru, perlaksanaannya perlu dihayati dengan sepenuh jiwa agar mencapai kemabruran yang dihajatkan .
Sabda Rasulullah SAW, barangsiapa yang mengerjakan haji ke Baitullah ini, lalu tidak melakukan rafas
( ucapan dan perbuatan kotor ) dan tidak berbuat fasik, maka ia akan bersih dari dosanya, pada saat dia
dilahirkan oleh ibunya.

2.0 RASIONAL
Kurikulum Kebangsaan menggariskan pelajar mesti didedahkan dengan teori haji bermula dari tingatan
empat lagi. Namun, pembelajaran teori tanpa disokong oleh praktikal menjadikannya kurang berkesan. Maka,
Panitia Pendidikan Islam KVTAA mengambil inisiatif merancang dan cuba melaksanakan Praktikal haji ini agar
murid memahami bukan sekadar teori, malah menjalani pengalaman separa sebenar tentang ibadat mulia ini.
Inisiatif ini juga bagi memastikan para pelajar lebih memahami dengan jelas tajuk ibadah haji dan umrah yang
merupakan sebahagian daripada KSKV Pendidikan Islam.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mengukuhkan pemahaman murid terhadap tajuk Pendidikan Islam tahun 2 iaitu Kaifiat
mengerjakan Haji dan Umrah
3.2 Murid dapat menjalani amali pemakaian pakaian ihram
3.3 Murid melakukan sendiri amali tawaf, saie dan melontar di bawah bimbingan fasilitator
yang berpengalaman.
3.4 Murid dapat membuat gambaran mental suasana umat Islam mengerjakan ibadah haji di
Mekah.
3.5 Murid dapat membaca dan menyebut lafaz lafaz niat serta doa dalam setiap amalan
haji di bawah bimbingan penceramah.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN


4.1 23 SEPTEMBER 2017 ( SABTU )
4.2 JAM 7.30 PAGI SEHINGGA 12.30 TENGAHARI

5.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN


5.1 Pelajar terlibat : Semua pelajar Tahun 2 SVM ( muslim sahaja )
KERTAS KERJA PROGRAM LAMBAIAN KAABAH KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN,
BENTONG 2017

6.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En. Anuar Bin M. Lela ( Pengarah )


Pengerusi : En Othman Bin Che Ramli ( TP Akademik )
Naib Pengerusi : En Jamil Bin Mohamad ( TP Sokongan Akademik)
: En Rezwan Bin Tasiman ( Ketua Jaminan Kualiti )
Ex-Officio : Ustaz Mohd Zubir Bin Chik ( Ketua Panitia Pendidikan Islam )
Penyelaras : Ustaz Mohd Azuan Bin Mohamad Alias
Setiausaha: : Puan Siti Salmiah Bt Shabudin
AJK PERALATAN & PERSIAPAN TEMPAT : 1) En. Mohd Yusri Bin Ishak
2) Tn. Hj. Mohd Uddad Bin Awaluddin
AJK BUKU PROGRAM & NOTA EDARAN : 1) En Mohd Soffian Bin Ali
2) Ustaz Mohd Lutfi Bin Muhammad
AJK JAMUAN : Ustaz Mohd Moktazar Bin Razali
AJK KAWALAN PELAJAR : Ustaz Mohd Rizal Bin Abdul Ghani
AJK FOTOGRAFI : En. Khairil Ikhwan Bin Abdul Kadir
AJK SAGUHATI DAN SIJIL : En. Mohd Faizul Bin Harun
MUTAWIF : TENAGA PENGAJAR TABUNG HAJI

7.0 ATURCARA PROGRAM

Masa Perkara Tindakan


07.30 pagi Pelajar berkumpul di dalam Dewan Gemilang KVTAA Penyelaras
07.55 pagi Bacaan Doa Ustaz Mohd Zubir Bin Chik
08.00 pagi Taklimat Program / Edaran Nota Penyelaras
08.15 pagi Penerangan Ibadah Haji ( Teori ) Mutawif Tabung Haji
09.30 pagi Rehat
Praktikal Ibadah Haji
- Pemakaian Ihram - Mabit Di Muzdalifah
09.45 pagi - Pantang larang Ihram - Mabit Di Mina
- Niat Haji - Melontar Jamrah Semua Pensyarah PAI dan
- Pergerakan Ke Arafah - Tawaf Haji Mutawif Tabung Haji
- Wukuf Di Arafah - Saie Haji Penyelaras
- Tahallul
12.00 tengahari Rumusan, Soalan Kuiz dan Penutup
12.30 tengahari Majlis Bersurai
KERTAS KERJA PROGRAM LAMBAIAN KAABAH KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN,
BENTONG 2017

8.0 BELANJAWAN
BIL PENDAPATAN JUMLAH PERBELANJAAN JUMLAH
1. Duit Kegiatan Agama Islam RM 700.00 Bahan Modul RM 1.00 X 200 Set RM 200.00
2. Air Mineral 20 kotak x RM 10.00 RM 200.00
3. Roti 200 bungkus x RM 1.05 RM 210.00
4. Hadiah Pelajar
Johan RM 40.00
Naib Johan RM 30.00
Ketiga RM 20.00

JUMLAH RM 700.00 JUMLAH RM 700.00

9.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Oleh itu, Kerjasama
daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

............................. ...
(Puan Siti Salmiah Bt Shabudin)
Setiausaha ,
Program Lambaian Kaabah 2017
Panitia Pendidikan Islam,
KV Tg Ampuan Afzan, Bentong.

Disemak oleh,

............................................................
( Ustaz Mohd Azuan Bin Mohamad Alias )
Penyelaras,
Program Lambaian Kaabah 2017
Panitia Pendidikan Islam,
KV Tg Ampuan Afzan, Bentong.

Disahkan Oleh ,

..............................................
( En. Anuar Bin M. Lela )
Pengarah,
KERTAS KERJA PROGRAM LAMBAIAN KAABAH KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN,
BENTONG 2017

KV Tg. Ampuan Afzan, Bentong.

Anda mungkin juga menyukai